jump to navigation

Pos Laju, kutipnya lambat. June 26, 2009

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , 6 comments

Aku hangin. Bulan ni saja dah dekat empat kali aku dapat notis mintak maaf dari Pos Laju sebab hantaq barang time aku tadak kat rumah. Kemudian suruh aku pi collect kat satu tempat yang parking punya la susah, dan kawasan punyala sesak. Nak collect pulak mesti hari bekerja.

Ok, time Pos Laju kerja, aku pun kerja. Time aku boleh pi collect ialah time aku tak kerja, iaitu bersamaan dengan time depa pun tak kerja. Malam depa tak bukak, sebab depa tak kerja, walaupun aku sampai rumah waktu hari bekerja pada waktu malam. Depa tak akan hantaq bungkusan tu pi kerumah aku waktu malam, sebab tadak sapa kerja waktu tu. Jadinya, depa cuma boleh hantaq barang time depa kerja, iaitu bersamaan dengan time semua orang kerja dan time tu mana ada orang kat rumah!

Ok, kataaa la ada orang kat rumah time tu. Mungkin mak ayah mai nak jaga cucu. Mak ayah masih tak boleh terima Pos Laju sebab ada pula syarat penerima mesti sama dengan nama di bungkusan. Depa nanti check IC dulu. Walaupun nama belakang atas bungkusan tu bersamaan dengan nama depan atas IC pak aku, depa masih lagi tak bulih bagi. Apa yang depa boleh buat ialah bagi kad oren suruh pak aku bagi kat aku untuk ambik kat tempat Pos Laju!

Haadduiii. Paedah apa servis Pos Laju kalau laguni punya kelaku?

Apa salahnya kalau diadakan opsyen untuk penghantar meletakkan waktu sesuai untuk parcel tu dihantar kat aku? Malam ka, mengarib ka, lepaih lohoq ka, pukoi dua pagi ka, hapa ka. Atau ditalipon dulu kat aku tanya bila masa sesuai untuk hantaq. Tak kisahla kena tambah seringgit dua pun kalau nak hantaq lepaih waktu kerja. Kata la caj hantaq lepaih Isya’ kena topap lagi dua ringgit. Aku akan senang hati bagi lima ringgit dan tapayah bawak duit pecah. Simpan belen!

Takkan hattu pun tabulih buat? Setakat caj beganda untuk servis Pos Laju lepaihtu dok biaq belunggok huk kot dalam gudang tunggu orang pi kutip, tu bukan Pos Laju, tu Kutip Laju!

Tulongggg la improve sikit wahai Pos Malaysia. Takkan la dok megah hidup dengan juai setem cukai saja kot? Orang dah menyumpah lama dah dengan Pos Laju yang cuma menyediakan servis kutipan saja ni. Kutip dari penghantar untuk dikutip oleh penerima. Nak tunggu kampeni lain macam AirAsia buat baru kelam kabut tehegeh2 nak repair ka? Improve la. Kalau arrange betoi2 time penghantaran, aku rasa abg2 posmen pun tak hangin sebab dok kena buang masa tulih kad kuning masa hantaq barang time kerja.

Atau memang sebenarnya itu servis Pos Laju? Sebab motonya “Dijamin sampai esok” tak pulak sebut sampai ke mana….

Mikaeel Jackson meninggal.

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , 1 comment so far

Terkejut dengan berita selepas subuh tadi bila menonton BBC dan CNN yang melaporkan beliau ditemui tidak bernafas di kediamaannya di LA.

Kemudian LA Times melaporkan beliau telah meninggal.

Terakhir sekali aku dapat tahu pada Februari lepas, selepas memeluk Islam, dia tak dapat hidup lebih dari enam bulan sebab masalah jangkitan paru2.

Oleh kerana tiada berita yang mengatakan beliau telah keluar dari Islam, maka tak salah kan kalau kita sedekahkan Alfatihah pada beliau?

