… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Demokrasi, tak keras lagi!

demokrasi ni satu benda gila.

tu kesimpulan yang aku dapat setakat ni setelah dok tengok tivi, dengaq redio dan baca paper. aku tak dapat kesimpulan ni daripada baca buku sebab kebanyakannya dah menyimpulkan benda ni sebagai gila berpuluh tahun dulu. aku dapat kesimpulan ni daripada pemerhatian apa yang dok berlaku keliling pinggang kita ni.

demokrasi. ianya berasal daripada dua sukukata perkataan Greek – demokratia – yang membawa maksud demo, iaitu rakyat, dan kratia, yang menyokong kerajaan setelah kerajaan tersebut memenuhi kehendak dan tuntutan mereka untuk mengiktiraf mereka sebagai warganegara dan berhak untuk menukar identiti kad pengenalan mereka kepada pondan.

sekurang2nya itu kesimpulan yang aku dapat selepas tengok rancangan Expose di Astro Ria tadi. isu pondan dan betapa mereka “disisihkan” daripada masyarakat difokuskan kembali. sebenarnya ni bukan kali pertama mereka difokuskan dalam tivi. kepada yang tak bermasyarakat dan terpaksa menghabiskan masa merayau2 depan tv raya puasa lepas, tentunya tak terlepas menyaksikan isu yang sama dibangkitkan oleh TV3 dalam satu slot raya bersama pondan.

(sebelum aku dapat email kritikan pedas bersuara garuk, perlu aku notakan di sini untuk rekod bahawa aku mengiktiraf lelaki2 lembut yang wujud dalam alam maya ini sebagai manusia normal yang diuji Allah untuk berada di atas landasan dengan tabah. aku respek mereka, dan lebih respek lagi kepada yang dah beranak pinak dan bercucu cicit! aku jugak tidak menafikan hak “khunsa”, mereka yang dilahirkan secara fizikalnya mempunyai dua jantina, untuk memilih jantina kesukaan mereka dan kekal di dalamnya. ok?)

pondan sekarangnya semakin mendapat tempat di mata kerajaan. kalau dulunya kita boleh dok tengok depa ni tekinja2 lari bersinting kain mengalahkan watson nyambek meloloskan diri daripada ditangkap pihak jabatan agama, bersembunyi2 di lorong gelap dan sembunyi2, sekarang ni mereka dah mampu tersenyum puas (bukan “puas” tu, sila betulkan hotak anda). suara mereka dan “nasib” mereka telah diberi laluan untuk diluahkan di media2 massa secara terbuka. tanpa segan silu dan tanpa perlu muka dikaburkan, mereka sekarang boleh bercakap sama garuk dengan pak menteri, dan berjalan sama lembut dengan isteri menteri.

soalan paling besaq di sini, siapa yang bagi lampu hijau untuk mereka boleh terkinja2 secara terbuka di kaca tv sekarang ni? kalau kita kata pemilik stesen tv swasta, maka soalan yang berikutnya pulak ialah : kenapa parti pembangkang tak pernah pulak keluaq dalam tv swasta tersebut? adakah sebab pembangkang boleh menimbulkan kegelisahan kepada rakyat? bukankah ada undang2 syariah yang telah melabelkan mereka ini (pondan, bukan pembangkang) sebagai satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan kerana secara tidak lansung jugak menimbulkan ke’geli’sahan kepada rakyat? kenapa mereka boleh berani sekarang berterus terang dalam tv tanpa perlu bersembunyi2 lagi? berjoget riang di atas pentas tanpa sebarang halangan dan dipancarkan kepada seluruh rakyat malaya tanpa sebarang tapisan?

rintihan yang meloyakan boleh didengar sekarang ni. “dah takdir”, “kami buat kerja halal”, “kami dipinggir masyarakat”, “kenapa siam bulih kita tak bulih”, “perlukan penetapan harga minima dari kerajaan”, dan sebagainya mula dikompangkan secara terbuka. meraih simpati la konon. golongan lelaki2 lembut yang dah terpesong daripada ajaran Islam sebenaq ini mula menyalahkan takdir. macam filem “Anak Halal”, yang menyatakan takdir merupakan punca manusia jadi cacamerba dan kacau bilau, dan kita tak bulih buat apa2. seolah2 Allah Ta’ala ni memang saja nak penaya depa, dan mintak masyarakat paham? Astaghfirullah…

