… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Pemimpin perasan!

“pemimpin berjiwa rakyat”. semua orang penah baca ayat tu. terutama sekali bila merujuk kepada menteri2 dan yb2 kerajaan. ianya digunakan untuk menggambarkan seolah2 pemimpin ni mesra dan memahami hati rakyat.

aku kompius. pemimpin ka atau raja yang patut ada ciri2 macam tu? setau aku pemimpin kita ni semuanya berasal dari rakyat marhaen macam kita semua, kecuali adik raja negeri sekelemboi kat ujung malaya tu. yang lain semuanya beranak bidan kampung, atau bidan ospital. besaq dengan pi sekolah kebangsaan. makan kat kentin mee sepinggan lima kupang. makan gaji atau meniaga, kemudian masuk politik. celah mana pulak depa ni tak pernah jadi rakyat?

“pemimpin berjiwa rakyat”? pak lah? najib? rapidah? sami belu? berjiwa rakyat? awat depa ni semua sultan kat malaysia ka yang nak kena berjiwa rakyat? yang rakyat ni tongong sampai tahap mana nak seronok kalau depa ni berjiwa rakyat? depa ni semua rakyat macam kita la jugak! macai dan kuli kita untuk kelola harta negara. dibayar gaji oleh rakyat macam kakitangan awam jugak. memang kakitangan awam pun! dah tu pasaipa nak ditunjuk2 yang mereka berjiwa rakyat? gila ka hapa?

menggunakan slogan “pemimpin berjiwa rakyat” kepada menteri2 dan yb2 samalah seperti masuk bakul angkat sendiri. hidung tak mancung, pipi taruk botox, tak sedaq diri!

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people