Selsema babi? June 20, 2009

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , 2 comments

Ok, kita cuak dan kelamkabut bila WHO naikkan level selsema babi kepada tahap 6 – tahap tertinggi untuk penyakit. Kita kuarantin. Kita declare. Kita saring kat airport. Kita kena sain deklarasi. Kita kena pakai tutup hidung. Kita dinasihatkan jangan pi ke negara2 berisiko tinggi. Malahan semua kontak (hahaha, sekarang contact dah jadi kontak) kita pun kena buat ujian kalau kita disyaki kena selsema babi.

Pendek kata, kita cuba pastikan perkara ni tak merebak. Kita sedaya upaya untuk pastikan sapa saja yang ada selsema babi ni tak terlepas, dan semua kontak mereka juga tidak terlepas dari disaring dan diuji. Malahan akan menjadi satu kesalahan lepas ni sapa tak declare sakit akan didenda dan dipenjara! Semuanya semata2 nak pastikan selsema babi, yang kebanyakan dari mereka yang dijangkiti ada yang telah sembuh, agar tidak merebak.

Dan dalam masa yang sama kita akan meraikan karnival hari AIDS untuk belajar tidak takut bergaul dengan pesakit yang membawa virus boleh berjangkit, yang sampai sekarang masih belum ada ubatnya.

Ironi? :)

Matkeri akan menulis di Perakexpress (pula) June 18, 2009

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , add a comment

Setelah tulisan matkeri diberi ruang untuk dipaparkan di laman Marhaen, Republik Kata, Tranungkite dan Jahilgoblog, sahabat dari perakexpress.com menghantar jemputan seketika tadi untuk aku menulis di laman web mereka. Ekslusif katanya. Mesti keluar kat perakexpress dulu baru boleh keluar kat jahil. Jadi, sebagai salah seorang pengamal mazhab “redah dan tanggung”, aku terima pelawaannya.

Oleh itu, kepada pengunjung2 blog jahil, matkeri akan berada di perakexpress sebulan sekali untuk menulis di kolum “ekslusif” – sekupang dua duit. Mungkin tulisannya di sana lebih kritis dan penuh dengan fakta serta analisis yang tepat serta padat. Mungkin kali ini tulisannya akan membuatkan minda pembaca lebih teransang dan ulasannya lebih berpendidikan. Mungkin tulisan2 ekslusifnya nanti akan dipetik oleh media dalam dan luar negara kerana banyaknya fakta daripada meneka.

Dan kalau korang jumpak tulisan jenis macamtu, kompomla tu bukan tulisan aku! Hahaha

Sekali sekala, jumpa anda semua di perakexpress.com nanti. :)

Melayu itu makin kuat. Ameno yang makin lemah.

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , 9 comments

Harussani harini dipetik Utusan sebagai berkata bahawa Melayu dan Islam semakin lemah, dan hanya akan boleh kembali kuat kalau PAS dan ameno bergabung.

Aku terfikir pak syeikh ni mau lobi jadi calon Manik Urai ka? Heh.

Aku respek ulama’, dan oleh itu aku juga respek Harussani. Aku reserve komen aku pada beliau. Tapi aku cuma nak sentuh tentang Melayu dan Islam yang lemah.

Soalan : sejak bila Melayu gagah? Soalan tambahan : sejak bila Islam di bawah ameno ini semakin kuat dan disegani?

Seingat aku yang tak pernah tuang kelas sejarah masa kat sekolah dulu, Melayu ni kuat di zaman empayar Melaka saja. Kemudian akibat kebengongan para elitis dan oportunis, empayar itu retak dan kemudian hancur sehinga akhirnya meninggalkan Melaka sebesar titik noktah di atas peta Tanah Melayu.

Semasa sekelompok rakyat Tanah Melayu bersemangat melawan penjajah dan menghalau Jepun dulu, sekelompok elitis lain pula sibuk melutut depan British memujuk untuk datang dan terus menjajah bumi ini. Sewaktu sekumpulan rakyat yang terus berjuang mengangkat Islam di sini, golongan yang diberi kepercayaan untuk melaungkan Merdeka sibuk memaksa orang Melayu membuang kepiah dan tudung untuk bekerja di jabatan kerajaan.

