3.29am (Keputusan Tak Rasmi – Nak rasmi kena tunggu SPR, masuk dalam TV 2-3 hari lagi… )
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah bersama-sama kami di jahilgoblog.net Sila teruskan menonton TV untuk maklumat lanjut. Pastikan anda memberitahu kepada semua saudara mara bahawa BA membentuk kerajaan di Kelantan, Penang, Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Kami akan berehat seketika dan kita akan berjumpa lagi awal pagi esok. Hebahkan kemenangan ini! Jangan berdiam diri kerana kita khuatir BN akan melakukan sesuatu berkenaan kemenangan kita semua! Kita rakyatttt telah menang pada hari ini! Anda harus berbangga!! Tahniah!
PAS Kelantan menang besar!!
Parlimen Selayang – PKR menang dengan majoriti hampir 10 ribu
Siapa kata Anwar Ibrahim sudah tidak relevan? Setakat 3.09 pagi ini, BN gagal untuk memenangi 2/3 majoriti dengan pembangkang berjaya membentuk kerajaan di Kelantan, Kedah, Penang, Perak dan Selangor. Pembangkang juga memenangi hampir kesemua kerusi Parlimen di Kuala Lumpur kecuali Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan
Pak Lah berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan
“dah kalah , kalah lah!” itu kata Pak Lah dari PWTC. Pemimpin UMNO sedang mengadakan mesyuarat tergempat di PWTC sekarang ini.
Pengunjung jika sedang menonton TV, alihkan cenel anda ke ASTRO 502 kerana mereka lebih terbuka membicarakan kemenangan pembangkang disana
Suatu ketika dahulu ada propaganda yang asyik memberi amaran bahawa Malaysia akan huru hara jika BA menang, namun keadaan sebaliknya berlaku dan kita mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan pengundi yang sentiasa tenang menerima berita kemenangan ini. Harap SMS kepada kawan2 yang tiada internet tentang berita kemenangan ini. Merayakan kemenangan dengan ketenangan, kesabaran dan ketaqwaan!
Maklumat dari orang dalam UMNO – “Seluruh jentera BN mmg tidak pernah bersedia utk pru12. di pwtc yg biasa ada sukarelawan, tapi jentera pemuda, puteri pun tak da pos! pak lah mmg sengaja amik pilihanraya awal just nak selamat dr anwar ibrahim saja.. dgn harapan.. buleh menang tanpa ready pm terlalu kerap ke kelantan. Nak rasmi jambatan kat bukit bunga (parlimen jeli) pun PM kena pergi ke? hantar tok penghulu umno pun cukup dah.. dia selalu tidor dan tinggal pwtc. umno tidak bersepadu mcm 2004.
compare dgn 2004, sebelum declare tarikh PRU, semua isu sosio ekonomi telah ditebarluas oleh thinktank umno dan dibahas sbg persediaan rapi menjawab soalan dr khalayak. diorang mmg prepare.. kali ni, meeting discus isu semasa tidak berlangsung. semua sibuk kerat calon yg dah naik. dulu diorang dah ready saluran utk jawab isu sekolah agama”
Selamat datang kepada Encik Megat Rafizan, kami nak bagitahu kalau pemimpin BN nak meeting di Putrajaya, dari Perlis, lalu Kedah kena tunduk, lalu Penang kena tunduk, Lalu Perak pun kena tunduk, Lalu Selangor lagi tunduk, lalu KL pun kena tunduk dan sampailah ke Putrajaya. Silap gaya kena meeting di Negeri Sembilan.. takpun Johor.. hahaha..
PKR Fuziah Salleh menang di Kuantan menewaskan MCA Foo Ah Kiow
Ustaz Azizan berkemungkinan besar dilantik sebagai MB Kedah
Kepada penganut-penganut BN yang enggan mempercayai kekalahan ini terimalah bahawa Kamu merancang, tetapi ALLAH juga merancang, maka perancangan ALLAH lah yang terbaik. Memang tidak kami jangkakan kemenangan ini, memang tidak kamu jangkakan kekalahan ini kerana selama ini kamu terlalu angkuh dengan segala media kamu dengan segala jentera kamu dengan segala kekuasaan kerajaan kamu, namun pada hari ini kamu tewas kerana doa kami yang tidak putus2 selama ini. Ini baru permulaan, kerana kamu akan hancur perlahan-lahan selepas ini..
Perlis Parlimen Arau Dr Harun Din tewas dengan hanya majoriti 300 undi.
