… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Yang salah bukan Mahadet…

Satu soalan yang sangat2 mengganggu pikiran aku ketika ini ialah : Apakah yang Pak Lah dok buat sekarang ni yang Mahadet tak penah buat lagi zaman dia? Yang lagi merunsingkan aku ialah : Apakah yang menteri2 kabinet Pak Lah dok buat sekarang ni yang menteri2 kabinet Mahadet tak penah buat lagi zaman dia?

Aku dok tengok Mahadet becakap pasai kebebasan besuara. Marah pasai suara2 yang membangkang dan menegur kerajaan tidak disalurkan ke media2 perdana. Masa zaman dia dulu ada ka benda ni? Ka Pak Lah baru buat? Yang dok lena dengan makan nasik lauk togey kat Simpang Renggam dan Kemunting sekarang ni kena tahan bawah Pak Lah ka bawah Mahadet? Pasaipai kenyataan dari laman web Umnoreform dan Shahrir tak penah tersiar dalam media arus perdana masa zaman Mahadet? Pasaipa tiba2 Mahadet marah kerajaan sekarang tapis perkara2 yang hanya perlu didengar oleh rakyat sahaja? Apa beza zaman dia dengan zaman Pak Lah dalam soal kebebasan bersuara?

Aku nampak sama saja.

Kemudian Mahadet dok becakap kerajaan patut telus dan tidak berselindung di sebalik OSA semata2 untuk menutup kebenaran. Cabar supaya keluarkan dokumen penting tu dari OSA supaya rakyat dapat tau kebenaran. HEBAT! Awat Pak Lah soghang saja ka yang simpan buat karun dokumen2 penting bawah OSA? Apa cerita Ezam yang nak tunjuk dokumen OSA pasai kes2 tersorok yang diabaikan oleh kerajaan masa Mahadet? Mahadet buat apa kat dia?

Aku nampak serupa saja.

Tiba2 entah pasaipa dia ungkit juga perkara berkaitan subsidi minyak yang dikurangkan oleh kerajaan yang membebankan rakyat sekarang. Sapa dulu yang berdegar2 betempik sorak kata orang kita ni lemah sebab sabsidi? Dia dah lupa ka yang dia sendiri keluarkan kenyataan bahawa subsidi minyak akan dihapuskan berperingkat2? Yang dok pi cuit Pak Lah kata tak pandai kelola duit sampai kena potong sabsidi minyak ni pasaipa?

Aku nampak tadak beza pun.

Ungkit pasai AP, sapa yang bagi makcik tu jadi menteri? Pak Lah ka? Pak Lah cuma kekalkan yang mana dok ada, macam dia dok kekalkan sampai dia serahkan pada Pak Lah. Pak Lah cuma teruskan apa yang Mahadet buat, alih2 timbul soal AP? Zaman sapa wujud AP ni? Kalau hang tau dulu, awat hang tak buang? Simpan buat apa? Pak Lah simpan hang marah?

Pening aku.

La ni dia dok bunyi2 macam tesalah pilih calon PM. Mengeluh katanya selalu salah percaya kat orang.

Tiba2 aku tesentak. Selalu salah pecaya kat orang? Aittt?

Orang tua ni mengaku yang dia selalu salah pecaya kat orang? Maksudnya dia mengaku selalu buat silap! Kalau dia selalu buat silap, sehingga salah melantik Pak Lah jadi PM – satu perkara paling besaq dalam hidup dia – apakah tidak ada perkara2 lain yang dia salah? Apakah KLIA tak salah? Apakah KLCC tak salah? Apakah litar F1 Sepang tak salah? Apakah MSC tak salah? Apakah projek Bakun tak salah? Apakah pembelian Agusta tak salah? Apakah perlantikan Mahalel dulu tak salah? Apakah dia tak pernah tersalah melantik menteri2 kabinet sepanjang pemerintahannya yang kesinambungannya terbawak hingga ke akhir ini? Apakah pemecatan Anwar Ibrahim tak salah?

Apakah projek Jambatan Bengkok itu sendiri tak salah?

Dan apakah Najib merupakan pilihannya yang tepat yang lansung tiada salahnya?

Tapi yang aku nampak hari ini, yang bersalah adalah semua, kecuali Mahadet. Walaupun dia sendiri telah mengakui kesalahannya – melantik Pak Lah sebagai PM….

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people