… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Tapayah besila. Boikot saja.

Sakit hati aku bila melihat perangai orang Melayu kita di Malaysia ni yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam perkara Israel dan Palestin.

Dengan menggunakan perkataan ‘acuh tak acuh’, aku tidak maksudkan bahawa mereka lansung tak tahu apa yang berlaku di sana. Ia jugak tak bermaksud bahawa mereka tidak bersimpati. Ada yang kalau dibawak besembang topik2 ni, yang tampaq2 meja dan hentak2 kaki pun tak kurang ramainya. Ada yang sampai ke peringkat ludah dan bakaq bendera. Geram, benci, dendam semua ada kalau kita besembang soal Israel sekarang ni.

Pendek kata, Melayu kalau bab2 becakap ni, mamak kira teh tarik lebih tiga kupang pun tak perasan.

Tapi tu saja la. Becakap. Tepuk meja, tampaq kerusi. Merah tangan, balik main dengan anak bini. Tidoq letih. Esok pi kerja baca paper, marah2 lagi, petang lepak kedai kopi – tampaq kerusi meja lagi – maki hina lagi Israel ngan Amerika. Balik main dengan anak bini. Tidoq letih.

Apa tindakan yang penah kita ambik?

Kita dok jauh. Jangan kata tampaq meja, nak halakan bom pun tak sampai. Silap2 tak begerak pun bom tu – jadi macam kapai selam yang dok tesadai kat Lumut nuh. Perhimpunan dan perarakan kita ni yang beribu2 boleh buat apa kat Israel? PBB pun patah tengkok dengan laknatullah ni. Khairy dok pi besila depan KLCC tu cari jadah apa? Bagi memo kat Condy? Kalaupun dia ambik baca, dia nak bulih buat apa? Hang tu sapa Khairy? Malaysia ni sapa? OIC tu sapa? PBB TU SAPA??

Kalau pengaman PBB pun depa bulih tembak, hawat hang ingat depa heran sangat dengan dok pi besila depan KLCC tengah hujan?

Marah memang bulih marah, tapi setakat tu saja la. Sebab apa setakat tu saja? Sebab kita sendiri kat sini tak pernah ambik apa2 tindakan drastik yang tercapai dek tangan kita. Derma? Ramai derma. Setakat itu saja ka? Tak pernahkah kita terpikir macamana nak – sedikit sebanyak – ‘ganggu’ Israel ni? Pernahkah kita terpikir selama ni sapa yang dok sponsor Israel melakukan kezaliman ke atas penduduk sekelilingnya? Pernah : Amerika. Tu saja yang ramai2 orang akan jawab.

Kita tak boleh angkat senjata untuk lawan – sebab kita dok jauh. Lagipun kita tak berani. Kalau tak takkan la sibuk tak bagi anak2 belajaq senjata kat PLKN? Jadi apa yang kita boleh buat? Marah saja? Marah saja nak jadi apa? Pernah kita terpikir untuk boikot ekonomi Israel? Ramai yang aku tanya, diorang bersemangat nak boikot. Tapi bila aku bagi list barang2 yang perlu diboikot, ramai jadi tadak teloq. Telan ayaq lioq.

Kita sendiri dok bagi duit kat Israel setiap jam, setiap minit. Israel menggunakan duit yang kita bagi tadi untuk beli senjata, beli peluru dan halakan semula ke rakyat Palestin, rakyat Lubnan. Kita tengok gambar anak2 kecik meninggal, gambar wanita2 dan orang tua berlumuran darah, ada yang hancur berkecai hasil talaan PELURU YANG DIBELI DENGAN DUIT KITA!! DAN KITA MARAHHH???

Anda sanggup ketepikan nafsu anda dari melahap burger McDonals? Anda sanggup bertukar alatan kosmetik berjenama L’Oreal atau Estee Lauder kepada jenama lain? Boleh anda hidup sehari2an tak minum Melo, Nespray, makan Nestum, Meggi? Anda boleh pakai baju jenama selain Marks & Spencer? Anda boleh bayangkan hidup anda selepas ini lansung tidak menyentuh Coca-Cola? Atau lupakan hajat menukar henpon Nokia? Boleh? Yang dok nampak sekarang ni memang liat untuk nak jadi boleh. Apa tidaknya, diungkitkan kisah Star Bucks, ada pulak yang ambik inisiatif pi tanya wakil Star Bucks betoi ka tidak? Macam pi tanya penyamun, dia menyamun ka tidak!! Aduiiila manusia…

Ramai orang yang aku ajukan soalan2 ini mengatakan yang aku gila. Katanya “Abistu? Yang kami dah ada semua ni nak buang? Ni henpon Nokia aku ni nak kena lempaq sungai? Susu Nespray anak aku kat rumah nak kena taboq luaq tingkap?”.

Tu kerja gila. Bukan aku yang gila. Yang dah beli, pakai saja la. Nak buang pasaipa? Bengong betoi. Guna sampai habih, guna sampai lingkup. Tapi bila tiba masa untuk tukar, elakkan la dari membeli jenama2 tadi. Boleh?

Ramai yang diam. Kepala dok cuba lagi cari alasan lain tanak tukar. Kita dah terlalu hebat, dan berasa hebat dengan benda2 yang rutin. Mana ada yang lebih best dari Milo? Yang lebih comel dari Nokia? Yang lebih stailo dari Coca Cola? Kita mana bersedia untuk bertukar. Semua tu dah jadi darah daging!

Kita boleh sedikit ‘mengganggu’ ekonomi Israel dengan memboikot produk2 yang dihasilkan oleh pengeluar2 yang membantu ekonomi Israel secara lansung. Itu sahaja Jihad yang kita termampu buat di tanah Melayu ini. Apa guna dok pi besila depan KLCC time hujan lebat kalau kita sendiri haram tak pernah nak cuba untuk memboikot ekonomi Israel?

Sudah2la becakap. Sudah2la berhimpun dan terpekik telolong. Sudah2 la jadi hero besila depan KLCC. Sudah2 la tu. Semua orang tau, semua orang sedaq, semua orang marah. Tapi bilakah semua orang nak terlibat dalam memboikot ekonomi Israel? Ingat, duit yang kita bagi kat Israel tu akan digunakan balik untuk membeli peluru menembak orang2 kita dia Palestin dan Lubnan.

Dan kita hanya mampu marah, sedih dan meraung sambil sebelah kiri tangan memegang botol Coca Cola, sedia untuk ditogok takut2 tesedak Big Mac sambil dok tengok kekejaman Israel di Buletin Utama…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net/

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people