MIC kalah teruk di semua kerusi dengan calon-calon heavyweight mereka seperti Samy Vellu, G Palanivel dan S.Sothinathan kalah di kubu kuat mereka.
Sebentar tadi Pengerusi SPR Tan Sri Rashit dengan muka bangsatnya mengumumkan BN menang simple majoriti tanpa mendapat sebarang tepukan. Tahniah Barisan Alternatif! Sila telefon rakan rakan dan saudara mara anda yang tiada internet maklumkan kemenangan kita di Kelantan, Kedah, Penang, Perak, Selangor dan KL. Ini kekalahan paling teruk BN dalam sejarah. Pak Lah di jangka bakal melepaskan jawatan.
Mahfuz menang di Pokok Sena
Salahuddin Ayub menang di Kubang Kerian
Perlis – BN mengekalkan kerajaan. Walau bagaimanapun masih menunggu keputusan Parlimen Arau Dr Harun Din
Ipoh Timur – Lim Kit Siang menang dengan majoriti 21 ribu ++
Sambil-sambil tunggu update apa kata tengok gambar alternatif http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php
Kami di jahilgoblog.net ingin mengucapkan terima kasih kepada hampir 1500++ pengunjung yang online ketika ini terutamanya yang dari Kedah, Kelantan, Selangor, Perak, Penang, Perlis, Kuala Lumpur dan Seluruh dunia! Kita menang besar pada malam ini. Terima kasih! Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH yang telah memakbulkan doa kita.. (belum habis lagi… kami akan terus update sampai Pak Lah letak jawatan!)
Ketua Pemuda MIC tewas teruk di Kota Raja dengan majoriti kemenangan wakil PAS Siti Mariah hampir majoriti 21 ribu ++
Kebanyakkan panel yang mengulas pilihanraya di TV sekarang ini sudah mempunyai keberanian untuk mengutuk kerajaan secara terang-terangan.
BN hampir tewas di Terengganu dengan majoriti 17 – 15 PAS
Mukhriz Mahathir menang di Jerlun dengan majoriti 2000++
Pengiraan pada kali ini disyaki terlampau lewat jika dibandingkan dengan pilihanraya 2004 yang menyaksikan BN menang besar pada waktu itu
Kita sedang menantikan negeri Perak jatuh ketangan pembangkang.
Khairy Jamaludin yang memenangi Parlimen Rembau mengakui BN kalah teruk (sayur) pada malam ini
Kuala Kangsar – Rafidah Aziz hampir tewas di sana dengan menang majoriti hanya 1000 ++ undi
UMNO menerima pukulan teruk di Machang apabila 2 orang calonnya yang berkategori jutawan tumpas pada calon rakyat biasa di DUN dan Parlimen.
Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Lim Guan Eng mahu PKR dan PAS turut berada didalam kerajaan negeri
Barisan Rakyat dijangka telah berjaya menidakkan majoriti 2/3 Barisan Nasional dengan DAP memenangai 27, PKR 25 dan PAS 24 kerusi Parlimen
PANAS – Lembah Pantai Borang 14 pengiraan undi telah dilaporkan hilang. Kemungkinan kiraan semula akan berlaku. Sebelum ini 14 kotak undi dikatakan tiba-tiba muncul lewat malam tadi.
PANAS – Khir Toyo telah mengarahkan FRU mengepong Wisma Selangor. Disyaki bekas MB ini cuba menghapuskan dokumen-dokumen.
TV masih lagi tidak mahu melaporkan bahawa BA telah menang dan membentuk kerajaan di Kelantan, Penang, Kedah, Selangor dan kemungkinan besar di Perak. Bagi anda yang bersama kami, teruskan refresh setiap seminit. Penat jugak nih sebenarnya tapi menang besar punya pasal!! Hidup BA!!
Ada isu teknikal yang panas di Lembah Pantai, walau bagaimana pun Nurul Izzah tetap di isytihar pemenang di Lembah Pantai
Selangor – Pembangkang dijangka membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi DUN dengan kemungkinan Tan Sri Khalid bakal menjadi Menteri Besar
Perak – Pembangkang di desas desuskan akan membentuk kerajaan
ANEH! – Lembah Pantai – Nurul Izah yang telah diumumkan di TV sebelum ini memenangi Parlimen tersebut tiba tiba dimaklumkan ada 14 kotak undi “baru sampai”
Tambun Tulang n12 – Shahidan Kassim menang majoriti 2010 undi
Penang – Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan kerana membela kes seorang anak gadis menentang Rahim Thamby Chik dahulu diberitakan bakal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang
PKR Tan Sri Khalid memenangai kedua-dua kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Ijok
Anda mungkin mahu menonton Berita Bernama di saluran 502 Astro, pengkritiknya lebih terbuka memberikan pendapat terhadap kemenangan pembangkang.
