… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Sayang yang membawa padah.

dok besembang ngan kawan dalam kreta on the way nak pi smayang tadi. dia mengeluh dok risau kat anak dia yang dok balik bejalan sorang2 dari sekolah la ni. takut sungguh dia dengan apa yang dok jadi klilin dia. budak2 cukup tak slamat katanya.

aku dengaq. aku xkomen apa. tapi bila lintaih kat depan satu poster bn, aku tunjuk kat dia. “undi bn la, lepaih ni selamat, aman dan makmur”, kata aku.

“pasaipa undi dia kali ni baru malaysia selamat? selama ni kuasa semua kat tangan dia, awat tak bulih bagi selamat?”, dia reply cepat. aku dengaq lagi.

“yang dia tak perintah, cuma klantan. yang kena bunoh, kena tembak, kena rogol, kena tetak, kena rompak, huru hara bukan kat tempat yang dia tadak kuasa! bukan kat kelantan! semua kat tempat yang dia perintah!”, tambah dia besungguh.

“awat? kena dapat balik kelantan baru malaysia bulih selamat? kena bagi semua kerusi kat dia baru boleh polis bertugas? kena bagi pembangkang kalah habih baru aku tak payah pikiaq anak aku sampai rumah ka dak lagi?”, tanyanya lagi.

aku sengih. “kena jadi lagutu dulu la kot..”, usik aku.

“bangang punya slogan!”, sahut dia sambil menguatkan lagu kat radio. aku tau dia bengang, cuma dia dah tak sanggup nak becakap lagi perihal politik. mungkin besalah agaknya. atau malu sendiri bila teringat yang aku memang anti bn.

kalau tak sebab sticker “kami sayang pak lah” kat belakang keta dia, rasanya kami besembang lagi sampai habih khutbah jumaat!

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people