Dan sewaktu ada sekumpulan rakyat yang begitu peka dan inginkin bahawa Melayu dan tulisan jawi terus dikekalkan, ameno inilah yang terus mengoyak dan membakar sebarang usaha untuk memartabatkan semula bahasa dan tulisan kita! Itu semua berlaku di zaman Pakatan Rakyat memerintah ka?!

Selama lebih 50 tahun kita merdeka, ameno terusan mengatakan bahawa orang Melayu masih mundur. Orang Melayu masih bodoh. Orang Melayu masih malas. Dan orang Melayu masih miskin. Selama itu juga gerakan Islam terus ditekan, dan gerakan Melayu yang melawan dasar kerajaan disenyapkan.

Selama 50 tahun ameno memerintah, berapa orang nama Melayu yang tersenarai oleh Forbes antara yang terkaya di Tanah Melayu? Kalaupun ada, adakah mereka ini boleh hidup jika menongkah arus melawan ameno?!

Kemudian sekarang sibuk memperkatakan melayu semakin lemah dan berpecah? Sejak bila Melayu kuat? Melayu ini tidak pernah kuat! Yang kuat dan bongkak hanyalah elitis ameno yang kekayaan dan kekuasaannya berputar di kalangan kaum kerabat mereka selama 50 tahun.

Selepas kebangkitan rakyat Mac08, kita telah saksikan bahawa Islam dan Melayu yang dibawa oleh PAS itu diterima oleh Cina dan India. Melayu yang dibawa oleh PAS itu boleh diterima oleh semua bangsa. Bukan Melayu menolak ameno dan menyokong PAS, tetapi sekarang kamu mengatakan bahawa Melayu itu lemah?

Bukan Melayu yang lemah. Tetapi ameno yang lemah! Melayu sekarang semakin kuat bersama PAS. Bukan setakat Melayu, Cina dan India juga semakin kuat menyokong PAS dengan dasar dan agenda Islamnya yang lebih terbuka dan berkesan berbanding konsep pecah perintah yang ditaja ameno.

Melayu ini bukan milik ameno! Tanah Melayu ini juga bukan milik ameno! Milik Allah yang melantik semua hambanya sebagai khalifah di muka bumi ini. Ia tanggungjawab rakyat untuk memastikan bahawa ia dikelolakan dengan penuh amanah!

Rakyat semakin kuat bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Cina dan India tidak lagi takut dengan Islam lantas mereka menyokong PAS. Siapakah yang menakut2kan bangsa lain dengan Islam jika bukan ameno sendiri? Parti “melayu” yang malu berbahasa melayu, dan parti “Islam” yang melawan hukum Allah.

Melayu dan Islam semakin lemah sekarang? My #ss!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

Merah ka? Hijau ka? Biru ka? June 16, 2009

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , 2 comments

“Ini Shell, International company, banyak pandai!”, sorang pekerja Shell tegoq aku masa aku tengah layan pam minyak. Aku kata dia pekerja sebab nampak dia pakai vest dan baju stesen minyak tu.

“Tengok, 30 ringgit, itu tangan boley dapat duit. Lagi banyak ringgit, lagi banyak boleh dapat itu duit”. Aku nganga sikit tak faham. Dia tunjuk kempen Shell pabenda tah kat papan sebelah gambaq orang nak tangkap duit. Aku sengeh. Brader tu tadi masih lagi bersungguh2 iklankan kat aku kebagusan peraduan tu, dan jugak kebijakan Shell.

Aku tengok dia agak susah untuk nak bercakap, tapi bahasa Melayu basicnya cukup buatkan aku paham apa yang nak disampaikan. “U sudah berapa lama kerja sini Malaysia? Bahasa Melayu u banyak bagus”, aku puji. “Sudah enam bulan abang”. Dia jawab. Aku angguk senyum.

Dia sambung lagi iklan dan aku cuma dengaq sambil angguk2. Lepas pam setel, aku pun ketatkan balik penutup. Macam dah tau, dia terus cakap “OK, abang”, angkat tangan dan blah ke pam lain.