Bagan – DAP Lim Guan Eng menang
Bukit Gelugor – DAP Karpal Singh menang
Sungai Petani P15 – Zam tewas kepada PAS
Kepala Batas – Pak Lah menang dengan majoriti turun mendadak sebanyak 7 ribu ++
Televisyen Malaysia nampaknya sangat keberatan untuk umumkan kemenangan demi kemenangan pembangkang pada pilihanraya pada kali ini. Setia bersama kami! Pembangkang meluncur laju kearah kemenangan sekarang ini!
Pasir Mas P022 – PAS menang
Shah Alam P108 – PAS menang!
Rembau – Anehnya peti undi terakhir sampai jam 10.15pm. 80%++ kehadiran jumlah pengundi dan setelah di recount 3X Khairy Jamaluddin di isytihar pemenang.
Parlimen Keningau – PKR Jeffrey Kitingan mendahului abangnya Pairin Kitingan PBS
Pembangkang berkemungkinan besar boleh menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional
Layari Harakahdaily di http://harakah.hizbi.org buat sementara waktu
Rembau – TV3 isytihar Khairy menang
PKR – Tsim (pembantu khas Anwar Ibrahim) menang di Pulau Pinang
Taiping – BN M. Kayveas tewas kepada DAP
Rembau – Khabarnya sudah 3 kali recount, Khairy Jamaluddin kemungkinan tewas
Sahih – PAS dan PKR telah memenangi 22 daripada 36 kerusi DUN. Pembangkang membentuk kerajaan!! TAHNIAH!!
Cheras – DAP Tan Kok Wai menang
Dun Batu Caves – PKR menang
Kapar – Ketua Wanita MIC tewas di Kapar kepada PKR
Barisan Alternatif hampir sapu bersih semua kerusi Parlimen di Kuala Lumpur kecuali Putrajaya dan Setiawangsa
Wangsa Maju – PKR menang
Konfem! Samy Vellu tewas di Sungai Siput!!
BN menang besar di Sarawak kecuali kerusi Parlimen Bandar Kuching
Tan Sri Khaldid Ibrahim menang di Bandar Tun Razak
Pembangkang telah menawan Kedah!!
BN hanya menang kerusi Setiawangsa dan Putrajaya sahaja di KL
Batu – Tian Chua menang
Gombak – Azmin Ali menang termasuk 3 DUN dibawahnya
Pekan – Najib menang majoriti 26 ribu undi
Subang, Lancang, Kota Damansara, Paya Jaras – Pembangkang menang
Sungai Petani – ZAM kalah
Pelabuhan Klang – PKR menang
Dr Wan Azizah mengekalkan kerusi Permatang Pauh dengan pertambahan majoriti
Sah! Nurul Izzah menang di Lembah Pantai!!
PKR Charles Santiago menang di Klang
Confirmed! Dr Lolo PAS menang di Titiwangsa!!!
Nurul Izzah menumbangkan Shahrizat di Lembah Pantai!
Samy Vellu kemungkinan besar tewas di Sungai Siput
Lembah Pantai – Nurul Izzah mungkin membuat kejutan!
Rembau – Kiraan semula undi
Taiping – Kayveas tewas
PAS telah menang 15 kerusi di Kedah
Seri Setia – PKR Nik Nazmi (Pegawai Khas Anwar Ibrahim) menang
Parlimen Titiwangsa – PAS Dr Lolo menang.
Terengganu – PAS mendahului 8 – 5 UMNO di kerusi DUN
Kedah – Pembangkang hanya perlu 3 kerusi sahaja untuk menawan Kedah
Annuar Musa kalah di Ketereh
Seputeh menang dengan majoriti hampir 37ribu undi
Kebanyakkan Editor Akhbar utama BN sedang cemas
Secara tidak rasminya gabungan pembangkang PKR-DAP-PAS telah menawan Pulau Pinang
Ipoh Barat – DAP menang
DAP menang di kerusi berikut
1. Bagan
2. Tanjong
3. Bukit Glugor
4. Ipoh Timur
5. Batu Gajah
6. Petaling Jaya Utara
7. Seputeh
8. Kepong
9. Bukit Bintang
10. Cheras
11. Bandar Kuching
12. Sandakan
13. Segambut
14. Kota Melaka
Titiwangsa – PAS menang
Putrajaya – Tengku Adnan menang (staf kerajaan penakut)
Sungai Siput – PKR mendahului dengan 1300 undi
Bandar Tun Razak – PKR Tan Sri Khalid mendahului dengan 1000++ undi
Gombak – PKR Azmin Ali masih mendahului
Batu Kawan Parlimen – Koh Tsu Koon tewas!
