… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (3)

Saya pernah menulis tentang ‘seekor musang’ dalam beberapa entri terdahulu yang kini semakin selesa bertapak di Pejabat Anwar Ibrahim selepas mempergunakan kedudukan seorang kakitangan kanan di pejabat tersebut.

Khabarnya, ‘musang’ tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya.

‘Sang musang’ dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.

Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru ‘musang’ ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, ‘musang’ ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.
Ketika menjelaskan kedudukan sebenar beliau di blog ini beberapa bulan lalu, ‘sang musang’ menegaskan bahawa beliau akan memulakan kelas latihan penerbangan dalam bulan ini dan sekadar membantu Pejabat Anwar Ibrahim untuk kempen Pilihanraya Umum ke-12 (walhal, hakikatnya beliau antara yang cukup giat berkempen untuk Barisan Nasional secara maya pada waktu itu!). Pun demikian, sehingga kini beliau masih membayangi pergerakan Anwar dengan menonjolkan dirinya secara melampau.

Saya komited dengan pendirian saya selama ini bahawa ‘sang musang’ sebetulnya mempunyai agenda serta muslihat peribadi untuk terus kekal di Pejabat Anwar Ibrahim. Oportunis licik ini cukup terkenal sebagai individu rakus kuasa dan taksub publisiti sewaktu di kampus suatu masa dahulu. Amanah dan tanggungjawab yang diberi dilayan seakan-akan ‘kuda tunggangan’ untuk dirinya meraih glamor dan populariti.

Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim memikul amanah kepimpinan negara dalam waktu terdekat ini, apakah rakyat mampu menerima hakikat bahawa ada antara kakitangan pejabatnya merupakan individu oportunis, seorang rakus kuasa yang tidak memiliki dukungan akademik yang selayaknya?
Saya yakin, kebijaksanaan Anwar bakal menidakkan agenda licik ‘sang musang’ hingusan ini!

(Ini adalah siri ketiga dari blog Riwayat Hayat yang dipetik dari cache google)

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

3 Responses to “Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (3)”

  1. haishh…siap jumpa gmbar tunang die lagi..camna la tunang die nk hidup kalu malu nnti..tp tunang die lawa betull…perghhhhh

  2. umnopukimak says:

    Alamat Musang ini.

    No rumah belum dapat dikenal pasti tetapi alamat mengikut pendaftran SPR adalah saperti berikut:

    xx, Jalan BU7/6
    Bandar Utama
    Petaling Jaya.

    Dekat-dekat One Utama.

Powered by the people for the people