… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Pockets of mangkar

Maka berlompatanlah “ustadz2″ menggesa supaya Anwar bersumpah menafikan tuduhan yang sedang dihadapnya sekarang. ada yang suruh junjung Qur’an, ada yag suruh dalam mesjid, ada yang suruh tengah padang, ada yang suruh buat atas mimbar!

Pendek kata, kalau Anwar buat macam depa suruh, seluruh sistem cakerawala ni akan percaya pada Anwar. Confirm Anwar difitnah. Dan confirm ada perancangan jahat. Tu lah kehendak beberapa kerat mangkar (bahasa KL untuk mangkaq) yang sekarang sedang sibuk kulu kilir menepuk meja cuba mengajar bagaimana Anwar harus bertindak sekarang.

Pada aku, tak kisah dia nak bersumpah atau tidak. Tiada sebarang implikasi pun dalam sistem perundangan tanah melayu ni. Lagipun setakat yang aku belajaq agama masa tingkatan empat dulu, sumpah hanya dilaksanakan selepas tuduhan dan pembuktian beyond reasonable doubt. Kalau telah dibuktikan secara saheh tertuduh memang melakukan apa yang dituduh, maka tertuduh masih boleh mengelakkan hukuman dunia dengan bersumpah (“al Bayinatul a’la Muddaiy, wal Yaminul a’la Man ankar”). Itu kaedah yang aku paham la.

Tapi pasaipa ada dua tiga kerat ni nak sangat Anwar bersumpah mengikut kepala hotak masing2? Jawapan ringkas aku, samada depa ni mengaji setakat SRP, ataupun masa kelas agama depa tuang dok pi hisap rokok dalam jamban. Jadi, tak heranla kalau sumpah acuan mereka tu dilihat sebagai bukti yang sangat hebat utk menafikan tuduhan. Kelompok2 sumpah ni aku lihat tak lebih daripada ingin menjadikan Anwar kelihatan bodoh sebab melayan benda2 bodoh. Mereka nak dunia kemudian melihat “kenapa Anwar desperado sgt bersumpah tak ikut peraturan untuk nafikan?”.

Dan selepas sumpah dibuat, aku tak menolak golongan2 mangkar ini sekali lagi akan datang dgn nas dan perawi yang mengatakan cara sumpah Anwar itu salah. Caranya sumbang dan amat diragui. Patut kena angkat tangan kanan. Patut kena pegang Qur’an. Patut kena pakai Qur’an Uthamani, patut kena mata pandang depan. Patut kena sebut dalam semua bahasa rakyat malaysia, patut kena duduk bertimpuh, patut kena pakai serban, patut kena buat itu dan ini! Depa akan ada seribu satu alasan pulak untuk menafikan sumpah tersebut. Dan nak dapat nas utk sokong penafian ni bukanla susah sangat, Astora Jabat banyak simpan 😉

Dan kalaupun dah tadak point, geng kepala masam ni akan kata pulak “elllehh, kalau dah berani buat sampai tahap tu, apa sangat la sumpah mumpah ni…”.

Kepada dua tiga kerat golongan mangkar, atau meminjam frasa mat saleh “pockets of mangkar” ni, bijak la sikit dalam merapu. Cubaan memesongkan isu kredibiliti makhluk yang membuat tuduhan, kaitannya dengan Najib, dan kekalutan pemerintah sekarang yang teruk bergelut dengan keruduman ekonomi dan kepercayaan rakyat dengan membesarkan isu Anwar bersumpah adalah satu tektik yang sangat terdesak. Dan sedarlah bahawa rakyat juga sekarang ini berada di dalam keadaan yang sangat terdesak yang teramat sangat.

Rakyat terdesak untuk membebaskan diri mereka daripada cengkaman pemerintah yang korup dan lemah. Kita sangat terdesak ingin melihat malaya yang lebih baik.

Sesungguhnya satu2nya sumpah yang akan terus keluar daripada mulut pejuang rakyat ini ialah sumpahnya untuk terus melawan kezaliman, kekejaman, dan kerajaan yang korup!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

Kemaskini :

Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.
Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15621&Itemid=50

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.”
Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15618&Itemid=50

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berpendapat bersumpah dengan menjunjung al-Quran atau ‘mubahalah’ tidak perlu dilaksanakan
Sumber : Bernama

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.
Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015681&Itemid=85

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

21 Responses to “Pockets of mangkar”

  1. correct…correct…correcttt!!!

