… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Ibukota pulang ke desa.

aku sekarang dalam bas nak balik kampung, mengundi. dah jadi tabiat aku memang setiap kali election aku akan balik. ramai kawan2 dok tanya pasaipa tak tukaq alamat saja? dok menyusah diri balik semata2 nak boh pangkah ataih kertas kecik. menangnya dak jugak.

aku tanya bali pasaipa aku nak susah payah pi tukaq alamat sedangkan spr boleh tukaqkan untuk aku nanti? bukan sikit orang yang bernasib baik dipindahkan alamat mengundi depa ke tempat lain tanpa perlu bersusah payah isi borang dan cap jari. aku cuma tunggu giliran aku saja. 😀

dan kali ni aku masih tak bernasib baik sebab nama masih kekal di tempat lama. cuma dun aku saja dipindahkan ke parlimen lain (dan mungkinkah itu tanda2 kecil nama aku jugak akan dipindahkan nanti?). jadi terpaksalah aku balik kampung. dari segi positifnya pulak, aku jenis yang jarang balik kampung. jadi ianya boleh membantu sektor pelancongan negeri aku yang tenat dengan hutang sekarang ni, disamping bejumpak kawan2 lama besembang dan bergebang, begelak sampai telentang.

sepanjang perjalanan aku sekarang, lebuhraya nampaknya suram. bukan sebab iklan bn yang penuh merata kiri dan kanan, tapi tak nampak banyak kereta bawak bendera parti sepanjang jalan. mungkin malam nanti baru pesta bendera bermula, ataupun semua dok simpan duit untuk harga barang lepas pilihanraya…

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Ibukota pulang ke desa.”

  1. Mus says:

    Aku juga sangat tertarik tentang andaian, kebencian dan cemuhan yang sesetengah orang timbulkan. Pada ku jelas semua itu lahir dari hati yang sedang menderita kerana kurang dibaja. Kecewa dan duka nestapa bukan kerena apa, semuanya kerana Melayu MUDAH LUPA.

Powered by the people for the people