… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Bila yang lemah nak jadi hero…

sempat aku dengaq ucapan paklah dalam radio siang tadi sementara on the way meredah trafik jam di negara demokrasi ini (setiap rakyat berhak merasai trafik jam selepas membayar tol setiap hari). macam biasa, paklah bukanlah seorang menusia yang bila berucap, orang boleh bangun tepuk sampai merah2 tapak tangan. bagaikan ada sekoq dua kutu pada setiap majlisnya yang terpaksa bagi “key” untuk bila patutnya bertepuk tangan supaya si pengampu boleh bertepuk pada pernyataan yang bersesuaian.

tapi aku bukan nak becakap tentang ke”lecey”an ucapan paklah ataupun pemimpin2 ameno sekarang. walaupun sedikit sebanyak aku merindui “merapu”an mahadet, tapi hakikatnya mereka semua sama. terus beretorik sedangkan kuasa berada di tangan mereka. aku cuma nak sentuh tentang betapa dalam perhimpunan agung kalini, paklah cuba menjadi juara semua kaum! paklah dalam ucapannya yang serak2 dan tersedak2 itu dengan lantang menyebut bahawa ameno mengangkat keris untuk membela semua kaum. berbeza dengan ameno taun lepas yang mengangkat keris memberi amaran jangan ada orang lain mengganggu ameno dan bangsa melayu, kali ini seolah2 ameno mengangkat keris jangan ada bangsa¬† lain yang cuba mengganggu bangsa2 yang berkawan dengannya! (mungkin amaran pada bangla dan nepal yang penuh di malaya sekarang ni)

bagaikan satu tamparan kepada kepala2 hotak perwakilan yang masih lagi lena dibuai angan2 kontrak kelas f, paklah dengan lantang membuat statement bahawa ameno memperjuangkan semua bangsa! hahahahahah… kalau la datuk on ja’paq ada lagi.. pasti dilantiknya anak badewi ni menjadi naib presiden parti negaranya!

inilah kualiti hiburan yang kita cari selama ini!

tapi aku tak salahkan paklah 100% dalam hal ucapannya ini. mungkin sapa2 boleh tolong pi cek mamat yang tulis ucapan paklah tu. urine test kan dia sekali. takut2 tengah pening masa dok tulih ucapan sampai tatau apa yang dimerapukannya.

parti yang fanatik tentang perkauman, yang terus2an mencurah harapan kepada bangsanya untuk bangun setanding dengan bangsa lain yang telah meninggalkan bangsanya jauh ke depan, yang terus2an meleteri bangsanya yang lemah, tak bermaya, dan tak berdaya saing, tiba2 boleh menawarkan diri menjadi jaguh pembela semua bangsa?

hahahah….

harapannya penulis teks ucapan itu bukanlah terdiri daripada salah seorang anggota putera ameno yang terpaksa menyiapkan khutbah paklah sebelum merempit di jalan sultan ismail semalam!

aku betul2 terhibur mendengar retorik paling tak berlapik dalam sejarah aku menjadi seorang matkeri ini.

aku membayangkan betapa warga ameno totok yang terpaksa menelan bulat2 bahawa melayu ini masih lemah dan masih memerlukan pembelaan daripada partinya berkerut dahi cuba untuk memahamkan bagaimana untuk menjaga bangsa lain sedangkan bangsanya dikatakan sangat jauh ketinggalan dan perlu bersatu dengan lebih kuat untuk bertanding dengan bangsa lain. kalau pemimpinnya sibuk menjadi jaguh menjaga bangsa lain yang telah jauh ke hadapan, bagaimanakah nasib bangsanya nanti? sedangkan dahulunya sepanjang masa ameno sibuk mempertahankan bangsa melayu sampai sanggup mencabut2 keris pun bangsanya masih lagi dikatakan lemah, longlai dan pemalas, apa pulak ceritanya bila ameno mempertahankan semua bangsa?

andai kata tulisan aku ni terprint dan dijadikan bungkusan nasik lemak dan kemudian dibaca oleh penganut2 ameno, ingin aku berasional sedikit. ameno tidak boleh menjadi jaguh kepada semua bangsa pada semua masa. dia boleh jadi jaguh pada satu bangsa pada satu2 masa. kerana ameno adalah parti perkauman yang tertubuhnya ia adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menentang malayan union dan menjadi pm supaya dapat mengaut kekayaan negara untuk anak beran… sat.. salah buku teks.. aaa… ok.. ia ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bangsa melayu sahaja! buktinya bila datuk on ja’paq ingin ameno menerima bangsa lain, ianya telah ditendang dan dikalahkan.

jadi, mana mungkin ameno boleh menjadi jaguh semua bangsa? tiada pilihan dia harus memastikan bangsa melayu terus mendapat perhatian kelas pertama! dan kalau bangsa melayu sahaja mendapat perhatian kelas pertama, mana mungkin dia dapat membela bangsa lain dengan lebih adil? dengan kata lain, mana mungkin dia menjadi pembela semua bangsa jika dia menganaktirikan bangsa lain dalam perjuangannya?

ia tak masuk akal!

untuk merealisasikan impian menjadi jaguh bangsa, ameno harus menukar perlembagaannya – menerima bukan melayu menjadi ahli, dan berjuang untuk semua kaum! nah, itu baru dipanggil pejuang malaysia sebenar! di mana semua kaum mendapat jaminan BERTULIS bahawa ameno menjaga hak2 bangsa lain demi untuk malaysia, dan bukan sekadar beretorik bercakap perkara yang menentang arus perjuagannya – dan lebih buruk lagi, perjuangan semua ahli2nya yang ikhlas!

