… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Makluman Terkini 10 Nov 2007 – BERSIH

4.25PM

Ramai yang telah ditangkap ketika bersurai dari perhimpunan dan sedang dibawa ke IPD Hang Tuah

4.22PM

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta pimpinan pembangkan berjaya menyerahkan memorandum kepada pihak Istana. Perhimpunan di Istana Negara kemudiannya bersurai dengan aman. Anwar dilihat sedang berbincang dengan pegawai polis bagi meminta agar tiada tindakan dilakukan termasuk tangkapan ke atas peserta himpunan aman. Semua ahli AIC (Anwar Ibrahim Club) berjaya mengelakkan diri dari ditangkap ketika dalam perjalanan datang dan pulang dari Istana Negara. Perhimpunan dianggarkan SEKURANG-KURANGnya 73 ribu orang. Ramai yang gagal sampai ke istana negara kerana sekatan dan halangan polis dan kesesakan lalulintas dari seluruh pelusuk negara ke Kuala Lumpur.

4.15PM

Terkini!, polis mula bertindak menahan peserta perhimpunan dengan 13 orang setakat ini dilaporkan ditahan di Dataran Merdeka. Wartawan Harakah Azamin Amin melaporkan, polis mula menyerbu orang ramai untuk menahan sesiapa sahaja terutamanya mereka yang berpaiakan kuning. Keadaan semakin kelam-kabut dan polis mengambil kesempatan menahan secara rambang tidak kira siapa sahaja. Setakat ini polis berpakaian preman digunakan bagi menahan sesiapa sahaja yang melintas, berada atau menyusuri jalan sekitar Dataran Merdeka, Pertama Komplek, Jalan Masjid India dan Masjid Jamek.

4.05PM

Kebanyakkan pemimpin tertinggi sudah sampai dihadapan Istana Negara dengan terpaksa merempuh halangan Polis, FRU dan SB. Dianggarkan kira2 65,000 orang ramai sedang berada di Istana Negara dan masih ramai lagi yang terperangkap di Masjid Jamek dan SOGO

3.35PM

Terkini, wartawan Harakah, Helmi Khalid melaporkan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang menggerakkan peserta himpunan sampia ke Istana Negara meskipun terpaksa merempuh sekatan polis. Setakat ini di beberapa lokasi tempat berkumpul dijangka lebih 50,000 orang ramai mula mendekati himpunan besar di Istana Negara tetapi di Masjid Jamek dan Dataran Merdeka 30,000 masih terhalang sementara 3000 mahasiswa yang memulakan perarakan di Sogo menuju ke Bangunan Mara untuk ke Istana Negara yang dipimpin Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Mohd Ramli masih meneruskan perjalanan.  Keadaan semakin tidak terkawal hingga orang ramai mula merempuh sekatan polis untuk menuju ke Masjid Negara bagi meneruskan perarakan ke Istana Negara. Perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 3.00 petang terlebih awal dimulakan ‘kekecohannya’ oleh pihak FRU dan polis. Di Masjid jamek dan Pertama Komplek, FRU melepaskan lagi gas pemedih mata hingga penumpang LRT yang menunggu di platform terkena gas pemedih mata. Wartawan Harakah, Azamin Amin dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman terkena gas pemedih mata yang disembur. Mereka tidak dapat turun ke Masjid Jamek kerana LRT diarahkan untuk tidak berhenti di stesen tersebut.

3.27PM

Gambar2 terkini perhimpunan akan diupdate dari masa ke semasa di http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php

3.01PM

Ramai yang berkumpul di Masjid Jamek pada waktu ini. Peserta dari SOGO, Central Market telah dihalang olh SB dan polis. http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index ada menayangkan gambar live dan sedang msg ini ditulis Polis telah menembak cecair kimia kepada orang ramai tanpa sebarang amaran.

2.48PM

Orang ramai berkumpul di Masjid Jamek KL. Pimpinan2 PAS juga ramai yang berhimpun disitu. Water Canon telah menembak orang ramai sekitar jam 2.10pm tadi namun orang ramai tidak berganjak.

1.58PM

area central market skrg dipenuhi dengan siput babi (sb) yg dtg berkelompk. polis semakin ramai berkumpul di sini sekarang.
tak dinafikan lagi polis terpaksa berkampung di dataran merdeka. sekarang ini lebih drp dua ribu orang telah berkumpul di belakang mesjid negara. masih ramai lagi kelihatan berduyun2 ke masjid negara sekarang.
gelombang kuning telah dapat dirasai. anggota polis kelihatan gelisah didepan pusat islam. hujan di kl nampaknya seperti memberi semangat lagi kepada peserta perhimpunan.komuter masih lagi tergendala dgn teruk. ada pemimpin kanan terperangkap, tetapi telah ramai yg berjaya sampai ke masjid negara.12.13PM

FRU dah beratur panjang di dataran merdeka. kl semakin panas dan menyesakkan dgn usaha berterusan polis menyekat gerakan rakyat drp memasuki kl. ini boleh dilihat sendiri drp jalan2 masuk utama ke kl jamnya sampai tak menasabah. aic berjaya menyelinap di tempat2 strategik dan sedang menunggu arahan selanjutnya.gerombolan2 manusia telah sedikit demi sedikit kelihatan memenuhkan sogo, cm, masjid jamek dan sekitar dataran.kelibat wartawan dan jurugambar asing juga telah kelihatan mencari posisi masing2. jalan istana ditutup terus dan ini menyebabkan jam yg tak masuk akal di kl sekarang.11.19AM

kerajaan xboleh sembunyikan lagi ketakutan!
setakat laporan ini ditulis, pengangkutan awam dah jadi biskut kejap ada kejap xdak. ktm komuter tergendala sekarang.
pastinya laporan “tidak mendapat sambutan” akan berkumandang pada malam ini.
9.48AM

kelihatan sekarang ini FRU dan polis semakin ramai berkumpul di masjid jamek dan dataran merdeka. nyata sekali kesesakan sebenarnya disebabkan oleh pihak berkuasa dan bukannya peserta perhimpunan. seperti laporan awal tadi, keadaan semakin sendad utk memasuki kl dan rata2 pemandu yg dihampiri menghamburkan rasa marah kepada pihak berkuasa yg tidak bertimbangrasa dan sengaja menyebabkan kesesakan yang melampau.

9.28AM

jalan2 utama masuk ke kl dah sendad. sekatan jalanraya dilakukan hampir di semua tempat utk membangkitkan kemarahan pengguna jalanraya terhadap perhimpunan bersih.

sekatan lebuhraya sg besi bermula di hadapan petronas menuju ke kl. ekornya dah sampai upm dan semakin bertambah.  nampaknya sg besi boleh bertukar menjadi jln kebun petang nanti!  

8.33AM

highway besraya dr sungai besi ke kl sekatan depan stesen esso dah ada roadblock dr malam tadi sampai laporan ditulis.
jalan sg besi-tun razak-istana negara telah ditutup untuk memburukkan lagi keadaan kl. semua jln ke istana negara nampaknya telah ditutup.

simpang2 tikus polis trafik sudah terpacak bg memastikan ia tidak boleh digunakan.

rata2 semua jln besar telah ditunggu oleh polis2 trafik.

kl nampaknya telah bangun seawal pagi utk menerima limpahan laungan rakyat!

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people