… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Yang bangun, yang mengelamun.

aku ke felda besout semalam. saja jenjalan tengok kawasan, ala2 yb. felda besout ni terletak di tanjung malim. jauhnya dari kawasan pekan memang subhanahu punya dok ada. pendek kata kalau nak pi audition A.F, memang kena tidoq kat pekan la. bas tadak nak balik.

politik kawasan felda sekarang macamana? terus terang aku cakap, BN tak goyang. orang felda hati senang. perut kenyang. duit begantang. jadi, tapayah dok cerita perit hidup harga barang kat depa, depa akan juih mulut sedepa. kalau ada pun yang paham, sebab anak2 ramai balik bentandang cerita kebaikan pembangkang. sebab walaupun majoriti depa ni ada astro, tapi tak semua tengok al jazeera. kalau ada pun, kena unsubsribe sebab nak bagi jalan kat anak2 tengok akedemi fantasia.

tu la melayu di felda. aku tak salahkan depa. sebab kalau aku di tempat depa pun, apa yang aku nak risau dan nak ubah? dah nama pun dok dalam ladang!

tapi berbeza betul dengan india di estet bersebelahan. ada yang pakai lencana hijau bulan mengambang! aku sempat berjalan2 di pekan behrang dan bersembang dengan sorang macha kat situ. dalam dok borak2 aku cucuk jarum pelan2, tanya mau pangkah apa?

“saya pangkah bulan ini taun!”. uihs. biar betul! aku tanya apasal?

“itu pas, walaupun dia agama lain, dia tadak roboh kita punya kuil! ada u dengar kelantan punya kuil kena roboh?”, dia tanya aku balik. aku tatau. mungkin tadak, sebab kalau ada, mesti dah jadi modal BN dalam election ni.

kemudian dia sambung lagi marah2 pasal pak lah, batu caves, sami velu, maika, dan benda2 yang aku tak faham sangat. aku dengar, angguk, sambil tunggu masa nak nyelit mintak diri. tapi berapi betul macha ni sorang. mungkin salah sorang yang kena belasah dengan fru masa hindraf dulu kot.

tapi rata2 kaum india sekarang dah sedar tentang permainan jahat BN dan penipuan sami velu. hanya disebabkan satu kuil dan satu demonstrasi, kaum india dah sedar diri dan bangun menuntut hak dan keadilan. tapi berbeza betul dengan bangsa aku sendiri. bepuluh masjid dan surau kena roboh, beratus ribu berarak tak puas hati, kita masih lagi macam ni.

kalau ada pun yang marah dan sakit hati, puncanya bukanlah sebab reformasi, tapi sebab calon mereka kalah dalam AFUNDI…

dcim100MSDCFDSC00037.JPG

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Yang bangun, yang mengelamun.”

  1. rizal says:

    Astaghfirullah.. Poster BN yg jelas mghina ISLAM d pekan tasek
    gelugor.P.Pinang.

Powered by the people for the people