… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Formula Mahadet kekal Hero

apakah yang paling aku respek sekali pada mahadet ini selain daripada kebolehannya menipu dunia dengan mengatakan DSAI menumbuk matanya sendiri? tidak lain dan tidak bukan ialah keupanyaannya mencipta musuh untuk meletakkan dirinya kelihatan sebagai hero.

keupayaan ini sangat teserlah semasa dia menjadi pm dahulu. israel, amerika, singapura, yahudi, pemimpin pembangkang, dan boleh kata semuanya dia buat musuh. dia secara berani mengkritik sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk memberikannya milage sebagai seorang hero. formulanya sangat senang; sesiapa sahaja yang rakyat rasa tak senang, ianya boleh “diserang” habis2an sehingga menimbulkan kebencian. dengan menggunakan “agenda melayu” dan “survival”, mahadet selama lebih 20 tahun memerintah tanpa segan silu menghalakan tembakan kepada sapa saja yang dia rasa perlu.dan bila rakyat sudah benci kepada musuh2nya, maka ianya boleh dipilih pada bila2 masa untuk “dilawan” dengan penuh sokongan.

tak perlu sesiapa menyerangnya dahulu. dia boleh bangun dan serang sehingga membuatkan orang yang diserangnya tertanya2 apa sudah jadi? walaupun orang yang diserangnya lansung tidak ada kena mengena dalam urusan negara malaysia, ataupun agenda melayu, ataupun Islam, mahadet akan mencari seribu satu alasan untuk mengaitkan mereka. dan rakyat malaysia, dan melayu khususnya akan melihat dia sebagai jaguh. dia tidak pernah bersemuka dengan musuh2nya, tetapi cukpu sekadar baling batu sembunyi tangan. jika tidak, dah lama disahutnya cabaran soros untuk berdebat isu “penyangak matawang”.

inilah yang aku respek pada mahadet. boleh mem”perasan”kan dirinya pada bila2 masa dia suka!

sekarang dia sekali lagi mula menjadi jaguh bangsa melayu dan parti ameno dengan melemparkan tuduhan dan serangan tanpa henti kepada mereka yang tak pernah menyerangnya. dengan kekalahan teruk ameno dalam pru yang lalu, mahadet kelihatan “ketagih perasan” sekali lagi dengan cuba menjadi “hero umat”. tanpa segan silu, dia mengkritik secara terbuka tentang kepimpinan pak lah dan jugak mereka yang lemah di sekelilingnya. malah melakukan lebih dari itu dengan menyebut nama dan juga membuat serangan peribadi. sesuatu yang sangat sinonim dengan “jaguh bangsa melayu” ini.

dan sebahagian kecil umat melayu sekonyong2 mengangkatnya menjadi hero dalam krisis pru kali ini. walaupun dengan pandangannya yang tidak konsisten, sebahagian kecil ahli ameno yang projek2 mereka hidup di atas proksi mahadet masih dan terus merasakan bahawa mahadetlah jaguh dan hero yang patut di bawa masuk semula ke dalam ameno. mungkin menjadi penasihat seumur hidup, sepertimana yang dibuat oleh negara yang sangat mereka benci, singapura.

sekarang, ameno melihat musuh ciptaan mahadet yang terbaru, kj, sebagai satu entiti yang harus digempur habis2an. bagi mereka apa yang dibicarakan mahadet adalah firman yang harus diikuti. kj harus dihapuskan, dan paklah harus turun meletakkan jawatan. inilah seruan mahadet, dan itulah yang dikokokkan bersama oleh penyokong2nya. mahadet tidak pernah tersilap dalam mencari lawan. siapa sahaja lawan yang mahadet cipta, itulah lawan mereka bersama.

mereka akan terus segera melupakan siapakah punca kepada terbubarnya ameno pada tahun ’88. merka juga tak ingat siapakah yang menjahanamkan ameno sekali lagi pada tahun ’99 bilamana MCA dan MIC menyelamatkan BN bilamana ameno di bawahnya mendapat undi tidak percaya paling teruk dalam sejarah malaya. mungkin mereka tak pernah diboikot ceramah, dan disenyapkan mulut, atau ditangkap dan disumbat ke dalam lokap dek kerana berpendirian untuk menegur kerajaan, atau digelapkan dari media seperti yang telah, sedang, dan terus berlaku kepada pembangkang, tetapi mereka sangat bersetuju dengan apa yang telah dilakukan kepada mahadet adalah zalim walaupun kesemuanya tadi telah dilakukan dengan zalimnya oleh mahadet ke atas rakyat dimasa zaman pemerintahannya!

