… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.
Currently Browsing: Henpon

Obama dan persoalan yang perlu dijawab

Ada beberapa persoalan yang sedikit mengganggu kepala hotak aku selepas melihat, mendengar dan membaca ulasan dan laporan media berkaitan kemenangan Obama pada pilihanraya US. (Aku malas susun ayat, pinjam stail mahadet guna point) 1. Kemenangan Obama disambut oleh banyak negara dengan begitu meriah sekali. Adakah mereka berbuat demikian bagi memastikan Obama, dalam membawa mesej keamanan dan demokrasi...

Banyak isu tapi lesu

Kepada semua pengunjung tetap jahil, mintak mahap banyak2 sebab dalam 2 bulan ni aku tak banyak menulis. Bulan puasa tak menulis sebab banyak lena letih beribadat. Bulan Raya pula sebab sibuk memenuhi jemputan open house setiap hujung minggu. Dan ditambah lagi dengan kurangnya idea2 menulis dek kerana bloated dengan lemang dan ketupat rendang kurangnya kepekaan kita terhadap isu sekarang ini. (Aku turun 6...

Bila kita nak ambik alih kerajaan?

Aku tak boleh bagi jawapan penuh atau tepat pada persoalan ni, tapi cukup untuk aku bagi hint apakah bentuk seminar dan talk yang aku hadiri dalam beberapa tempoh terdekat nih. So, masih belum pecaya?

Antara pemimpin berani dan yang takut bini

Ringgit dah cecah 3.50 berbanding US Dollar pada bulan ini. Dua bulan terlebih awal dari jangkaan gomen kita. Aku dah nampak Najib berkerut dahi antara nak tambat dengan tak tambat ringgit kali ni. Dalam masa yang sama, sedang Pak Lah jadi menteri kewangan bulan lepas, dia dengan konfiden mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5%. Disokong dengan bongkaknya oleh mat yakkob. Sebulan lepas, ekonomi Malaysia...

Selamat menyambut Aidilfitri. Dari empat pemimpin dan seorang bini.

Spoil hari raya aku. Spoil! Tengah relax atas kusyen sambil tengok tv tadi. Tivi RTM. Kampung aku itu saja yang dapat. Anyway, tengah2 melenggak tengok tv, tiba2 di announce tentang “ucapan raya pembesar negara”. Mula2 keluaq paklah yang cakap tak berapa nak dengaq. Aku rasa sound engineer kat sana kena pekop headphone nak dengaq apa dia cakap. Jean, bini paklah, dok sebelah. Bila becakap tentang...

Harapan rakyat untuk perubahan

So, sekarang bloggers betul2 menjadi sasaran amukan pak lah dan rejimnya yang tenat. Semalam, sorang lagi sahabat blogger, walaupun dalam team yang berlainan, dah ditahan bawah ISA. Tahun ini, dah tiga orang ditahan sebab memblog. Seorang ahli parlimen ditahan sebab bercakap, dan seorang lagi sebab bekerja. Kesalahan mereka hanyalah satu, memberi harapan kepada rakyat untuk melihat perubahan. Bloggers mendesak...

Belanjawan belum boleh belanja kawan2.

Aku baru sudah baca budget. Baru sudah baca analisa. Baru sudah berkerut dahi tekan calculator berapa banyak yang aku dapat jimat tahun ni dan tahun depan. Kesimpulan? Tadak. Aku still kena bayaq cukai. Letrik aku lebih dari RM20 sebulan. Proton sengaja jual enjin petrol masa aku beli Wira dulu. Dan aku tak kerja dengan kerajaan. Aku kerja makan gaji dengan swasta. Swasta yang diketahui akan sedaya upaya...

BPR nyata sekali kantoi.

Kantoi lagi. Arif Shah dah kantoi sebab ambik PhD muhong. Saiful juga kantoi masa bersumpah salah sebut nama Tuhan dia. Hari ni, PKR melondehkan BPR dalam operasinya menahan exco berkaitan “rasuah wang dan seks”. Dari apa yang diceritakan kepada wartawan, exco nyata di”setup” oleh individu tertentu untuk memerangkap exco tersebut. BPR sendiri mengesahkan bahawa “tiada perempuan”...

Jihadwati dan Elvis Presley

Bila kak jat melancarkan kempen “jihad” di permatang pauh semalam, aku jadi terkedu. Sedikit cuak pun ada. Dalam laporan beberapa akhbar memetik kenyataannya sebagai berkata bahawa “jihad” wanita ameno adalah perlu bagi memastikan “individu tertentu” tidak menjadi perdana menteri untuk agenda peribadi. Gambaqnya bukan main, satu bilik dok angkat bendera dan sepanduk bersemangat...

Uncle Pet – Memang ini kerja anak buah kamu?

So, kalau ahmad dan ali bersama2 membunuh aminah, dan ahmad membuat laporan bahawa ali membunuh aminah dan dibantu olehnya (ahmad), maka ali boleh ditahan dan dibicarakan? Apa yang berlaku pada ahmad dalam hal ini sedangkan dia juga sama membunuh aminah? Adakah dia juga akan dituduh selepas kes perbicaraan ali selesai nanti? Atau, adakah ahmad akan bebas seperti burung terbang lepas kerana terima kasihnya...
Page 2 of 712345...Last »
Powered by the people for the people