… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Periasamy buat lawak?

“Orang ketiga” dalam merebut kerusi parlimen Lembah Pantai, N. Periasamy, tengah berpikir untuk mencabar keputusan pilihanraya dengan harapan ianya akan terbatal dan dapat dilakukan pilihanraya kecil. dengan lebih tepat lagi, dia nak cabar keputusan yang dimenangi YB Nurul Izzah.

periasamy tak puas hati sebab katanya Izzah dok cakap kat orang ramai bahawasanya dia (periasamy) adalah proksi BN, dan juga penyokong Hindraf. kalau bukan disebabkan perkara ini, dia dah pasti dapat lebih 10,000 undi haritu!

periasamy cuma mendapat 489 undi kesian.

lepas baca berita tersebut, aku tergelak sorang2. pertamanya aku gelak sebab dia kata dia boleh dapat 10,000 undi hari tu! fiyyooo… aku bukanla nak mengutuk periasamy, cuma, come on laa… sepulo ribuuu??!!

keduanya bila dia tak puas hati bila Izzah dok cakap kat orang ramai yang periasamy proksi BN.

oklah, cuba tunjukkan kat aku orang yang tak tau si periasamy ni ahli MIC. dan aku tunjukkan kat korang orang yang tak penah pegi ngundi! satu malaya tau la background politik dia. dei machaa!

ketiganya bila dia tak puas hati sebab dituduh “simpati hindraf”.

aku rasa satu tanah melayu ni tau India beragama Hindu majoritinya menyokong hindraf! yang kena tahan ISA dan menang pilihanraya baru ni pun orang hindraf jugak! kalau orang tuduh hang “simpati hindraf”, orang dah bagi mileage yang besaq la tu! sebab kalau bukan “simpati hindraf”, namanya MIC. dan kalau MIC, namanya dah bungkuih pilihanraya haritu!

ayoyoyoooooooo~ kadewaleiii…

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people