… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Bila peguam tilam jaga kes Lingam.

Walaupun agak terkilan sebab pulau sebesaq padang bola tu tak dapat kat kita, tapi aku sedikit pun tak heran bila tengok barisan peguam yang kita hantaq untuk membela. Gani Patail (bukan lima atau enam tahil, cuma empat), peguam tilam yang berjaya meletakkan tanah melayu ke seantero dunia.

Apa yang kita boleh harapkan bila peguam yang kita hantar hanya terbukti hebat berpencak mengikut skrip di atas pentas sendiri sahaja? Seorang peguam yang bila digandingkan dengan seorang hakim Hacks, menjadikan seluruh malaya ni bertukar jadi sarkas! Yang terbukti kehebatan mereka hanya bila mereka menguasai seluruh pentas kehakiman. Yang “terduduknya” di jawatan yang disandangnya sekarang tidak lebih daripada usahanya mengusung tilam ke mahkamah pagi dan petang.

Kita telah menuntut Pulau Batu Putih selama 28 tahun dari Singapura. Akhirnya, demi “diplomasi” untuk mengelakkan kita berperang – macam la Menteri Pertahanan kita berani – kita berpencak di dalam mahkamah antarabangsa “menuntut keadilan”.

Masing2 berhujah. Dan kita cuma disajikan dengan “point2 hebat” dari peguam kita dalam membela pulau tersebut dalam media massa dalam negara. Walaupun sumber pengetahuan undang2 aku hanya diperoleh dengan menonton siri The Practise dalam tivi, itu cukup untuk membuatkan hati aku resah bila setiap kali hujah kita dilaporkan dalam akhbar, mereka hanya melaporkan kita menguasai pulau tersebut hasil daripada tulisan sejarah.

Apa gila berdebat di mahkamah bersandar fakta sejarah semata, dan konfiden menang dengannya! Kalau macamtu habisla tanah Palestin diheret yahudi israel ke ICJ bersandarkan kitab Tauratnya. Atau kemungkinan Amerika kembali di bawah Perancis sebab melihat semula nilai sejarah. Atau sebahagian tanah melayu dapat semula kepada kerajaan palembang dan mungkin dituntut semula oleh siam!

Gila!

Tapi apa nak digilakan dengan seorang peguam yang pernah terbukti buat kerja gila dulu. Peguam yang sama juga buat kerja gila dalam PRU lepas bila gagal “menasihatkan” SPR tentang dakwat kekal yang kemudian terpaksa dibatal selepas parlimen dibubar. Dan terus menggila bila hanya mengarahkan polis menyiasat “perhimpunan haram” di batu buruk, dan bukannya mangsa yang parah ditembak polis membabi buta!

Dan selepas pulau yang besaq kelemboi tu gagal dipertahankan mungkin dek kerana tidak melibatkan villa atau tilam, maka sekarang dia diberi tugas pula untuk menyiasat kes lingam. Gani Patail (sekali lagi, bukan lima atau enam, cuma empat tahil). Peguam gagal yang pernah menjadikan tanah melayu seperti sarkas, yang kemudian gagal di pentas antarabangsa sebab mungkin berhujah menggunakan fakta yang dikutip dari hikayat merong mahawangsa atau malim deraman, sekarang ditugaskan pula untuk “menutup sarkas” yang berlansung di atas pentas kehakiman.

Soalan yang timbul, setakat manakah kita boleh berada di dalam situasi “beyond reasonable doubt” bila si Gani ini beraksi lagi? Bila enam jahanam digerudi di mahkamah nanti, apakah Gani akan menyerlah atau tunduk kalah bila ketua enam jahanam, mahadet, juga turut mebuka failnya dan mencari salah? Atau mungkinkah ada lagi aksi2 mengusung tilam dan pintu hotel dari bilik percutian tertuduh untuk dibuat bukti?

Semuanya boleh terjadi bila peguam tilam ni berpencak silat sekali lagi. “Memperjuangkan” keadilan mengikut skrip yang dibagi. Sebab memang dah terbukti hanya dengan skrip saja peguam tilam ni mampu beraksi.

Adus kesian. Rakyat tanah melayu bakal ditipu sekali lagi….

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

4 Responses to “Bila peguam tilam jaga kes Lingam.”

  1. Begitulah seorang peguam yang buat-buat pandai, yang jaguh kampung, samseng kampung. Bila di mahkamah dunia kalah akhirnya, buat pengajaran kepada kerajaan malaysia supaya tidak mengabaikan pulau-pulau kecil. Kerajaan johor perlu berhati-hati takut dah jadi sebahagian singapura …..

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. zikzaini says:

    bila
    soal kehakiman negara dah sedia pincang….
    soal perundangan negara diperkotak katikan …..

    ni la jadinya……
    bertarung dipentas dunia….tapi xmau belajar ilmu tentang dunia….

  3. Naspazi says:

    Salam hormat,

    Nasib baiklah perbicaraan di ICJ tidak berkaitan dengan tarikh. Andai ada kaitan dengan tarikh, nescaya Gani Patail akan menukar tarikh hingga tiga kali bagi membolehkan Malaysia tidak putih mata dalam perbicaraan tersebut.

    Alaaa, macam yang Gani Patail lakukan semasa dalam perbicaraan yang ada kaitan dengan Jubur Azizan Abu Bakar beserta dengan tilam yang diusung oleh Musa Hasan ke mahkamah dulu tuuu. hehehe.:)

    Wassalam.

  4. mat_tarab says:

    gani dulu kerja dia jual tilam lembut tu je kerja dia sama dengan banggali jual karpet tapi tah cam mana boleh jadi puguam lak tu….mungkin masa dia selalu jual tilam kat rumah orang dengan kapcai dia tu dia mula pandai cakap kelintong orang sebab tu la leh jadi peguam…..

Powered by the people for the people