… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Reformasi untuk kaum India!

semalam pi tengok kempen anwar untuk anaknya si izzah kat brickfields, lembah pantai. kawasan ni memang dikenali sebagai “calcutta” kat tengah kl ni. didominasi oleh orang2 india.

dan orang2 india semalam melaut datang mendengar ceramah beliau. laungan “makhal sakthi” berkumandang bersilih ganti. buat pertama kalinya aku rasa amat selamat berada di tengah lautan india yang kebanyakannya para simpati hindraf.

aku tak pernah rasa seselamat malam tadi bila berada di dalam kelompok bangsa asing.

dan aku terpikir, mungkin slogan “selamat, aman, sejahtera” patut digunakan oleh barisan alternatif…

dcim100MSDCFDSC00035.JPG

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

6 Responses to “Reformasi untuk kaum India!”

  1. JD says:

    Semalam saya pun berada di Brickfields sempena mendengar ucapan Datuk Seri Anwar.Saya and kawan saya telah pergi ke Wangsa Maju and Setapak Jaya sebelum ke Brickfields.Semasa berada di Setapak Jaya kebanyakan dari mereka yang mendegar ucapan Datuk Seri adalah orang Melayu tetapi kami yang berbangsa India sedikit pun tidak terasa terancam berada diantara ribuan orang Melayu.Malah mereka bersalaman dengan kami sebagai seorang saudara sesama manusia.Ini di sebab kan semua yang berada di situ inginkan perubahan demi masa depan kami dinegara Malaysia yang kami sayangi.Sebenar nya rakyat samada Melayu,Cina,India dan lain lain tidak ada masalah sama sendiri.Perbalahan kaum sengaja di ungkit dan di api api kan oleh parti parti BN yang berasa takut jika kaum kaum yang berlainan ini bersatu menentang korupsi dan pengurusan jentera kerajaan yang teruk.BN akan hilang kuasa mutlak yang sekian lama dalam pegangan mereka.Rakyat Malaysia bebangsa India sudah bangkit untuk melakukan perubahan,kami menyeru kepada masyarakat kami untuk mengundi Barisan Rakyat(Keadilan,DAP dan PAS) supaya satu negara Malaysia yang betul betul berwawasan untuk semua rakyat tidak mengira bangsa atau ugama boleh diwujudkan.

  2. GH says:

    `…aku tak pernah rasa seselamat malam tadi bila berada di dalam kelompok bangsa asing.’

    Bangsa asing…?

    Adakah orang-orang India yang `melaut datang mendengar ceramah’ DSAI itu pekerja-pekerja dari India yang bekerja di negara ini atau pelancong dari India, Singapura, Mauritius dsb?

  3. matkeri says:

    GH : itu bukan bangsa asing, itu warganegara asing. :) BN belum iktiraf bangsa malaysia lagi ;p

  4. GH says:

    Nampaknya admin jahilgoblog juga belum mengikhtiraf bangsa Malaysia lagi.

  5. Kereng says:

    Aku budak UPM. Pro reformasi jugak.hehe
    Just nk kongsi ni, hari tu lepas parlimen bubar aku terserempak la dgn sorg member india aku ni. Aku pun tegur la. Pastu aku ckp kt dia ,”Parlimen dh bubar ni….tak lama lg undi”. Pastu aku pn gurau, jgn salah pangkah sambil aku senyum2. Tau apa dia jwb? “Ya, dah berapa puluh thn dah kena tipu, kali ni takda timbang2 lagi dah. Nampak bulan je terus pangkah.” Hahahaha ni la org India sekarang. Saluuuute utk diorg.!

  6. ali says:

    aku dok kedah… lama dah undi pembangkang tapi nampak lagi teruk islamik apa. cakap ja pandai , kedah sejahtera piiirah.. porah. tak nampak jasa pun. kali ni nak tukar bn plak.

Powered by the people for the people