… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Lingam : Saya cuma cakap besar…

tepat sekali telahan aku bilamana aku me”nostradamus”kan tindakan lingam semasa disoal siasat nanti. lagu “It wasn’t me” yang bulls eye. mulanya orang mempertikaikan takkan dia nak deny yang dia merupakan orang yang bercakap – terlalu obvious dan terlalu bodoh. nah, tengok saja bila lingam mengambil tempat saksi, siap dengan nada amaran lagi menjawab “biar 100 kali ditanyakan pun, ianya hanya kelihatan dan kedengaran” seperti dia.

apa yang lingam cuba buat sekarang? mengikut tilikan dari dalam timba yang aku tengok ni, pertamanya dia sedang mematahkan kredibiliti saksi utama, loh mui fah. keduanya dia sedang memastikan bahawa dia tidak pernah bercakap dengan tun ahmad fairuz menggunakan henpon, dan yang ketiganya memastikan kalau semuanya tidak berjaya, apa yang dituturkan olehnya hanyalah “hear say” dari gossip2 awam yang disampaikan kepada tun ahmad fairuz untuk menunjukkan dia “orang yang tahu”, yang mana dalam bisnes, itu adalah penting.

orait, meh kita tengok camana dia sedang mematahkan kredibiliti saksi utama, mui fah. ternyata dengan jelas sekali kenyataannya sekarang sudah bercanggah mengenai hubungan mui fah dan beliau tak lebih daripada “kawan sosial”. ini bermakna, dakwaan mui fah anak guamnya sepertimana yang diakui oleh mui fah sebelum ini boleh tertolak dengan sendirinya. ianya tak susah. mui fah “menganggap” lingam sebagai peguamnya sebab banyak dapat nasihat lisan. dalam perundangan, selagi tadak hitam putih, selagi itu ia tak boleh dibuktikan. nah, sekarang lingam memang pasti dia tak pernah keluarkan hitam putih pada mui fah berkenaan perlantikannya sebagai peguam, oleh itu ianya senang dipatahkan. peguam lingam hanya perlu meastikan mui fah penipu dan tak layak untuk jadi saksi berdasarkan asas pembohongan ini.

yang kedua, lingam kata dia tak pernah bercakap dengan tun ahmad fairuz melalui hempon. ini lagi mudah, kemungkinan besar percakapan malam itu antara fairuz dan lingam menggunakan hempon prepaid. dedua keldai ini menggunakan hempon prepaid yang tak diketahui nombor2 mereka pada ketika itu yang akhirnya menyebabkan kerumitan yang melampau untuk men”trace” perbualan mereka. untuk mensahehkan perbualan mereka, nombor talian mesti dirujuk, dan nombor hanya boleh diketahui daripada kedua2 kaldai ini, dan jika kaldai ini jawab “tak ingat”? suruhanjaya sekarang cuba untuk mendapatkan rekod perbualan daripada CELCOM – perkhidmatan talian hempon yang digunakan oleh fairuz. untuk rekod, CELCOM dikuasai oleh TELEKOM yang mana ianya adalah GLC yang dikelolakan oleh KERAJAAN yang sebelum ini menepis segala usaha untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat kes ini.

strategi fairuz ialah menyerahkan nombor hempon talian tetapnya yang kemungkinan tidak digunakan olehnya ketika menghubungi lingam, seterusnya membuang masa suruhanjaya men”trace” nombor tersebut yang akhirnya sampai kepada kesimpulan “gagal untuk mendapatkan bahan bukti terpenting”.

dan yang ketiga, jika semuanya tak berjaya, kita mesti ingat balik statement mahadet sebelum ini yang secara tiba2 dia boleh pulak ingat bahawa surat2nya dibaca oleh jurutaip dan pekerja2 pejabatnya. ini merupakan loophole yang besar oleh lingam. apa yang lingam perlu buat ialah cari balik jurutaip atau pekerja pejabat mahadet, bayar dalam beberapa ribu untuk dikambinghitamkan supaya mengaku cuai meletakkan surat tu kat tempat terbuka yang boleh menyebabkan lingam lalu dan terbaca. last skali dia boleh mengaku “ya, saya becakap tapi berdasarkan surat yang saya terbaca kat kantin kementerian yang diletakkan oleh mamat mana tah”. dan mamat tu dipanggil untuk beri keterangan dan mengakui dia cuai. mamat tu akan dihukumla apa2 hukuman yang telah dikawtimkan sebelum itu.

ingat, suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat 1) kesahihan, dan 2) menyemak jika ada salahlaku dalam perlantikan hakim2. perkara satu memang nampaknya lingam sudah goyah. walaupun ianya dapat dibuktikan kesahehannya, perkara 1) dan perkara 2) mesti BENAR untuk menjadikan tuduhan bahawa mahkamah di tanah melayu ini tidak telus. sebab kalau 1) saja berjaya dibuktikan, ianya tidak memberi apa2 makna. perkara 2) yang lebih utama. dan jika lingam hanya berkata “saya cuma cakap besar hasil daripada maklumat awam”, setel.. tutup kes!

habihhhhhhsss…~

tepuk tepuk tepuk.. pilihanraya.

kesimpulan : kalau paklah tak boleh sabitkan eric chia yang terang2 dah ada fail betimbun, apa sangat dia boleh buat dengan kes yang lemah longlai macam ni?

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people