Enam bulan datang ke Malaysia dan boleh buat iklan Shell kat aku dalam bahasa Melayu! Bahasa kita ni bukanlah susah sangat nak belajaq rupanya. Kalau mamat bangla kerja pam ni boleh lancar bahasa Melayunya dalam masa enam bulan, apa masalah kita untuk angkat bahasa Melayu ke pentas dunia?

Bukannya kita tak boleh bagi satu dunia faham bahasa kita. Kita cuma tak mau. Sebab apa?

Jangan tanya aku, tapi tanyalah sama semua “pejuang2 Melayu” yang tak pernah bangga dengan bahasa sendiri.

Najib Penjenayah Glokal? June 11, 2009

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , 2 comments

Aku tanak tulis pepanjang. Bukan sebab aku takut butang blekberi bold aku lekang sebab masih dalam mode menciwi, tapi sebab apa yang aku nak tulis ni adalah ulangan daripada apa yang pernah aku tulis sebelum ini.

Tentang kes Altantuya dan Malaysia.

Tiada sebarang kompromi lagi bahawa, sepertimana saranan mahadet, najib harus membersihkan namanya yang teruk dilibas oleh media, pembangkang, dan juga khalayak antarabangsa yang masih belum berpuas hati dengan caranya menepis isu Altantuya ini.

Terbaru, video tentang cerita ceriti perihal Rosmah pula dibangkitkan dalam Youtube – Perempuan Puaka. Walaupun kurang jelas, tetapi di akhir video adik rosmah menggambarkan seolah2 kakaknya terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Kepada yang belum menonton video tersebut, sila ke laman youtube dan cari “perempuan puaka”

Kata dua amat mudah, buktikan di luar keraguan munasabah bahawa rosmah dan lakinya tidak terlibat langsung, atau letak jawatan! Masa depan Tanah Melayu tidak boleh digadaikan oleh pemimpin yang berkemungkinan mempunyai fail2 jenayah dan bermasalah yang boleh digunakan oleh agen-agen negara luar untuk memblackmail Malaysia bagi kepentingan mereka!

Ini masa depan negara. Kita sekarang berhadapan dengan pemimpin yang bukan sahaja dituduh mempunyai jenayah lokal, tetapi juga global! Pemimpin Jenayah GLOKAL! Ekonomi dan kemakmuran negara sekarang bergantung sepenuhnya pada PM yang sampai sekarang dilihat begitu lemah dan penuh dengan tanda soal. Rakyat Malaysia terus risau dengan perkembangan ini dan melihat masa depan Malaysia yang kemungkinan besar akan dijajah semula oleh negara luar.

Najib, letak jawatan atau bertarung membersihkan nama kamu dalam kandang tertuduh di mahkamah. Buktikan bahawa kamu langsung tidak ada kena mengena dalam hal ini. Ini bukan lagi masalah peribadi rumahtangga kamu, tetapi telah menjadi isu yang mampu mengancam keselamatan, hala tuju dan kemakmuran negara.

Rakyat Malaysia, sila sedar dengan ancaman yang kita hadapi sekarang bahawa Perdana Menteri kita berkemungkinan besar tidak mampu membuat keputusan yang rasional kerana berhadapan dengan tekanan negara luar yang mungkin mempunyai bukti lebih hebat daripada Bala ataupun Raja Petra!

Kita semua telah diberi amaran.

Bathista, Suharto, dan pemimpin ameno June 6, 2009

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , 2 comments

Aku baru sudah nengok Majalah 3 kat tivitiga. Bukan sebab aku peminat setia rancangan ini. Bukan juga sebab aku nak bantu naikkan rating Media Prima, jauh sekali aku nak menyapot Johan Jaafar, tapi sebab Astro aku buat hal dekat seminggu dan aku dah talarat tengok movie dah. So, aku terpaksa lepas gian tengok tivitiga tadi.

Kebetulan time aku tengok adalah segemen sejarah ka hapa tatau, cerita tentang Fort Cornwells (mungkin salah eja), kat Pulau Pinang. Aku tertarik bila pengacara Melayu lelaki berpakaian askar British berlabun depan tugu anak si Francis Light. Kemudian ditunjukkan betapa hebatnya arkitektur binaan British dulu. Meriam dan bilik senjata dijaga rapi. Tempat mula2 Francis Light tidoq semasa mendarat pun ada lagi, siap ada meriam. Bangga kita menyimpan sejarah tempat bermulanya kita dijajah.