dua tiga menjak ni kita sedang disajikan dengan perkara2 yang bukan saja melawan dan mencabar undang2 Allah, tetapi juga undang2 kecil syariah yang dijunjung oleh kerajaan tanah melayu dengan bebasnya. isu pondan yang dok pelik kenapa masyarakat tak boleh terima mereka sedangkan setiap kali “show”, ramai orang berpusu2 untuk menyaksikan mereka “beraksi” menunjukkan bahawa mereka sebenarnya boleh diterima jika masyarakat berfikiran terbuka…

hmm.. jap.. ini aku nak jelaskan sedikit kepada pondan2 yang dok baca tulisan aku kat luaq sana. untuk pengetahuan korang, masyarakat memang terima korang selama ni pun. tapi perlu diperjelaskan sedikit bahawa penerimaan masyarakat terhadap golongan korang ni tak lebih daripada penonton yang menyaksikan lagak beruk sarkas. kenapa dikatakan beruk sarkas? senang! sebab apa orang suka pi tengok beruk sarkas? sebab naluri beruk yang diketahui ramai tak boleh beraksi seperti manusia, dipertonjolkan dalam sarkas tersebut sebagai boleh beraksi seperti manusia. luar biasa! sebab tu orang suka pi tengok beruk sarkas! bukan sebab manusia mengiktiraf beruk tu sebagai manusia, tapi sebab kagum tengok beruk tu bulih beraksi lebih daripada beruk biasa sampai ke tahap meniru gaya manusia.

macam tu la jugak korang pondan2 sekalian. berpusunya manusia sampai bersesak2 menyaksikan persembahan korang samada di pentas berkelip ataupun di lorong berkedip bukanlah sebab mengkagumi dan mengiktiraf dan menunjukkan sokongan supaya korang terus jadi pondan, tapi tak lebih daripada nak tengok persembahan beruk sarkas! sapa tak seronok tengok jantan bulih dok buat klaku pompuan, sepertimana beruk boleh dok beraksi ala manusia? ianya merupakan hiburan dan tak lebih dari itu. dan sebab ramainya orang dok pi tengok ialah kerana tak ramai manusia yang ada harga diri boleh melondehkan moral mereka serendah pondan2 yang terkinja2 ini! sama seperti beruk sarkas, pondan2 juga merupakan hiburan yang sukar untuk ditemui! macam “fear factor”, cuma dengan nilai moral yang lebih rendah!

tapi golongan beruk sarkas ini lah nampaknya semakin mempengaruhi ahli politik di malaya sekarang ini. disebalik cuba mewujudkan lebih banyak kaunseling untuk memperkuatkan iman dan akidah golongan jantan lembut ini, di sebalik memastikan mereka ini berkahwin dan mempunyai zuriat, dan di sebalik memastikan kita tidak menjadi bahan ketawa dunia, ahli politik nampaknya lebih suka untuk memastikan hak mereka untuk dilayan sama rata, memperjuangkan hak mereka untuk menukar jantina, dan hak mereka untuk terkinja2 secara bebas tanpa perlu ditangkap dan didakwa!

semuanya kerana apa? kerana yang telah disebut diawal penulisan tadi… demokrasi. jika terdapat golongan yang boleh memberi sokongan kepada pemimpin, tak kira dari golongan apa, maka sokongan itu harus diangkat dan diberi ruang secukupnya untu membalas budi mereka.

dan bila demokrasi ini digunapakai oleh seorang menteri yang pernah satu ketika dulu nyawa2 ikan dipukul pembangkang yang akhirnya diselamatkan oleh peti undi pintu belakang, oleh seorang menteri yang portfolionya sekarang terpaksa bergantung kepada masyarakat yang kebanyakannya makin songsang dan sokongan yang makin goyang, oleh seorang menteri yang terpaksa berpaut pada semua benda untuk memastikan dia terus berkuasa, maka jadilah demokrasi tu perkara yang gila… kesimpulan yang aku buat di perenggan mula.

ianya akan bertambah gila selepas ini. dan bila kita dah tatau beza mana tandas pompuan dan mana tandas laki, dan tak boleh nak kenai mana satu pekan danoq mana satu pekan sehari, maka yakinlah bahawa semalaya ini telah ditunggang langgangkan oleh pak dan mak menteri yang nak berkuasa lagi atas nama demokrasi.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people