… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Perhimpunan Solidariti AIC dan bloggers.

Semalam bloggers dan AIC (anwaribrahimclub.com) berada di hadapan penjara sungai buloh, berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada kebebasan bersuara dan menggesa tuduhan ke atas raja petra (pet) digugurkan serta merta.

Aku pun ada dok melilau2 dalam lebih 300 orang seperti yang dilaporkan bernama tv pagi tadi. Keadaan begitu tenang sekali dan menjadi semakin ramai bila kakitangan penjara, selain polis, turut keluar untuk “bersama memeriahkan keadaan”.

Tiada provokasi polis. Peserta perhimpunan kebanyakannya berdiri memegang lilin. Ada yang bernyanyi dalam kumpulan kecil – lagu reformasi. Ada yang berborak dan bertukar2 pandangan tentang kekejaman kerajaan. Para polisi hanya berdiri berdekatan pagar dan mengawal lalunlintas. Dalam laporan bernama tv pagi tadi juga dilaporkan sebagai perhimpunan aman. Aku terdengar Malaysiakini semalam nak melaporkan cuma 150 hingga 200 orang, tapi bernama dengan lantang mengatakan 300!

Nampaknya media kerajaan semakin bijak mengira, atau media alternatif sudah kurang bijaksana? Itu aku tamau komen.

Rata2 program malam tadi dipenuhi sessi ucapan. YB Ronnie Liu dan isteri rpk, pn marina antara lain memberikan kata2 peransang dan laporan terkini. Penutup disudahi dengan sahabat aku, sdr Nat yang juga menggelarkan diri beliau sebagai bekas banduan yang telah bebas.

Bagi aku, perhimpunan malam tadi membuktikan sekali lagi bahawa pihak berkuasa boleh bertindak bijak dengan mengawal keadaan tanpa menimbulkan provokasi. Peserta perhimpunan juga bersurai dengan tenang dan aman tanpa perlu ditegur oleh polis. Semuanya berjalan lancar dan tenang.

Jadi, di mana logiknya hujah kerajaan jika perhimpunan seperti ini boleh bertukar menjadi ganas? Atau mungkinkah disebabkan mereka itu sendiri ganas, maka habis semalaya dicap boleh bertindak seperti mereka?

Entahlah. Terima kasih kepada pegawai keselamatan penjara semalam kerana menjaga keselamatan kami. Terbukti kalian juga membenci kezaliman :)

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Perhimpunan Solidariti AIC dan bloggers.”

  1. Raja Petra ada prinsip yang perlu kita belajar….beliau tidak takut akan segala ugutan daripada pihak kerajaan ….. dia sudah biasa dengan mahkamah …. dengan kes ngan mike tyson … kes dengan UUM ….. beliau bijak dalam caturan permainan politik mainan kerajaan …. beliau tidak mahu bayar ikat jamin …. beliau sanggup dibicara …. ini pejuang yang perlu kita ikuti dan pelajari …. ingat rakan2 …. terbukti satu lagi kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat …. Raja Petra menggeluarkan pandangan untuk percepatan kes ini … ini melibatkan pembunuhan kejam ….. yang melibatkan maruah negara ….. yang melibatkan mainan politik ….. jadi marilah rakan-rakan sekalian berdoa agar Raja Petra akan memenangi kes ini …..Bebaskan Raja Petra …. Saksikan pictures pada malam semalam yang sempat aku snap di Penjara Sungai Buloh dalam blog aku….. Disebalik perjuanganmu tersirat keikhlasanmu ……. Ya Allah Kaula Maha Besar, Selamatkanlah Raja Petra dari segala ketidakdilan dan kekejaman ini, Berikanlah Raja Petra keteguhan dan kesebaran iman beliau dalam ujianMu ini Amin ….
    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis.

Powered by the people for the people