Bini aku selamba tanya kat aku, tu semua bukan meriam buat tembak orang Melayu yang datang nak halau depa ka? Aku tergelak kuat. Dia bangun masuk bilik study sambung kerja. Aku sambung layan labun tivitiga. Teringat cerita betapa askar Melayu yang sibuk diinterviu oleh gomen sekarang betapa marahnya mereka kepada komunis sebab bunuh kawan2 dan sedara mara mereka. Aku rasa kalau kita interviu cucu cicit pejuang kita dulu yang mati ditembak dek Francis Light ni, tentu mereka pun akan meludah2 tugu yang dibanggakan oleh kerajaan kita sekarang ni.

Sejarah menunjukkan bahawa betapa setiap sistem yang berjaya dijatuhkan, maka tugu dan apa jua tanda2 wujudnya keangkuhan mereka juga akan dihancurkan. Patung Saddam Hussein ditarik jatuh dan diheret selepas beliau digulingkan. Ingat lagi bila kesatuan Soviet hancur pada zaman Gorbachev? Beberapa patung kebanggaan Kremlin juga ditumbang dan dihancurkan. Begitu juga sewaktu Shah Iran digulingkan.

Masa aku ke Jakarta dulu, yang ada dan yang berdiri megah adalah patung2 pahlawan yang berjaya menghalau penjajah. Tak pulak aku nampak patung2 mat saleh Belanda yang tersergam indah di sana. Orang Indonesia bangga dapat menghalau Belanda dengan kuasa rakyat.

Aku pun baru balik dari Vietnam. Di sana langsung aku tak nampak tugu2 orang Perancis, apatah lagi Amerika. Kalaupun ada, semuanya dalam muzium tentera, atau muzium revolusi mereka, dipamerkan sebagai menunjukkan kekuatan bangsa mereka menghalau penjajah. Aku ingat lagi muzium tentera mereka, kelihatan longgokan bangkai pesawat perang amerika dipamerkan. Ada yang masih lagi kelihatan OK, seperti kapal terbang pejuang US dan juga kereta kebalnya. Tetapi semuanya menghala kepada satu rumusan : bahawa mereka telah berjaya menghalau penjajah, dan ini buktinya.

Singapura? Aku rasa rakyat mereka juga berbangga betapa bangsa mereka berjaya mendesak Malaya “membebaskan” mereka dengan desakan suara dan pemberontakan. Sekurang2nya mereka ingin merdeka kerana oppresi daripada kerajaan Melayu yang dilihat oleh mereka menindas bangsa lain. Akhirnya mereka merdeka. Setuju atau tidak, itu persepsi masing2.

Di Malaysia? Kerajaan kita kelihatan masih lagi bangga dengan Kota A-Famosa. Fort Cornwalles (mungkin salah eja). Keberjayaan kerajaan British yang mulanya lari bercawat ekor ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, kembali menjajah dan memberikan kemerdekaan kepada negara tidak pernah lekang dari disebut bangga oleh kita. Nama2 penjajah dan pegawai2 penjajah disebut2 dan terus disanjung2. Pernah tengok dokumentari komunis di TV1? Siapa yang diangkat hero oleh dokumentari tersebut? Bukan Ahmad. Bukan Ah Kow. Bukan Muthu. Tapi mat saleh penjajah! Bunyinya kita sangat bersyukur tak terkira kerana penjajah inilah yang membantu kita “memerangi komunis”. Bukankah komunis merupakan satu lagi masalah yang ditinggalkan oleh penjajah selepas “disedekah”kan kemerdekaan kepada kita? Tengok2la dokumentari TV1 tu.