  2. mudin001 says:

    Tapi apa masalahnya kalau Anwar bersumpah? Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat mengembalikan kepercayaan rakyat yang semakin goyah terhadapnya.

  3. dinoemzek says:

    tidak pelek bila ada pemimpin2 dalam komponan PR yang beriya2 menggesa DSAI angkat sumpah junjung Quran dengan pelbagai hukum & hujah! inilah juga kumpulan pemimpin yang secara sedar atau tidak sedar menganggap & memberi tanggapan kepada orang Melayu bahawa hanya & hanya pemimpin dari kumpulan / kelompok mereka sehaja layak memimpin PR! tidak menjadi perkara pelek kalau kumpulan ini juga tidak akan bersama dalam Himpunan 6 Julai ini, dan sebahagaian dari sebahagian nya menganggapnya sebagai tak relevan & membuang masa. Ahli2 Reformasi – berwaspadalah!!

  4. Berjumpa Saiful – AMK SELANGOR cabar Ezam nafikan
    Written by Webmaster
    Saturday, 05 July 2008
    Kenyataan Media

    Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

    5 Julai 2008

    Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyifatkan ahli terbaru Umno, Ezam Mohd Noor kini sudah dijangkiti sindrom ‘politik munafik’ melalui kenyataan terbaru beliau yang semakin ligat mencabar KeADILan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim khususnya.

    Kelihatan Ezam sudah semakin memainkan peranan beliau sebagai ahli Umno yang ‘bersetia dan berkhidmat’ di bawah juak politik Umno yang bankrap moral.

    Rakyat tidak pernah lupa bagaimana Ezam begitu agresif menyerang Najib Tun Razak sewaktu beliau berada di dalam KeADILan satu ketika dahulu. Malah, beliau sendiri merupakan individu yang bertanggungjawab mencabar Najib bersumpah dengan nama Allah sewaktu kes beberapa pimpinan KeADILan yang bertindak keluar parti menyertai Umno sejurus sebelum Pilihanraya Ke-11 bermula pada tahun 2004, sehingga Ezam sanggup menawarkan dirinya bertanding di Parlimen Pekan pada ketika itu untuk mendedahkan kepincangan Najib,

    Tetapi kini segalanya berubah apabila Ezam akur menjadi gurkha Najib yang setia. Malah pujian melangit yang dibuat Ezam ke atas Najib sama seperti tindakan P. Balasubramaniam yang membuat pusingan U-turn terhadap akuan sumpah beliau. Cuma yang membezakan Ezam dan Bala, ialah Bala mendakwa beliau diugut dan ditekan. Tetapi Ezam melakukan sedemikian atas tawaran kedudukan dan jawatan.

    AMK secara terbuka ingin mencabar Ezam untuk turut sama bersumpah bahawa beliau tidak hadir di dalam pertemuan Saiful Bukhari dengan Najib beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful 28 Jun lepas.

    Ezam juga dicabar bersumpah sama ada beliau tidak dijanjikan sebarang jawatan dan kedudukan sebagai ‘upah’ beliau memasuki semula UMNO dan seolah-olah menjadi ayam sabung baru UMNO dan gurkha politik kepada pemimpin yang bankrap moral. AMK menyarankan Ezam agar jangan bertindak seperti anjing menyalak bukit kelak nanti ayam di tangan terlepas lalu tangan terpalit tahi.

    Mazli Saring

    Ketua Penerangan

    Angkatan Muda Keadilan Selangor

  5. burhanuddin al-helmy says:

    ku rase baik ikut saranan tok guru nik aziz tu.. buat ssembahyang hajat ramai2, mintak ALLAH tunjukkan mane salah mane betul. takdela duk main buat tafsiran sendiri je sume.

  6. Piggy Singh says:

    Salam everyone…

    Bila Harakah keluarkan pendapat Dato Harussani, ianya bagaikan satu kemenangan besar kepada bebudak PKR.

    Tapi saya nak tanya, kemenangan untuk apa, adakah kemenangan untuk menyelamat Anwar daripada membuat sumpah laknat. Dan soalan seterusnya, kenapa pula Anwar perlu diselamatkan daripada membuat sumpah laknat.

    Saya masih lagi berpendapat bahawa cadangan Mufti Perlis Dato Asri ada baiknya, untuk meredakan keadaan dan menamatkan perbalahan sesama Islam yang semakin berlanjutan. Oleh itu, kebaikan adalah untuk semua, tak kira PKR, PAS dan UMNO. Tambahan pula, pendapat ini disokong oleh TG Nik Aziz.

