… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Jangan berBerberBerberBerGerAaaAKK!!

Sesuatu yang agak menarik, atau lebih tepat, melucukan bila menyelak laman web Utusan Malaysia hari ini di bahagian Dalam Negeri. Masa bawak kereta mai kerja tadi pagi, radio melaporkan yang Najib suruh rakyat jangan bagi peluang pada penjenayah. Terfikir dalam kepala hotak aku kenapa rakyat pulak dibebankan dengan tanggungjawab ini. Tapi difikir2 balik, betul jugak cakap Najib – Rasulullah pun suruh kita tambat dulu unta baru tawakkal.

Make sense.

Cuma masalahnya kita di Malaysia hari ini dah bertukar kepada apa orang putih cakap sebagai ‘gated community’. Bahasa lunaknya mungkin komuniti terkawal. Bahasa aku, komuniti tak bersosial. Apa tidaknya, kita balik rumah, access card kena ada untuk buka gate depan pak gad. Kemudian guna lagi access card untuk bukak gate masuk parking, kemudian guna lagi access card untuk buka pintu masuk rumah (kondo), pastu tukar pulak guna kunci untuk bukak mangga solex, pastu tukar kunci untuk bukak pintu grill, pastu tukar lagi kunci untuk bukak pintu rumah, pastu, kalau orang bujang, tukar lagi kunci untuk bukak pintu bilik. Wow!

Kita tak percaya pada orang luar, sebab tu kita tak bagi dia masuk kawasan perumahan kita. Kita tak percaya pada tetamu kawasan perumahan kita, sebab tu kita tak bagi dia masuk kawasan parking kita. Kita tak percaya pada jiran2 di blok lain, sebab tu kita tak bagi dia masuk blok kita. Kita tak pecaya pada jiran sebelah menyebelah kita, sebab tu kunci rumah sampai tiga peringkat, last skali kita tak percaya pada rakan serumah kita, maka pintu bilik dikunci. Dan ada sesetengahnya tu, mungkin tak percaya pada diri sendiri, laci dalam bilik pun dikunci!

Siapa sebenarnya yang kita boleh percaya sekarang?

Bawak balik cerita dalam Utusan pagi ini, di muka yang sama terdapat cerita Najib mintak rakyat jangan bagi can kat penjenayah, bawah tu sket ada pulak persatuan pemandu lori mintak PLUS atasi masalah lanun lebuhraya. Tengah2 sket Chang Kong Choy pulak hangin kat Hong Kong sebab cakap kita bermasalah dalam mengawal lalulintas. Dan kalau korang perasan, terselit cerita yang paling jujur – Md Bakri kata ada anggota Polis yang tak bulih buat kerja! Patut la Najib suruh kita jaga keselamatan sendiri. Patutla pesatuan pemandu lori mintak PLUS bagi kerjasama. Patutla Hong Kong kata trafik kita tak selamat, Polis kita pegang pistol pun ketaq!

Bila Md Bakri sendiri kata Polis ketaq pegang pistol, apa lagi yang rakyat macam kita ni nak harapkan? Kita dah tak pecaya pada semua orang, dan sekarang Polis pun kita dah tak boleh pecaya kemampuan dia. Patutla ramai sekarang berani samun guna senapang sebab depa tau kalaupun Polis sempat sampai ke tempat kejadian – yang mana selalunya tak pernah – Polis tak boleh nak tembak dengan tepat! – itupun kalau diorang (polis) masih ingat lagi camana nak load peluru dalam pistol masa mengaji kat Pulapol tiga puluh taun dulu!

Sekarang, sebagai rakyat hina dina macam aku ni, apa lagi yang aku boleh harapkan? Kerajaan dah memang macam hampeh. Yang dok ada, yang dah turun tahta, dedua sama saja. Pembangkang setakat retorik penyedap telinga. Penyokong kerajaan tekinja2 ligan mana projek yang mana ada. Penyokong pembangkang setakat seronok dengaq pemimpin berkata2. Malaysia?

Tak bulih nak tulih panjang2 sebab pakai komputer orang. Komputer aku tak bulih bukak lagi. Lupa password.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people