Kota Melaka – DAP menang
Bukit Gelugor - DAP menang
Seputeh dan Kinrara (Kepong) – Teresa Kok DAP menang besar
DAP menang besar di Pulau Pinang
Barisan Alternatif di jangka membentuk kerajaan di Kedah
Kepong – DAP menang
Awang Adek tewas kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen
Ipoh Utara – Lim Kit Siang menang
Bachok – PAS menang
PAS mendahului di semua kerusi di Kelantan
Parlimen Batu – PKR Tian Chua mendahului 7000++ undi
PJ Utara – DAP menang
Petaling Jaya dan Parlimen Tanjung – DAP mendahului
Wangsa Maju – PKR mendahului
Gombak dan Bukit Antarabangsa – Azmin Ali mendahului
Kepong – DAP hampir menang
DAP mendahului di Parlimen Batu Kawan
Tahanan ISA M Manoharan menang di Kota Alam Shah
Pembangkang mendahului kebanyakkan kerusi di Pulau Pinang
Lembah Pantai – PKR (Nurul Izzah) mendahului di 3 saluran
Sungai Siput – PKR mendahului (vs Samy Vellu)
Batu – PKR (Tian Chua) mendahului
Kuching – DAP menang
Seputih – DAP mendahului
Hantu ditangkap di Bachok Kelantan dijumpai bersama IC tanpa gambar.
Bukit Tambun – PKR menang
Baling – PAS menang
Bkt Mertajam – DAP menang
Rembau – PKR mendahului
11.42 Macam tak pecaya! Hujan di bumi Serambi Mekah, bulan tetap kembang cerah. Muslimat bertugas macam nak gilo. Semangat! Wheelchair tak cukup. Pondok BZ. Aku pn terpaksa jadi drebar + bawak orang PAS masuk mengundi. Pondok BN tak busy macam dulu. Aku maseh confuse. Petugas PAS tak cukup! Biar betol! Tak tahu nak explain!
11:36 Alhamdulillah, byk sokongan dari ahli UMNO kpd pembangkang di DUN Pengkalan Kundur Parlimen Kuala Kedah. Paling tidak pun, parlimen diberi kepada pembangkang. Memetik dari kata kawan aku semalam “walaupun aku ahli UMNO seumur hidup, hang tak tau aku nak pangkah sapa!” (sambil mengkritik Pak Lah dan Khairy)
01:45 Larangan Konvoi dibalas dengan banjir manusia di Kota Bharu. KB sesak gilo. Penyokong PAS sedang berarak keliling KB. KECOH! Respek la set kelate! BN HANCUR!
00:41 Awang Adek abih juta2 tarik penanam tembakau di Bachok. Tolong langsai hutang, beli baja baru, alat2. Dia diarak dan disambut macam Raja coz he is the only candidate untuk jadi MB. Org keliling dia dah mula menonjol utk amik advantage kalau PAS tumbang. Tapi ramai jangka PAS menang + tambah 5 kerusi dari dulu.
00:25 13 bas sudah digerak tuju ke UiTM Machang dari luar. Hantu tidur di hostel. UPSI hantar bas hantu ke Jeli. Serangan Mega BN ke Kelantan sudah bermula!
terima kasih bnyk2 kerana bagi live update. kalau nak check website2 besar yg lain semuanya tgh traffic jam.
inilah satu2nya tempat yang tak jam tapi info padat dan cepat!
hadoi tak sabaqnya nak tau berapa negeri dah BN kalah… takda tempat dah nak check selain drpd jahilgoblog. ni dah dekat 40 kali dah refresh page ni kot, hehe
huhu…apsal lak la malaysiakini tetiba jer takleh nak masuk nih..huhu…sib baik la ader jahilgoblog nih ha..update jangan x update..ahaks…i dah beratus kali refresh website nih n tv lak duk tukaq2 channel…tv1, tv3, astro 501 & 502…huhu…
esok ghaya sakan naa~ hahaha ;P
tq editor..insyallah kita menang..
cari jem..malaysiakini jem…hat neh kurang sket jem nyer..tq for da update yer
*still frust tak dpt mengundi tahun neh..*
confirm sumer voters & supporters BA dapat tido lena n diulit mimpi manis pasnih…ahaks ;p