    Baca http://penarikbeca.blogspot.com/2008/07/janganlah-buang-masa-anwar.html

    Berbalik kepada soalan di atas, kenapa Anwar perlu diselamat daripada bersumpah laknat.
    Adakah MUNGKIN bahawa terdetik juga di sanubari bebudak PKR bahawa Anwar SEMEMANGNYA seorang PELIWAT?

    Allah hu ‘alam mi sawab.

  7. muadz says:

    kita ada undang2 islam. kalu kita nak ikut islam, ikut islam betul2. tapi kalu undang2 malaysia pun undang2 toorut, buat apa sibuk2 dalam kes anuar ni nak bersumpah le. tegakkan undang2 allah(hudud) dulu pas tu kita bleh sembang bab nak besumpah ngan quran la ok. tu la masalahnya banyak sangat pakai kepala otak korang yang bekarat tu. islam ni kita ada had nak pikiq selebihnya rujuk la quran n hadith.

  8. […] dipetik daripada jahilgoblog.net […]

  9. Sumpah atau tidak sumpah bukan perkara pokoknya, mengapa kini sumpah ini terjadi kepada DSAI ataupun Najib. Kenapa tidak kepada Che det dahulu …

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  10. Malaymind says:

    Yang menuduh sudah mencabar. Yang dituduh, bagaimana?

    Saiful cabar Anwar Bermubahalah di Friendstersnya.

    Sila rujuk http://www.malaymind.blogspot.com

    Komen kepada MatKeri:
    Dulu, dah bicara dah sekali – mengikut hakim, mereka percaya ada berlaku liwat cuma, bukti masih kurang.

    Nak suruh bicarakan kali kedua, nanti penyokong Anwar kata konspirasi lagi.

    Nah, biarkan saja Tuhan mengadili mereka. Kalaulah Saiful yang menfitnah, biarkan saja diadili Tuhan.

    Tapi, kalau ada orang nampaknya takut bermubahalah, faham-fahamlah kan

  11. angahsp says:

    hmm..buntu nak menulis nie..tapi aku ada satu cadangan..mungkin boleh di terima atau tidak..mengikut pandangan masing2… Secara jujurnya aku setuju dengan bermubahalah ini..tetapi bukan untuk DSAI sahaja ..perlu juga saiful si’roti’,dan najib.. tetapi mesti disertai ulama` besar di malaysia dan seluruh dunia khususnya…sebelum bermubahalah dilakukan solat hajat mohon pertunjukkan dr ALLAH… mungkin boleh disertakan dengan seluruh rakyat..
    sebagai cadangan sahaja..tetapi saiful dan najib mesti bermubahalah juga…tidak adil hanya DSAI seorg sajer yg bermubahalah…

  12. YoP says:

    Yop..teman nengok tulisan mike pasal bersumpah nih teman riso pun ade. Nape ? Pasei teman nengok kan ke’percaya’an mike pd saudara anwar amat tinggi. DSAi juga manusia, kita juga manusia. Dia buat silap, kita buat silap. Tapi kita wat silap malaya tak tau, DSAI tekentut kalu boleh dok kat front page paper esok. Pendeknya untuk selesai satu masaelah..kita ikut je kata ustaz ke alim ke pasei depa ngaji. Lagipun DSAI bersumpah bukan untuk orang lain untuk diri dia jugak. Kalu org pitenah dia, ini cara yang cepat boleh klia kpala orang. Daripada dok nganga tunggu BN dok taruk sepanjang masa, baik wat je. Pas tu serah pd Allah. Wallahua’lam.

  13. ieJam says:

    “”Sesungguhnya satu2nya sumpah yang akan terus keluar daripada mulut pejuang rakyat ini ialah sumpahnya untuk terus melawan kezaliman, kekejaman, dan kerajaan yang korup!””

    Aku paling suka ayat tuuu…

  14. Krokuxs says:

    Berani kerana benar,takut kerana salah.Bersumpah bukan tuntutan islam tetapi tidak berdosa jika di buat untuk membersihkan nama dari fitnah.Anwar bagi 1001 alasan untuk bersumpah.Saya nak tanya.Ada apa2 ke ni ?

