… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Pejuang Melayu, atau Pejuang Aku?

sekarang ni sibuk dengan kain rentang penuh rata jalan menuntut pak lah letak jawatan. suara2 “keramat” telah mula berbunyi mengikut rentak gendang “pahlawan melayu” bersilat mempertahankan bumi malaya ini dari terus dipimpin oleh orang yang “tamak kuasa”. gegarannya dari hulu jerlun sampai ke hilir larkin. pak lah mesti turun dan letak jawatan!

dan timbulah “hero” dari tengah2 ketenatan ameno yang masih membalut luka parah setelah ditewaskan dengan teruk oleh barisan rakyat tempohari yang menuntut perubahan drastik dan mencabar pak lah – pemimpin tertinggi ameno dan bn – untuk bertanggungjawab sepenuhnya dan meletakkan jawatan dengan segera di atas kekalahan teruk ini!

ironinya, “hero” ini juga merupakan anak kepada pemimpin yang menyebabkan ameno tenat pada tahun 1999 dan terpaksa diselamatkan oleh bangsa2 lain untuk mengekalkannya berkuasa. bapak kepada “hero” ini jugaklah yang menyebabkan ameno dibubar terus pada tahun 1988. dan sedara mara “hero” ini jugaklah diselamatkan oleh wang rakyat melalui syarikat minyak terbesar di tanah melayu ini daripada bengkrap akibat salah urus tadbir semasa krisis kemelesetan ekonomi 90an dulu.

sekarang, “hero tanah melayu” ini dah ditolak kedepan untuk mencabar kepimpinan paklah dan sekutu2nya untuk meletak jawatan. ehh.. jap, sekutu paklah cuma sorang jer kot dalam kerajaan, namanya kj. so, “hang tuah moden” ini sekarang nampaknya sedang tekun dan bersungguh2 berkempen untuk memastikan paklah dan kuncunya (bukan plural, tapi singular) bertanggungjawab 100% dengan cara turun dari jawatan perdana menteri dan pegi mampos. mungkin tak pergi mampos, tapi itu tanggapan yang aku nampak sekarang.

persoalan besar yang bersarang dalam kepala hotak aku ialah : lepas tu, apa? oklah, katalah paklah berjaya ditekan dan akhirnya mengalah pada tekanan dan turun meletak jawatan, balik ke kepala batas main ngan cucu, sapa pulak yang nak ganti paklah? rata2 yang ditanya, jawapannya ialah najib, tauke c4 yang dengaq katanya dah tiga pat taun berpantang melancong di monggolia. tapi apakah najib boleh membantu ameno mendapatkan kembali sokongan? aku rasa semua masih ingat yang dia hampir2 jadi tak relevan dalam politik malaya bila menang nyawa2 ikan di pekan pada tahun 1999. persempadanan semula yang membawa masuk banyak kem2 askar dan undi2 pos pada tahun 2004 dan 2008 menjadikannya “gah” kembali. tetapi semua tahu kemenangannya tak ubah seperti kemenangan datuk bandar kl yang diselamatkan oleh mat terap di kem desa tun hussein onn. dan semua tau siapa sebenarnya yang kontrol najib. tapi tapayah la kita pi rongkai masalah rumahtangga dia. kita tidak seterdesak itu.

dan nampaknya itulah pilihan mahadet sebenarnya. dia telah menyatakannnya secara terbuka, dan tanpa berselindung, bahawa dia telah salah memilih paklah menjadi pm, dan sepatutnya najiblah orangnya. oklah, kita tak perlu bercakap atau mengupas tentang apa lagi kesalahan2 mahadet yang lain yang tak diperkatakannya samada dasarnya yang songsang, pemerintahannya yang jongang, ataupun perangainya terhadap Islam yang amat sumbang. kita tumpukan sahaja pada masalah ameno sekarang ini yang sedang bergoncang dengan hebatnya oleh kerana mahadet dan anak beranaknya sedang cuba “membetulkan” keadaan.

atas dasar “mahadet salah pilih paklah” inilah maka penyokong2 lamanya yang mungkin terkilan atau mengkelan sebab projek2 mereka dikensel oleh paklah dan digantikan dengan projek2 yang berkaitan dengan orang2nya sahaja, mereka mula menunjukkan belang dan mencabar paklah dengan menggunakan alasan mahadet yang tersalah pilih pm. aku kata begitu sebab aku tak dengar alasan2 yang lain. mana2 sahaja laporan akan dikompangkan betapa mahadet salah pilih calon. salah pilih pm. salah buat pilihan. mintak mahap, tapi mahadet tersilap percayakan paklah. walaupun mereka tidak secara vokal menyuruh paklah untuk turun dan ganti dengan najib sebab itu yang mahadet nak pada asalnya, tapi suara2 itu tak dapat disembunyikan. najiblah orang yang sangat2 ditunggu oleh “hang tuah moden” untuk “membersihkan” kembali ameno daripada tangan2 kotor paklah.

