… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Perang billboard?

aku tatau samada cuma perasaan aku, atau memang BN memang all out dalam mempromosikan diri mereka untuk election kali ini. sebelum ni aku cuma nampak poster2 bergantungan, bertampalan, dan “berpacakan” saja, tapi kali ni ber”billboard”an!

tekejut kj aku (terkejut beruk) bila tengok majoriti papan iklan di lrt dah bertukar dengan mesej2 dacing biru. papan2 iklan besar di jalan2 utama juga bertukar daripada mesej komersial, kepada mesej mengundi parti. setakat ni, parti kaum cina mendominasi iklan2 berbentuk sebegini.

di tv dan radio tapayah cerita la. orang kat padang lembu ngan nakua nambua pun bulih tengok sendiri. ditunggang dengan hebatnya!

so, apa maksud semua ni? kesimpulan yang boleh aku ambik mudah saja : parti pembangkang tadak duit nak buat iklan se”gang-ho” mereka. pastinya iklan2 gah seperti mereka memerlukan modal yang besar, dan pembangkang lebih selesa menggunakan cara lama. menempek dan menampal.

ditambah lagi dengan syarat ketat perang poster oleh spr kali ini, siapa sebenarnya lebih bijak dalam menjual produk parti? kalau diikut pada keadaan sekarang, pastinya BN. mereka tangkas mengatur strategi dan cepat meng”identify” tempat2 strategik untuk tujuan pengiklanan. yang akhirnya meninggalkan pembangkang sekali lagi tekebelakang dalam perang poster untuk kesekalian kalinya.

tapi apakah kalau pembangkang membooking dahulu billboard2 dan lrt strategik untuk diiklankan, ianya akan dilayan? adakah syarikat2 ini sanggup membenarkan papan iklan mereka disewa untuk beberapa ribu selama dua minggu dan hilang punca pendapatan selepas election dek kerana lesen ditarik balik oleh PBT?

aku dah sampai stesyen destinasi, nak gi opis dah ni. harapannya BN pakat2 lekat poster atas lantai dan tangga lrt pulak. sedap sikit nak memijaknya!

dcim100MSDCFDSC00028.JPG

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Perang billboard?”

  1. meklin says:

    ngeh3x.. depa telupa satu space lagi ne.. Meja kat Kedai mamak! hahaha,

Powered by the people for the people