… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Kerajaan Malaysia Sdn. Bhd.

Serabut, jadi makin serabut bila baca cadangan senator sekoq ni di parlimen berkaitan cadangan kenaikan yuran peperiksaan UPSR dan sebagainya di Berita Harian pagi ni.

Statement yang paling menyentuh dan menyerabutkan kepala otak aku ialah bila dia ni kata :

“‘Begitu juga dengan PMR, yuran peperiksaan yang dikenakan adalah RM20 sahaja. Oleh demikian saya mencadangkan supaya yuran peperiksaan UPSR dan PMR dinaikkan untuk mengurangkan beban kerajaan,’’ katanya.

 Ok la, minyak kena penaik sebab subsidi membebankan kerajaan. Fine.

Tarif letrik pun kena naik, walaupun tak membebankan kerajaan secara lansung, tapi TNB still separuh kerajaan, yang akhirnya membebankan kerajaan.

Tol naik pun sebab perjanjian harus disemak setiap beberapa tahun sebab kalau tak, kerajaan terpaksa bayar pampasan, yang akhirnya akan membebankan kerajaan.

 Skim2 pinjaman buku teks pun membebankan kerajaan.

Rakyat2 Malaysia yang sakit2 nak ambik ubat singgit kat klinik/ospital gomen pun membebankan kerajaan.

Biasiswa mansuh lama dah, sebab budak2 yang mengaji ni membebankan kerajaan.

Aku tadak ilmu sains politik, walaupun dulu mengaji kelas sastera. Tapi selama yang aku tau, kerajaan ni wujud sebab nak mengelola harta rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Kemudahan prasarana macam pelajaran, kesihatan dan pengangkutan tu dah diketahui umum memang tugas kerajaan.

Tapayah bebel panjang2.

Gomen sekarang ni nampaknya semua nak diniagakan – dikoperatkan – untuk mendapatkan ‘sedikit keuntungan’ bagi meringankan beban kerajaan. Kerajaan kutip cukai – macam2 cukai dia kutip. Kerajaan ada minyak – jual yang dah diproses, bukan minyak mentah macam Indon. Kerajaan ada duit untuk bina macam2, F1 yang memang tak laku tu pun diteruskan setahun demi setahun. Kerajaan swastakan Air, Letrik, Telepon dan sekarang dah pelan2 nak swastakan Kesihatan dan Pelajaran. Beban dah kurang. Tol makin mencambah2 – beban lagi kurang. Punya tadak beban, sampai dok pikir camana nak cipta beban baru dengan letak pusat sukan kat London pulak lepas ni.

Tiba2 – saja tatau nak buat apa gamaknya – depa boleh pi dok korek benda kecik macam kertas peperiksaan ni untuk dibincangkan di parlimen bagi mengurangkan beban kerajaan! Apa salahnya kalau hangpa semua pakat2 pikiaq pasai YTL ngan Ananda yang dok perah teloq TNB tu bagi mengurangkan beban kerajaan? Atau apa masalahnya kalau hangpa semua pakat2 dok pikiaq macamana nak repair Kastam ngan Imegresen bagi lebih telus supaya cukai import eksportnya dapat dikutip dengan berkesan? Paling bodo pun, pakat2 dok pikiaq MAS ni untung tak kalau kita juai kira kati?

Ni dok pikiaq pasai kertas periksa budak2. KERTAS PERIKSA BUDAK2!!! Budak2 ni la sepatutnya kerajaan kena bela dan jaga, asuh dan didik, jangan beban, supaya dapat belajaq sampai kepuncak dan akhir sekali keluaq unibesti tolong balik kerajaan! HANG DOK PEGHAH TELOQ DIA DARI KECIK LEPAIH TU MARAH DIA BILA DAH KELUAQ UNIBESTI TAMAU KERJA NGAN HANGPA!!!

Aku tampaq jugak monitor pagi2 buta ni!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net/

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people