Aku anak merdeka. Ya, mungkin ada pak long yang akan kata aku tak pernah merasa susah melawan penjajah dulu. Aku dapat merdeka secara percuma. Semua dah selesai sewaktu aku diberanakkan. Kepada pak long, ingin aku bertanya, pak long tau dak ada lambang lain dari KATI kat atas kertas undi tu? Nah ambik baju t-shirt biru ni pi main jauh2.

Ok, apa yang aku nak sampaikan di sini ialah : di mana kita sebenarnya? Berbanding dengan kemerdekaan yang dikecap oleh Indonesia, Vietnam, dan Singapura (sekadar menyebut contoh2 negara yang aku penah lepak), apakah kita sebenarnya sudah merdeka? Atau adakah kita masih dijajah lagi? Bezanya mungkin sekarang, penjajah kita bukan mat saleh secara sosok tubuhnya, tetapi persamaan cara berfikir dan memerintahnya masih tetap sama! Devide and rule. ISA. Akta Mesin Cetak. Sistem yang menindas dan hanya memenangkan pihak pemerintah (baca penjajah). Masih lagi menganggap barat (baca penjajah) sebagai bangsa tertinggi. Bangga menggunakan bahasa Inggeris. Malu berbahasa Melayu walaupun mesyuarat dan majlisnya dihadiri oleh 100% orang Melayu!

Merdekakah kita ini? Kenapa masih lagi berbangga dengan tugu mat saleh penjajah. Kenapa masih menggeruni lagi meriam2 yang digunakan untuk menembak orang2 kita dulu? Kenapa masih mengkagumi lagi kota2 yang di bina oleh penjajah dalam menghalang serangan orang kita dalam menghalau mereka? Mana maruah dan kekuatan kita? Tujuan pelancongan? Apa yang ingin diceritakan kepada pelancong? Bahawa negara Tanah Melayu ini bacul penduduknya? Bahawa orang2 Melayu ini tidak mampu untuk melawan penjajah? Bahawa rakyat Malaysia ini masih terus2an ingin dan mahu terus berada di bawah ketiak dan dorongan orang barat sehingga mampos?

Maaf pak long, cucu cicit pak long masih merasakan bahawa mereka belum merdeka. Mungkin pak long menganggap Bathista dan Suharto itu pejuang kemerdekaan, tetapi cucu cicit pak long melihat mereka tidak lebih dari boneka. Dan kami juga melihat ameno dalam persepsi yang sama.

Malaysia masih belum merdeka.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

1Malaysia tidak bangang! May 27, 2009

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , 2 comments

Zahid Hamidi sekarang dah mula nunjuk belang. Dah mula nak jadi panglima perang. Isunya? Komunis. Malam tadi dalam tivi bukan main lagi dok acah2 kata tentera kerjasama dgn polis nak lawan pengaruh komunis yang kononnya kelihatan semakin menular dalam negara.

Isu komunis ni bermula bila adanya tuntutan daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk kembali ke Malaysia setelah hidup dalam buangan. Dari situlah bermulanya isu komunis ini, sampai melarat-larat ke pihak polis.

Masalahnya di sini? Kerajaan cuba sekali lagi nak kompiuskan 1Malaysia. Nak gambarkan bahawa komunis akan kembali menapak di Malaysia. Huru hara akan berlaku, Tanah Melayu akan kembali darurat, dan Jins Shamsudin bakal mengarahkan Bukit Kepong 2 selepas ini. Bekas orang Parti Komunis yang dah betobat nak balik ke Malaysia, 1Malaysia ditakutkan dengan huru hara!

Rileksla Dol! 1Malaysia sekarang sudah faham perjuangan komunis di Tanah Melayu dulu. Mereka semua adalah penduduk Tanah Melayu yang bangun menentang penjajah dengan bekompromi dengan musuh penjajah. Kebetulan pada masa itu musuh Jepun adalah China dan musuh imperialis adalah komunis, dan kebetulan China adalah komunis dan boleh bekal senjata untuk melawan senjata, maka komunis lah jadinya. Cuba pada waktu itu Empayar Khalifah masih kuat, kemungkinan besar tak akam wujud Parti Komunis. Mungkin Jihad Islamiyah. :)