mungkin dah panjang sangat aku menulis dan ramai dah mula gelisah bertanyakan apa objektif aku ni? apa yang aku nak cuba sampaikan? apa mesejnya? dahla tulis tak pernah guna hurup besaq hurup kecik dengan betoi!

sebenaqnya tadak apa2 mesej yang aku nak sampaikan. aku cuma nak rakyat pikiaq apa dah jadi pada ameno sekarang ni? spesifiknya penyokong2 ameno. mahadet dah mengaku dia buat salah. dia salah pilih paklah sebagai pm, sepatutnya najib. najib jugak bukanlah bersih orangnya, dan semua orang tau najib punya background macamana. semua berusaha untuk suruh paklah turun demi mendengaq cakap mahadet yang tahun 99nya diselamatkan oleh MCAN dan MIC, dan 88nya dibubarkan terus! lebih teruk dari paklah! apa yang ada pada najib sekarang ni? undi pos dan bini yang “comel”. maaf, aku tarik balik statement bini yang “comel” tadi. undi pos dan gedung c4.

paklah telah menyelamatkan bn daripada “kuak lentang” melalui ameno yang mana MCA dan MIC telah ditalkinkan. tetapi mahadet telah membunuh ameno pada tahun 88 dan 99. dia juga mengaku salah memilih paklah. dan mahadet ni jugak menjadi pilihan dan contoh “hang tuah” dalam ameno untuk membetulkan semula ameno dari dalam? hangpa nak betoikan ameno ka atau nak kuatkan kem masing2? nak tolong rakyat, atau tak sanggup merempat dek kerana hilang tempat? nak jadi pejuang melayu, atau nak pastikan semua hangpa sapu?

meluap2 “semangat melayu” mengangkat anak mahadet menentang paklah sekarang ni. ironinya, dalam mahadet mengaku dia salah pilih paklah jadi pm, adakah dia tak salah sekali lagi dalam memilih najib sebagai pengganti?

korang begaduhla, kot mana pun yang lingkup bukanlah melayu, tapi elitis ameno yang gila kuasa berperang untuk kantung masing2….

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

4 Responses to “Pejuang Melayu, atau Pejuang Aku?”

  1. melayu segamat says:

    Yang banyak menuntut Pak Lah berundur datang dari lebah kelang. Melayu lain yang masih menuntut ialah Mukhriz. Umno Pahang dan Kelantan tiada reaksi. Hidup macam biasa. Kami di Johor pun tidak sekecoh di KL. Orang KL memang selalu begitu. Pun begitu.. menuntut itu memang hak kamu. Silakan…

  2. eddyra says:

    Apa dah jadi dengan malaysia ku ini. Kuasa dan harta menjadi rebutan. Kasihan ni lah rakyat-rakyat dey.. makan pun tak cukup ..

  3. burhanuddin al-helmy says:

    paklah dah pun umum najib akan ganti dia. bagus btol najib. penyabar dia nih. dah berpuluh thun dia tunggu, dpat jgak jwatan tu. ari ni, mnyampah tgok tv3, buletin utama. duk siar muka lesu paklah. tkut ke paklah? sabar, usha tgga kjayaan. kata taknak berundur, tpi dah sbut awal2 nma pngganti. mcmna tu??? formula nak merintah ni snang. adil+saksama=aman makmur diberkati. krajaan pas klantan walaupun media massa xde, tp bleh je kkal berbelas-blas thun. sbab ap?? orng nmpk ap tok guru buat. ikut nsihat Dr Nazrin ngan mufti perlis, krajaan kna adil, bantu rakyat, takde kpentingan pribadi..

  4. AMINULLAH says:

    hdup di akhir zaman..biase la tu…
    harta yg jd rebutan…kuasa yg jadi perbalahan…
    tapi kite mesti kene ingat..semua tu hanye sementare..
    sanggup kah kte melihat ank bangsa kita merempat di negara sendiri dek kerana perangai dan akhlak orang melayu yg dah tah pape..sanggup untuk menggadai bangsa sendiri…
    pikir2 kan la..ape yg penting..jangan la kita asyik menuding jari untuk mnyatakan kesalahan orang laen..bukan msenye utk kte mlakukan tu sume mse ni..kte hrus mncri jalan mcm mne kte nk perbaiki n perbtulkan ksilapan lalu…
    mari la kita same2 mencari jalan keluar untuk bangsa dan agama yg kita sayangi…
    HIDUP MELAYU….
    ALLAHHUAKBAR………………………………………..

Powered by the people for the people