… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Jawapan siapa PM untuk KJ

ok, aku akui dalm banyak2 blog, jahilgoblog.net nilah yg paling lemau sekali dalam proses mengupdate. hinggakan lepas orang umum election ianya masih membicarakan topik lama. letih kah atau lesu kah penulis sekarang ni? atau adakah dah mengalah sebelum berperang?

itu soalan yang rata2 aku dapat bila orang bertanya. tambah lagi bila raja petra dah announce kata blogger dah bersiap 10 tahun dulu lagi, dan blog ini haram tak diupdate lansung. apa cerita matkeri? dah berpindah kem kah? atau dah hilang keyakinan pada barisan alternatif?

mustahil untuk aku berpindah kem, sebab setakat semalam aku cek, masih lagi tak bertambah jumlah simpanan dalam akaun bank aku. so, tiada sebab yang konkrit untuk bertukar kem. walaupun ianya masih terbuka kepada pembida tertinggi…

hilang keyakinan? ada sket2. memang ada terasa yang aku agak hilang keyakinan terhadap BA sekarang. mampukah BA memenangi pilihanraya kali ini menumbangkan BN? menukar pemerintahan, sekaligus terus melaksanakan dasar2 dan janji2 manifesto mereka yang dikhabarkan sebagai retorik oleh lawan mereka?

terus terang aku cakap, ianya menghampiri paras mustahil kalau mengikut sukatan realistik aku. jangan mimpi, jerit akal aku seharian.

dan sebenarnya ia telah mula menjerit seawal aku kenal dengan dunia politik lagi. sepuloh tahun yang lepas. sepuloh tahun yang lepas aku telah pekakkan telinga dengan jeritan “tak mungkin”. sepanjang sepuloh tahun itu juga aku teruskan menulis dan mengupas isu2 semasa menurut perspektif aku dengan menggunakan pelbagai nama gelaran.

dan aku tak pernah melayan jeritan itu.

sebabnya senang. bukan tujuan aku menulis untuk menghasut rakyat menumbangkan kerajaan. bukan tujuan aku menulis untuk menggantikan perdana menteri. dan bukan tujuan aku menulis untuk merombak tanah melayu secara keseluruhan. tapi aku menulis atas kesedaran bahawa perlunya ada check and balance dalam pemerintahan.

dalam dunia sekarang, kita sudah bosan melihat kerakusan Amerika di atas dunia dalam sering mencari pengganti Russia untuk menstabilkan semula kuasa buli mereka. tetapi kita tidak mungkin ingin menggulingkan kerajaan Amerika dalam sekelip mata kerana ia boleh membunuh ekonomi dunia. sama seperi BN di malaya. aku tak ingin melihatnya tergolek dog dalam satu pilihanraya, kerana ia bakal menyerabutkan ekonomi dan perlaksanaan program yang sedang dijalankan.

aku cuma nak BN menjaga tata tertib mentadbir negara dengan diawasi oleh BA yang kuat! aku cuma nak BN pikir beratus2 kali setiap kali dia nak naikkan harga barang dek kerana suara bantahan melaut berkumandang di sebelah piha pembangkang yang ramai di parlimen dan DUN. dan rakyat nak pastikan setiap belanja negara diperinci dan didebatkan dengan hebat sebelum ia digunakan sambil lewa seperti yang mereka sedang buat sekarang ini!

BN, kamu punya pengalaman, dan rakyat akan pastikan pengalaman itu akan digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan semua dengan meletakkan lebih ramai wakil dari BA untuk menjaga adab dan telingkah kamu dalam menguruskan harta negara!

rakyat akan pastikan suara BA mampu menerbangkan rambut sami belu setiap kali dia cadangkan kenaikan tol! rakyat akan pastikan parlimen dan DUN tidak sepi lagi!

ya, aku tidak berfikir untuk siapa jadi calon perdana menteri dari BA, kerana bukan itu yang aku cari. aku hanya inginkan tidur yang nyenyak bila BA kuat selepas pilihanraya ini.

kerana, jika ini berlaku, khairy tak perlu lagi berteka teki mengenai calon perdana menteri dari BA, kerana pak mentuanya pasti akan mengikut jejak mahadet sama seperti gelombang reformasi dulu.

dan ketika itu khairy juga boleh terus melupakan dirinya untuk dicalonkan sebagai perdana menteri selepas pak mentuanya! masa tu, adakah soalan siapa PM dari BA masih relevan buatnya?

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people