Dan 1Malaysia juga dah faham bahawa PKM bukan melawan kerajaan, tetapi sebaliknya menentang penjajah British, dan selepas merdeka mereka masih meneruskan penentangan kerana merea menganggap kerajaan selepas merdeka adalah kerajaan boneka penjajah. Mereka menjadi komunis sebab musuh emperialisma pada masa itu hanyalah komunis. Walaupun 1Malaysia tidak bersetuju dengan fahaman komunis, tetapi 1Malaysia tahu bahawa yang bersungguh2 lawan penjajah buku dengan ruas bukanlah ameno, tapi komunis dan parti2 yang enggan berkompromi dengan penjajah. Ameno adalah golongan elitis yang berakar dari budak suruhan British, dilatih, diajar dengan sistem Inggeris sehingga timbul rasa taksub kepada seluruh hidup bangsa penjajah yang akhirnya, sampai sekarang, walaupun 1Malaysia sudah konfiden, 1Malaysia sudah rajin dan bersedia, ameno masih terus2an merendahkan bangsa sendiri berbanding penjajah!

Ya, terbukti 1Malaysia menolak komunis dan menerima demokrasi. 1Malaysia hanya mahukan kerajaan ameno mengiktiraf bahawa mereka yang dihalau ini juga telah berjuang melawan penjajah, buku dengan ruas, peluru dengan darah. 1Malaysia tidak menuntut ameno mengiktiraf parti komunis. 1Malaysia juga tidak mahukan fahaman itu dibenarkan dalam sebuah negara yang Bertuhan ini. 1Malaysia hanya mahukan ameno akui sejarah, akui kebenaran, dan akui fakta bahawa sedang ameno sibuk megampu penjajah dan berkowtim dalam menuntut kemerdekaan, ada golongan yang berkeras mempetahankan hak negaranya sehingga ke titisan darah yang terakhir!

1Malaysia menuntut agar sejarah ini tidak dikonfiuskan lagi demi untuk terus memperlihatkan ameno sebagai satu2nya yang berjuang menuntut kemerdekaan. 1Malaysia tahu bahawa ameno hanya berkowtim dalam mendapatkan kemerdekaan sedangkan tekanan sebenar datangnya daripada pejuang2 yang menuntut kemerdekaan mutlak. Kemerdekaan yang mana setiap tahun boleh membangkitkan semangat juang anak muda. Kemerdekaan yang boleh menjadikan rakyatnya berdiri megah dengan kekuatan menolak penjajaan. Kemerdekaan yang sebenar yang dikecapi oleh negara2 lain yang menghalau penjajah dengan peluru dan belantan.

Kerana 1Malaysia sudah muak disajikan dengan drama Bukit Kepong setiap kali sambutan kemerdekaan. Sebab 1Malaysia sudah faham, yang dilawan oleh komunis dan pejuang bukanlah rakyat Tanah Melayu yang merdeka, tetapi askar2 kepada kerajaan boneka.

1Malaysia menolak fahaman komunis. Dalam masa yang sama 1Malaysia mahukan sejarah tidak diputar belit. Kerana 1Malaysia bukan lagi bodoh seperti yang diharapkan.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

Perjuangan menuntut kemerdekaan bermula sekarang May 10, 2009

Posted by admin in : Dari Dalam Henpon , 3 comments

Ameno yang merampas Perak sampai sekarang terusan mempertahankan perbuatan mereka kerana katanya “tidak sanggup melihat tanah jatuh ke tangan Cina” sepertimana yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Kata mereka, Perak tidak boleh dibiarkan menjadi seperti Singapura. Kata mereka lagi, Pakatan Rakyat bagaikan Yahudi yang merampas tanah orang Melayu. Mereka mula menyamakan diri mereka seperti pejuang jihad yang berusaha membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman dan rampasan oleh bangsa lain.

Maka dengan itulah mereka tidak segan silu mempertahankan perbuatan bengong di Perak. Bagi mereka ianya sesuatu yang diharuskan. Untuk “kemaslahatan ummat Melayu”. Ianya halal. Tidak salah. Dan diwajibkan ke atas mereka.

