… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Ameno gelabah di petak penalti

Semalam dok minum teh tarik dekat rumah, kawan ada tanya “apa hal ameno sekarang dok sibuk nak bekawan balik dgn PAS?”

Aku jawab ringkas, “bertahan”.

Bertahan?

Yup. Sekarang ameno dalam posisi bertahan. Dalam posisi semua balik kubu untuk bertahan. Kalau dalam bola, semua dok ghumun dalam petak penalti. Bertahan.

Dalam apa jua keadaan pun, bertahan bukanlah satu situasi yang best. Dan dalam politik, jika kita berada dalam situasi bertahan, menandakan lawan kita tengah kuat mengasak dan kita bakal hilang fokus. Masa sekarang, ameno tengah sibuk bertahan sebab diasak teruk oleh pakatan rakyat.

Ameno, secara umumnya semua dah tau mereka dah lemah dan menjadi sangat lemah pada pru12 tuhari selepas kalah teruk. Menjadikannya lebih menarik ialah apabila pemimpin “agung” mereka, mahadet, telah pun angkat kaki keluaq dari ameno tempohari. Dan kemasukan ezam dalam ameno memecahkan lagi ameno itu sendiri dengan rasa prejudis yang sangat menebal pada ezam. Ditambah dengan kenaikan petrol dan inflasi, rudumnya fdi, dan jenayah yang semakin meningkat, ameno sekarang terpenjuru dengan masalah2 negara.

Kemudian datang pulak sahibul samahah al-uztadz saiful yang “menentang orang munafik” melontar tuduhan yang sekali lagi memalukan tanah melayu selepas sepulo tahun kurapnya dirawat. Al-ustadz saiful yang dilaporkan pernah mengetuai persatuan Islam di zaman pengajiannya menggelikan hati rakan2 bilamana bersungguh untuk bersumpah dengan nama Tuhan sedangkan dia sendiri sebut nama Tuhan pun tak betul (akan diceritakan nanti.. Tunggu….). Dan tekanan sekali lagi dari seluruh dunia samada melalui saluran politik atau agama, menekan ameno untuk bertindak bijak.

Dalam keadaan ameno berhempas pulas bertahan dan membuat serangan yang seingkali terkandas, mereka cuba pula berlakon di pentas “kebebasan bersuara” dengan mendramakan “debat” minyak. Terkandas juga dengan sepakan gol ke gawang sendiri bila rata2 rakyat menunggu pengumuman perletakan jawatan shabree, mereka mula mengalih serangan dengan menuduh Anwar cuba mungkir janji untuk tidak ke balai dengan membuat tangkapan. Ternyata sepakan dari bawah tidak pernah sampai ketengah padang dan bola sekali lagi ditanduk masuk ke gol sendiri bilamana umum mengetahui jerat ameno untuk menangkap Anwar pada hari Isnin dengan mengenakan perintah “tahanan di rumah”.

Permainan kelihatan terus berada di kotak penalti ameno sekarang ini. Mereka cuba merembat bola keluar dengan menggunakan isu dna yang enggan diserahkan Anwar, tetapi sayang, kali ini ketua pasukan mereka sendiri tersandung dan memberi peluang untuk pihak lawan menyekor sebijik lagi.

Tidak patah semangat, walaupun bermain dalam masa kecederaan, ameno terus menggunakan peluang untuk menghantar bola ke seberang dengan memalukan Anwar mengatakan beliau tidak dibogelkan. Nyata sekali bola yang dirembat kuat telah terkena pada kepala menteri kesihatan yang meminta ianya tidak dipolitkkan dan “ianya merupakan prosedur biasa untuk membuka pakaian”. Sekali lagi bola masuk gol sendiri.

Di luar padang, pengurus pasukan ameno masih sibuk membuat ulasan dan pengumuman bahawa permainan akan tamat dengan keputusan memihak kepada ameno apabila sebahagian daripada pasukan PR akan join pasukan mereka sedikit masa lagi. Mendengar kepada pengumuman tersebut, seluruh stadium di”boo” oleh penyokong2. Ini termasuk orang2 kuat dalam PR yang juga melihat pengumuman itu sebagai perkara yang amat dan sangat pelik kerana mereka sekarang berada di pihak yang selesa dengan kemenangan. Apa perlu bertukar pasukan?

Itulah yang aku maksudkan dengan “bertahan”. Nyata sekali ameno sudah penat dan letih dengan pemain2 yang sama bermain lebih berpuluh tahun menggunakan trik dan rentak yang sama.

Yang menariknya, walaupun banyak cubaan yang dilakukan di pihak PR untuk menyumbat gol, kebanyakannya telah dinafikan oleh pengadil. Dan yang dikira sebagai mata sekarang ini adalah dari gol2 yang disumbat ke gawang sendiri oleh pasukan ameno.

Dan dalam perlawanan, siapa yang sepak masuk gol agak kurang penting kecuali untuk para bookie yang berjudi nasib. Bagi rakyat biasa, keputusan akhir adalah lebih mustahak. Kerana kita bukan nak riuh untuk bergembira meraikan hero yang menyepak, tapi kita tak sabar nak tengok pasukan lawan yang kalah untuk digelak dan disorak!

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

6 Responses to “Ameno gelabah di petak penalti”

  1. minah says:

    wow betul tu,tak sabar nak tengok perasuah2 di heret ke mahkamah!,tak kan pas nak bekerjasama dgn perasuah,dengar2 macamada pembunuh pun.

  2. ieJam says:

    hehehehe…AMENO yg sedang bertahan…tahan ker AMENO nih oi ???

  3. Queen Maria says:

    Mampu kah ameno bertahan dengan gawang yang semakin lemah? Mampukah ameno menangkis setiap serangan yang dicipta mereka sendiri. Pergolakan kian kuat dlm ameno tp dok sibuk hal org pulak ibarat dok sibuk jaga tepi kain orang kain sendiri yang rabak. Ameno heboh kata org dari PR keluar pati tapi opg dia keluar apasai tak hebah2kan.

  4. Ampang says:

    Pendedahan Raja Petra mengenai perbualan antara Najib Tun Razak dan Saiful di :

    http://www.p99ampang.com

  5. ladymariah says:

    pengadil berat sebelah. mcmana? nak ke kalau penyokong gasak pengadil? aku nak join gak. hahahhaa.

  6. nightcrawleric says:

    lmbt tul pasukan kita nk score ni.. bila dh score refree batalkan plak, maklum la refree byr… lps ni xde ofsaid dh, rembat trus ggooooooll..

Powered by the people for the people