… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Awat Samseng Sangat

Seorang jurugambar akhbar berbahasa Cina membuat laporan polis hari ini mendakwa dipukul ketika membuat liputan sidang akhbar Ahli Parlimen Cheras dari DAP, Tan Kok Wai di dewan orang ramai yang berada kawasan pejabat Umno Cheras pagi tadi.

Koh Chun Seng, dari akhbar Guang Ming Daily membuat laporan tersebut di balai polis Cheras pada jam 11.05 pagi tadi.

Dalam laporannya itu, Koh berkata pada kira-kira jam 10.40 pagi tadi, dia berada di pejabat Umno bahagian Cheras di Jalan Peel kerana menghadiri sidang akhbar Tan.

Tiba-tiba katanya, beberapa orang lelaki yang menyatakan mereka ahli Umno, datang menyoal Tan mengapa mereka berhimpun di situ.

Koh mendakwa, kumpulan itu juga menggunakan bahasa yang kasar terhadap Tan dan mahu wakil rakyat DAP itu menarik balik tuduhannya bahawa Umno sebuah parti politik yang menyalahgunakan kuasa dan rasuah.

Dalam laporannya itu, Koh mendakwa, bila Tan enggan menarik balik kenyataannya itu, beberapa orang lelaki keluar dari pejabat Umno dan mengepung Tan dan penyokongnya.

Menurut Koh, dia hanya menjalankan tugasnya mengambil gambar mengenai kejadian tersebut, tetapi seorang daripada mereka tiba-tiba memukul dengan kuat di bahagian telinga kanannya.

Katanya, kejadian tersebut disaksikan oleh Tan serta orang-orang lain yang berada di situ.

Suara tinggi

Sementara itu, Koh ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya berkata, sebelum dia ditumbuk, seorang lelaki dari kalangan ahli Umno tersebut meminta mereka beredar dengan berkata “jangan tangkap gambar, pergi dari sini” dengan suara yang tinggi.

“Saya menjawab dengan berkata, kalau mahu suruh kami pergi, tak payah jerit-jerit.. tiba-tiba seorang lagi lelaki menumbuk saya,” kata Koh.

Sementara itu, Tan ketika dihubungi berkata, beliau mengadakan sidang akhbar tersebut untuk mendedahkan dakwaan Umno menyelewengkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri untuk membina dewan serbaguna di bandaraya Kuala Lumpur.

Katanya, beliau sedang menjelaskan di sidang akhbar itu bagaimana Umno didakwa menyalahgunakan peruntukan tersebut dengan membina pusat perkhidmatan Umno.

Menurutnya, ketika sidang akhbar itu berjalan, beberapa ahli Umno keluar dari pejabat parti itu dan berkata mereka (orang-orang Tan) tidak seharusnya berkumpul di situ.

“Mereka juga turut menggunakan bahasa kasar terhadap kami dan menuntut saya menarik balik kenyataan saya itu,” katanya.

Menurut Tan lagi, kumpulan tersebut kemudian mengepung beliau dan penyokongnya dan cuba menolaknya. Seorang jurugambar (Koh) turut diserang dalam kejadian tersebut.

Tan mendakwa penyalahgunaan dana kerajaan oleh Umno sudah berlaku sejak sekian lama.

Gaji pekerja

“Masalah itu bermula sejak 2002. Mereka mendapat peruntukan untuk membina dewan serbaguna dan menggunakannya untuk membina pusat perkhidmatan mereka.

“Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan wang untuk tujuan penyelenggaraan dewan-dewan tersebut dan mereka menggunakannya untuk menggaji pekerja di pusat perkhidmatan mereka,” kata Tan sambil mendakwa, perkara itu banyak berlaku di Bandar Tun Razak.

“Di satu bahagian bandar ini, terdapat lima dewan serbaguna dalam jarak setengah kilometer. Dan terdapat tiga lagi dewan di satu lagi jalan,” katanya.

Umno akan buat laporan

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee, dilaporkan oleh akhbar China Press, menyalahkan Tan sebagai punca kejadian tersebut.

Katanya, Tan telah membangkitkan kemarahan ahli-ahli Umno dengan bersikap “kurang ajar dan masuk ke dalam kawasan harta Umno”.

Syed Ali berkata, beliau juga akan membua laporan polis terhadap Tan kerana menceroboh masuk ke dalam kawasan hak persendirian.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

2 Responses to “Awat Samseng Sangat”

  1. wow.. tumbuk orang.. apa dah nak jadi ni seh…

  2. den says:

    wow..padan dengan muka cine yang kurang ajar ni..kekekeke…itu baru kene ngan umno,kalau kene dengan pas..jgn harap boleh bercakap lagi..

Powered by the people for the people