… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Tangguh atau Batal?

Apa maksud tangguh? Tangguh, setahu aku, akan dilaksanakan nanti. Kemudian. Bukan hari ni, bukan sekarang. Kita tangguh. Maksudnya, benda yang berlansung tadi akan disambung nanti.

Tangguh.

Tangguh tukar kereta sebab duit nak pakai untuk kawin. Akan tukar, tapi mungkin selepas kawin. Hajat tu tak terbatal, hanya tertangguh. Tangguh beristeri lagi sebab isteri pertama ade kenal dengan bomoh siam. Tangguh. Akan kawin lagi, tapi mungkin lepas bomoh siam tu mati. Hajat ada, cuma tangguh. Jadi cita2 tu tak berkubur. Gerakan ke arah tu pasti ada, sebab bendanya hanya tertangguh. Contohnya membomohkan isteri petama balik supaya tak dibomohkan dulu, atau mengurangkan belanja kawin supaya dapat kawin dan dapat tukar kereta baru. (Maaf, banyak pulak contoh isteri kali ni)

Tangguh. Bukan batal. Cuma Tangguh.

Tapi apa jadi kalau IFC ditangguh? Inilah satu perkara yang agak, bukan agak lagi dah, yang bengong. Dalam laporan Utusan hari ini, Paklah beria2 suruh orang hentikan daripada becakap isu agama. Ditujukan khas pada geng Artikel 11 la sebab laporan tu memang merujuk pada geng hamjadah ni pun.

Paklah, dalam intonasi ‘tak puas hatinya’ malam tadi di TV3, mempertikaikan tindakan geng jahanam ni buat roadshow bercakap (melobi) tentang IFC. Katanya, perkara tersebut sangat sensitif. Tak boleh buat. Tapayah dok bincang2 dah. Boleh menimbulkan ketegangan.

Isteri mintak nak beli peti ais. Suami tadak duit, suami cakap kat isteri “Kita tangguh dulu beli petiais na.. nanti abang ada duit abang beli”. Pastu marah kat isteri setiap kali hujung bulan, isteri dok mengungkit mintak beli peti ais. Sama la jugak macam IFC ni. Orang mintak laksana IFC, Paklah suruh tangguh, pastu marah kompoak Artikel 11 ni dok bejalan rata becakap hal ni. Hang tak suruh berenti! HANG KATA TANGGUH!

Selama mana natang IFC ni dok tangguh, selama itu la orang dok menaruh harapan! Tu pun tak reti ka Paklah? Hang habaq saja la kat dunia : IFC TAK BOLEH! BATAL! LUPAKAN! Awat, susah sangat ka nak kata TAK BOLEH? Tangguh tu pekataan belapik untuk batal ka?  KALAU NAK BELAPIK PUN TENGOK ISU LA WOI!

Ni asyik2 dok kata tangguh-tangguh-tangguh.

Lagi satu nak sentuh pasai AMK (Angkatan Muda Keadilan) nih. Dalam artikel kat Malaysia Today, beria2 suruh orang jangan bantah kumpulan laknatullah ni. Alasan dia :

“Kami mencadangkan agar pihak-pihak yang bertentang (dengan kumpulan Artikel 11) supaya menghadirkan diri ke majlis forum tersebut dan memberikan pandangan-pandangan mereka secara ilmiah,” ujarnya.

Ni buat malu oghang Anwat saja. Apa punya kenyataan tak pakai kepala otak. Ni dah sah becakap ikut sedap mulut. Budak ni tak tau bahawa kumpulan yang menentang Artikel 11 ni sesetengahnya berada dalam kumpulan yang berbincang mengenai perkara IFC dulu. ABIM, JIM, dan sebagainya (bila pakai sebagainya, tau la maksud kata tak ingat dah sapa lagi..) dok dalam kumpulan tu sama. Depa semua ni keluaq sebab dah habih akai la bengong! Dah tak boleh bawak bincang lagi dah dengan kompoak ni. Dah kembang tapak tangan tampaq meja bantah!

Nak jadi hero kebebasan besuara, tengok la dulu fakta. Geng dalam keluaq tentang dari luaq, hang dok suruh geng luaq ni masuk dok bincang elok2? Bincang hapa? ABIM ngan JIM yang terer pasai selok belok agama ni pun keluaq barisan, tentang dari luaq, hang nak suruh orang macam aku yang belajaq agama takat tingkatan lima ni masuk dok bincang dengan depa??! Cari apa? Cari sesat lagi?

Ni sapa2 orang Keadilan kat sini mau tulong pi tampaq sat budak ni. Simpan buat malu saja!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people