  15. sixtyoldman says:

    klau anwar bersumpah, dan dia kata dia tidak liwat..
    polis akan tinggal dia ka? polis xkn gngu dia ka?
    x kn berlaku.. biasanya org brsmph ni org yg
    trdsk nk dapat kprcyaan.. anwar tidak trdsk..
    dia tahu x smua prcy dgn tdhan tu.. hanya dua
    tiga kerat spesies2 tertntu je pcya.. nk tgk
    org trdsk tgk najib.. br je kn tdh trus brsmph..
    TKT NMPK!!

    Ustaz ak pnh kata sumpah junjug Quran ni x lah betul sgt
    sumpah yg betul direct kat Allah bknnya ada perantaraan..

    yang benar ttp akn mng..
    lawan tetap lawan

  16. dahlia says:

    semoga Allah akan melindungi perkara yang benar..
    kalu fitnah tu tu dilemparkan terhadap Dsai yang bermotifkan politik n wang moga Allah tunjukkan pada Saiful…
    duit bukan segalanya didunia ni wahai saiful…
    akhirat jua kekal abadi…
    korang fikir dari segi logik akal ler..
    saiful 23th n Dsai 60th…
    sapa lebih muda…
    sapa lebih bertenaga??
    Dsai sebelum ni pon ader rekd kesihatan yang tak berapa baik..
    so bolehkah manusia yang mempunyai rekod kesihatan yang tak berapa baik ni meliwat seorang pemuda yang mempunyai cukup sihat tubuh badan tanpa ada perasaan nak melawan..
    logik ka kengkawan???
    lu pikiaq la sendiri..
    Allah kurniakan kita akal untuk berfikir supaya kita boleh membezakan yang hak n yang bathil…

  17. sumpahsumpah says:

    bayangkan kalau episod sumpah ini berlaku…
    Anwar bersumpah.
    Saiful bersumpah.
    Petir tidak terus menyambar (salah seorang – pesalah) sebaik saja mereka melafazkan sumpah.
    Lalu, kita lagi jadi bingung! Bagaimana untuk memastikan sumpah yang betul dan bohong? Kata ustaz, Tuhan akan melaknat mereka di dunia dan akhirat. Tetapi, pada malam (sumpahan) itu, petir tidak menyambar terus…
    Lalu bagaimana..?

  18. Malaymind says:

    Dahlia,

    Berkenaan logik atau tak logik orang umur 60 tahun pun masih mampu meliwat, itu bukan tugas kita untuk memikirkannya.

    Hatta datuk umur 70 pun masih merogol cucu, walhal itu darah daging dan orang tua sebegitu, logiknya sudah tidak mampu.

    Kita sebagai rakyat, memang tak tengok dengan mata kepala sendiri tentang bukti – bukti pertuduhan. Kita assume ajelah kedua-dua betul – Si Saiful ada bukti Anwar meliwat dan si Anwar ada bukti kata si Saiful terlibat konspirasi.

    Jadi, disinilah kita sebagai orang Islam sudah tak boleh bergantung pada logik lagi dah. Kita serahkan saja mereka berdua ni kepada Yang Maha Tahu – Allah swt.

    Bagaimana caranya? Dengan bersumpah dengan nama-Nya.

    Apa yang berlaku setelah bersumpah itu, sudah tidak menjadi tanggungjawab kita. Kebenaran yang hak adalah dari Allah.

    Jadi, kenapa takut?

    Saiful yang kononnya menuduh palsu pun sudah bersedia.

  19. SkyAngel says:

    knp anwar takut sgt nk sumpah? g je la sumpah.. saiful dh buat dh.. nk tgk gk anwar buat gk.. kalu idak, org semua susah nk pcaya.. ms ni br bley tgk.. sapa berani, sapa x sbnrnya..

  20. BuRaGaS says:

    jantan umur 23 tahun pn kena liwat secara paksa..
    konpius gak aku..
    rasa2 senang ka nak ‘hentam’ belakang mamat tu…
    klu dia yg tadah mmg ada logiknya gak..
    ntah la…pakat2 pikiaq

  21. Jangan percaya

    banyak pihak nak merosakan ceerier dsa, kerana mereka takut.
    kalau ada banyak anwar lagi, jadi macam nak gila puak puak politik rasuah ni.
    peluang nak tibai harta rakyat tak kesampaian. mereka dah kaya semua dah. tengoklah jkkk, kalau dahulu naik basikal buruk, duduk dalam politik rasuah dah boleh pakai bmw. rumah macam istana di kampong, berbanding dulu rumahnya beratapkan lagit aje.

Powered by the people for the people