… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Kompom, Mahadet gelabah!

Jepp call aku dalam pukul satu stengah tadi. Aku tatau apa, bunyik macam mahadet dalam tivi. aku tanya pasaipa? lama lepaih tu dia tanya balik, “dengaq?”

aku kata tadengaq. dia kata mahadet keluaq ameno. HAH??!!

haa! mahadet keluaq ameno. hang tak pecaya? dia tanya.

aku tak pecaya mahadet akan ikut serta buat perangai tengku abdul rahman yang dulu keluaq ameno dan sokong kuli untuk lawan dia (mahadet). kali ni dia siap seru semua yang bersama dengan dia ikut turut serta keluaq ameno sampai dapat diganti paklah yang hamat dibencinya ituh.

mula2 aku terpikiaq, anwar bertanding parlimen jerlun? hopp.. takkan kot? tapi kalau bapak keluaq ameno, anak dok tunggu hapa lagi? kalau mukhriz keluaq ameno, adakah dia antara 30 nama yang dikatakan akan melompat masuk PR? uihhss.. melampau betoi analisis aku nih.

tak mungkin kita akan melihat sekonyong2 orang ameno keluar meninggalkan ameno dalam masa terdekat ni. yang dok begolok begadai melobi projek yang “dah dekat2 nak dapat”, takkan nak tinggai tengah jalan? yang dok perasap kemiyan mengasah keris untuk pemilihan ujung taun ni takkan nak simpan bawah katil? takkan nak ditutup semua cawangan2 hanya disebabkan oleh seorang pencen yang marah2kan kerajaan?

jadinya, apa implikasi tindakan mahadet ni? bila ditilik2 dalam timba tadi, aku merasakan ianya tak lebih dari mengalih isu korupsinya dalam sistem kehakiman yang telah disimpulkan oleh suruhanraya diraja sebagai sesuatu yang perlu disiasat dan diambil serius. sebab tu selepas laporan dikeluarkan, benda pertama sekali yang mereka (mahadet and the gang) buat ialah menyerang anwar. dan hari ini dalam terdesak, mahadet bertindak keluar parti. untuk apa?

bagi aku, senang saja. tak lain dan tak bukan bagi ameno dan BN dan kerajaan kecoh becakap pasai tindakan dia keluar parti. dok bincang macamana nak pujuk dia balik masuk parti. dok perusah bagi paklah pi besembang balik ngan mahadet. dok pastikan serahan kuasa paklah kepada penggantinya selepas ini berlaku dengan smooth dan cepat supaya ameno dapat dipulihkan dan sokongan dapat dihimpunkan kembali. bagi satu tanah melayu bercakap tentang hal ini, dalam masa yang sama isu korupsi hakim oleh geng enam jahanamnya tidak lagi dipeduli dan terus dipandang sepi.

mahadet dah kena “tiu” 360 darjah. dah berada di penjuru bilik. tadak tempat nak melarikan diri. satu dunia kembali bertanya jika benar terdapat lobi melobi dalam perlantikan hakim, dan ianya tak telus, bagaimana keputusan mahkamah terhadap anwar selama ini? sudah pasti ianya sangat boleh dipertikaikan!

dia kena cari jalan untuk jangan bagi orang bercakap tentang hal ini. dia mesti gunakan semua ruang yang ada. dia dah tadak kuasa dan dah takdak suara. satu2nya senjata yang ada hanyalah cuma mampu tarik muka dan luahkan rasa kecewa.

harini dia menggunakan satu2nya kuasa yang ada pada dirinya untuk mengalih isu korupsi yang dilemparkan ke atasnya. keluar dari ameno. itu saja yang dia mampu buat. dan kita tengok selepas ini, apakah rakyat akan melayan rasa kecewanya, atau terus mendesak untuk mahadet didakwa.

nampaknya jalan anwar semakin hampir ke putrajaya.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

2 Responses to “Kompom, Mahadet gelabah!”

  1. yahu….

    mahadei ckp anwar ejen yahudi

    sekarang siaapa yg tpergkap dengan mainnan yahudi..

    JANGAN TIUDO LAGI2…

    AHLI UMNO KELUAR RAMAI2…KITE TUMBANGKAN PAK LAH

    TENGKU ADNAN…KAU AKAN KENA

    ALLAH MAHA MELIHAT,MENDENGAR DAN MENGETAHUI APE YG KAMU SEMBUNYIUKAN

  2. jejaka says:

    Rasuah Politik Pasca PRU-12?

    Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato’ Abdul Rahman Dahlan (BN – Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat (“PR”) untuk melompat parti.

    Sila layari http://www.rembau.net

Powered by the people for the people