yang membuatkan rakyat menolak ameno ialah kezaliman mahadet, yang membuatkan rakyat membenci BN adalah kronisme, nepotisme, dan korupsi yang disuburkan oleh mahadet. yang membuatkan rakyat berpatah arang dengan kerajaan ialah kesombongan dan kebongkakannya menunding jari kepada orang lain untuk mengaburkan kesalahan sendiri!

itulah yang menyebabkan mahadet tersungkur pada tahun ’99 dan seterusnya terpaksa akur meletak jawatan beberapa tahun selepas itu. bukan disebabkan ameno sayangkannya. bukan disebabkan BN sangat2 kuat dan selesa untuk dia meninggalkan pejabat. ianya tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh sikapnya yang boleh menjadikan pilihanraya 2004 sebagai pilihanraya terakhir untuk karier politik seluruh umat BN.

ameno sangat tahu bahawa mahadet adalah liabiliti. bn tahu dia merupakan masalah besar kepada sokongan rakyat. malaysia tahu ia tidak boleh bergerak kehadapan dengan lebih terbuka di bawah pemerintahan autokratik mahadet, maka dengan itu mahadet dipaksa melepaskan jawatannya. dalam pada masa yang sama dia mengambil jalan mudah untuk mencuci tangan dengan meletakkan pengganti yang lebih lemah hanya untuk dia dilihat sebagai pemimpin yang lebih hebat!

mahadet tidak “perfect” seperti yang dipuja2 oleh penyokongnya. mahadet terus2an mengatakan bahawa dia salah memilih anwar. dia juga berkata salah memilih pak lah. sekarang dia juga mengaku bahawa najib yang diangkat2nya dahulu juga bukan pilihannya lagi. tetapi penyokong2nya tetap melihat mahadet sebagai seorang negarawan yang hebat, yang berfikiran jauh ke hadapan, dan manusia yang bijak.

dan kenyataan itu mestilah timbul daripada perbandingan yang dibuat oleh penyokong2 mahadet. dan aku mungkin bersetuju dengan pandangan penyokong2 mahadet sebab memang benar mahadet hebat, berfikiran jauh, dan bijak – dibandingkan dengan mereka. jika tidak, masakan boleh ditipunya mereka ini hidup2?

cuma “mereka” yang tinggal sekarang ini dah boleh dikira dengan jari. dan kalau “mereka” ini hendak kelihatan bijak, berfikiran jauh dan hebat semula, mungkin mereka boleh menggunakan formula mencipta musuh baru untuk diangkat sebagai hero semula oleh rakyat. mereka boleh memilih mahadet.

kerana, sepertimana israel, amerika, dan KJ, rakyat juga telah lama membencinya.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

3 Responses to “Formula Mahadet kekal Hero”

  1. melayu segamat says:

    Syabas Jahilgoblog. Satu pandangan ringkas dan tepat. Kita sependapat. Mahdet juga wajar dihapuskan. Buat masa ini, mungkin wajar diabdikan sebagai kuda tunggangan. Tidak dapat dinafikan, kepala penipu Mahadet ini memang bergeliga. Dia bijak mencuri tumpuan. Bijak menyeluk dalam gelap dan menangguk di air yg sangat keruh. Pun begitu, Mahadet tetap Mahadet. Berhati-hati semua!

  2. Mahathir dahulu memperlekeh dan mempersendakan PAS sehingga dia sudah tidak tahu hendak membezakan yang mana satu persenda PAS dan yang mana satu memperlekehkan Islam. Maka apabila sedar, teruslah sekonyong-konyongnya dia menyerang Yahudi. Sebab apa? sebab nak cover line…

    Tapi alhamdulillah, Mahathir takkan mampos, sampai dia rasa balik apa yang dia dah buat selama ni… semoga panjang umur…

  3. burhanuddin al-helmy says:

    wah3.. syabas Dr M. dlu zmn hang mrintah, mmg hbat….. sume org knal M’sia. pasai ap? timblan hang baguih.. hang Islam, tpi duk kutuk Islam. xdak beza ngan bintang bucu enam sana tuh.. konon nak kutuk PAS tpi hang dah mmg jahil, gi kutuk agama sndiri plak. InsyaAllah, doa Allahyarham Dato’ Fadzil Noor makbul. dia prnah doa spya Dr M pnjg umur spya rkyat M’sia dpat tgok kjhatan dia buat slama ni. ari ni kta dah nmpak. pcat hakim, kutuk agama, selar parti sndiri padahal rules tu dia yang buat. apa ney???

Powered by the people for the people