Tetapi apa yang mereka tak paham ialah apa yang rayat dah nampak dan telah paham hasil daripada tindakan mereka lebih 50 tahun memerintah Tanah Melayu ni. Rakyat telah nampak dan paham bahawa hilangnya Singapura bukanlah disebabkan oleh PAS. Rakyat juga peka dan tidak buta bila Genting Highland diserahkan pada tauke judi bukan dari bangsa Melayu, juga adalah perbuatan terkutuk parti pemerintah yang berjanji untuk menjaga hak bangsa mereka. Bagaimana dengan Bukit Tinggi? Milik siapakah sekarang ini? Melayu? Bagaimana pula dengan YTL? Pulau mana yang dah nak jadi haknya?

Sedara sedari adik kakok sekalian. Seluruh pulau temasek diserahkan pada bangsa Cina oleh pemerintah parti Melayu. Sebijik gunung diberikan kepada tauke judi oleh golongan yang menganggap diri mereka suci, sebiji bukit lagi dihadiahkan bukan kepada bangsa sendiri, dan hampir sebiji pulau diserahkan lagi pada tauke cina. Kemudian mereka mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat meminjamkan tanah kepada pekebun sayur cina sedangkan mereka boleh senyap terus merakus hasil daripada tauke judi dan dua tiga kerat niagawan cina! Sedang Pakatan Rakyat memberi ruang kepada semua orang cina yang susah dan ditindas oleh polisi bobrok dan bebal ameno untuk bercucuk tanam dan berkebun, ameno terusan menghasut bahawa Perak ini akan menjadi Singapura kedua! Kamu bagi gunung dan bukit serta pulau kepada seorang dua tauke judi dan korporat cina, dan kamu maki tindakan PR yang pinjamkan tanah kepada sekerat dua orang cina yang susah untuk memperbaiki hidup mereka dengan bercucuk tanam? Dan kamu ingat semua rayat ini bodoh seperti pengampu2 kamu?

Nah, sekarang kamu seperti Yahudi merampas Perak dengan cara tidak bertamadun. Sepertimana Israel yang terusan menyalahkan Palestin kerana “menyerang”, tanpa pernah mengakui punca serangan, kamu juga menggunakan alasan yang sama menuduh PR membuat kecoh di sidang DUN tanpa menjelaskan kenapa. Seperti juga Israel yang menggunakan kekerasan pada tempat yang tidak dibolehkan, kamu juga mengheret polis pada tempat yang diharamkan! Kamu datang, kamu rampas, kamu provok, dan kamu menyalahkan orang lain! Sebijik macam Israel.

Sedara sedari adik kakok sekalian. 50 tahun kita dikatakan merdeka. Tanah kita semakin sedikit dikekahkan kepada tauke judi dan elitis cina oleh ameno, sedang rakyat hanya melihat dengan tangan terikat dan suara disekat. Selama lebih 50 tahun kita dikatakan merdeka, bangsa melayu terus dihina, dibodoh, dan dimalaskan oleh pemerintah melayu sendiri. Selama 50 tanah melayu ini dikatakan merdeka, kita masih berterusan dilagakan oleh pemerintah antara kaum demi untuk memastikan survival perut mereka sedang kekayan dan kemakmuran yang harus dikecapi bersama semakin menipis dan hilang dalam kerakusan elitis pemerintah yang menggunakan sentimen bangsa untuk menyibukkan rakyat dengan nergaduh sedang mereka berlapang membahagikan harta rakyat sesama mereka!

Kita hilang Singapura di bawah mereka. Kita hilang gunung, bukit dan pulau di bawah mereka. Dan sekarang kita secara perlahan2 kehilangan bahasa ibunda dek kerana kerakusan dan kesombongan mereka yang tidak pernah yakin dengan bangsa sendiri. Ya, tangan kita terikat. Ya, suara kita tersekat, tetapi mata kita tidak pernah buta, dan otak kita tidak pernah koma!

Tanah Melayu belum merdeka sebenarnya. Gelombang untuk menuntut kemerdekaan pasti akan tiba. Dan ianya semakin hampir menekan dada mereka!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net