ianya tidak lebih seperti israel yang menjanjikan kebebasan palestin sedangkan mereka dengan jelas ingin menguasai lebih banyak tanah arab! it doesn’t make sense!

kita mengimpikan sebuah negara yang bukan diasaskan oleh perkauman. kita mengimpikan sebuah negara yang mana cina, india dan melayu boleh naik lif sekali dan bertegur sapa. kita mengimpikan sebuah negara yang mana cina, india dan melayu tidak berlumba2 mengangkat bangsanya sahaja, tetapi dalam masa yang sama menghormati agama masing2. kita mengimpikan sebuah negara yang prejudis dan perkauman tidak disemai melalui kelompok2 wakil bangsa yang hidup mereka dibayar dengan retorik perjuangan bangsa dengan melemah2kan bangsa sendiri – menakut2kan bangsa sendiri dan terus2an dipandang hero!

tapi impian mungkin akan terus tinggal impian. mana mungkin ianya akan tercapai jika kelompok2 penguasa yang mendapat sokongan dengan menjual retorik perjuangan bangsa terus memerintah. lebih menyayat hati lagi kalau majoriti penyokongnya boleh dibodohkan sampai ke tahap rendah seperti yang diucapkan dalam perhimpunan mereka sekarang.

begitu ironi sekali dalam ucapan rapidah yang menyeru semua ahli untuk berhenti beretorik, kepala perhimpunannya menjamu para perwakilan dengan retorik yang terbesar yang pernah dicipta dalam persidangan ameno!

…dan aku salahkan orang di sebelah paklah sewaktu bersidang. kalau ada sapa2 kejutkan dia masa rapidah tengah berucap, mungkin dia akan tapis apa yang dia nak cakap. tapi selalunya itulah kerja orang di sebelah, bagi tokey gelabah supaya dia nampak terserlah…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Bila yang lemah nak jadi hero…”

  1. mawaddah says:

    Demokrasi Msia adalah demokrasi syok-syok sendiri.Kalau kita ikuti perhimpunan umno tempoh hari,
    mesti kita akan bertambah yakin bahawa demokrasi kat msia tu mcm demokrasi pak pandir.

    Apa tidak nya…kerajaan BN dibwh umno menutup semua saluran parti2 lain dari bebas bersuara menyatakan pandangan dari pihak mereka.
    Sehingga kan apa yang berlaku, rakyat2 msia disuap dengan agenda2 sekular mereka sahaja tiap-tiap hari.Apa yang pembangkang buat semua salah.
    Sebenarnya apa yang mereka pegang ialah, demokrasi adalah mesti mengikut apa yang mereka perjuangkan ,kalau tak ikut agenda mereka maka orang2 tersebut adalah tidak menghormati
    demokrasi yang diamalkan oleh negara kita.Umno dan BN sahaja yang demokrasi,parti2 lain tidak demokrasi sebab tidak bersama agenda mereka.

    Sama seperti orang yang anjurkan pertandingan pidato, pemidato dari pasukan BN diberi mic masing2 dan disiar dalam TV secara live lagi kemudian minta rakyat vote, ala2 AF lah nih.Tapi bila sampai turn pembangkang,mic tak dibg..pastu tak boleh bersyarah sebab tak menepati selera mereka.Bila orang buat demo, cakap ini bukan amalan demokrasi.Sampai bila nak berdemokrasi cara k*l*ng nih?

    Dimana hak-hak kebebasan bersuara yg diperuntukan kepada semua orang dlm sistem demokrasi?Kerajaan BN yang ada mmg tak boleh dipakai.Kita bukan nak membakar kemarahan orang melayu sampai berlaku kucar-kacir…tapi kita nak rakyat semua sedar betapa banyaknya sandiwara penipuan yang BN buat.PM sendiri pun tak sedar yang dia tu telah membuat kezaliman kepada rakyat yang dia diberi amanat utk mentadbir dengan adil.

    Patutnya kerajaan BN yang ada sekarang tak payah lah benarkan mana-mana parti pembangkang masuk Pilihan Raya. Tak guna pon..Sebab PR kalau dibuat pun sekadar nak cukup syarat supaya bleh kata msia ini amalkan demokrasi. Buat PR tapi org dr pihak lain tak boleh bersuara apa gunanya?? jahilgoblok sungguh! Tak lah boleh dipanggil demokrasi kalau sekadar negara2 tu dapat buat PR sedangkan tidak ada ketelusan dalam media dan sebaran am.

    Masalah ini makin menjadi-jadi di msia sbbnya pemimpin2 umno dan BN yang kononnya berpelajaran tinggi ini, semua nya zero pasal demokrasi…yang ada ialah si kaki putar belit dan beberapa kelompok besar yang rambang mata terpukau oleh janji2 pembangunan pemimpin2 tadi.Tak kurang juga ramai yang dalam Umno nih otak kuning, bayangkan lah dalam perhimpunan yang disaksikan oleh ribuan malah mungkin jutaan rakyat msia tempoh hari( mungkin ada juga remaja) ,pemimpin2 besar ulul amri nih asyik2 duk buat lawak jenaka ala-ala lucah.Tak malu ke mereka2 nih…sedarlah sikit diri tu, dah tua2 bangka belaka.Ini kah golongan yang dikatakan dapat membela nasib orang melayu…apatah lagi nak membela Islam?

    Semoga semakin terbuka mata rakyat Malaysia ttg penipuan yg dilakukan oleh diorg ini..

    ya Allah selamatkan ummah islam di msia .amin.

Powered by the people for the people