… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

BN kalah dengan bahan fotostet!

tengah aku ngemas2 meja sebelum gi tido tadi, terperasan ada beberapa bahan kempen yang aku kutip sepanjang election baru ni.

bahan2 kempen dari bn dengan kualiti cetak dan warna yang dibuat dalam bentuk booklet jauh meninggalkan bahan2 kempen dari BA. shahrizat sendiri “menyelewengkan” harta kerajaan dengan mengedarkan booklet kementeriannya yang penuh dengan gambar2 dan kejayaannya di kementerian. paklah pula diampu dengan sakannya oleh limkokwing. buku kejayaan paklah yang kalau dilihat pada kualiti makan modal 50 ringgit sebuku dilambakkan untuk berkempen.

dan ironinya, semuanya telah dikalahkan oleh risalah fotostet BA yang dicopy guna duit sendiri, dan diedar tanpa mendapat upah…

dcim100MSDCFDSC00049.JPG

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Leave a Reply

Powered by the people for the people