… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Saiful sebut nama Tuhan pun tak reti!

rakan2 dok sibuk tanya komen aku tentang sumpah saiful. dengaq dari cara tanya, aku tau ramai yang serabut perut dengan budak sekoq ni. masa balik kenduri kat kampung ujung minggu baru ni pun ramai pak2 menakan sepupu sepapat mai dok besila keliling tanya apa dah jadi? masing2 keluaq pendapat masing2. yang paling bestnya tok tam kob aku yang buta hurup dok menyindir sambil besandaq kat tepi tangga. dia kata, dan aku quote “susah apa, dapat lima juta, pi mekah tawaf ka’bah sampai penin. teghiyak tobat sampai buta. balik bagi makan orang miskin. bayaq kifarah. habih”.

orang kampung ni, walaupun mengaji tak tinggi, tapi analitiknya sangat tajam. bab tu yang aku suka besembang dengan depa.

OKlah. aku mulakan blog kali ni dengan menempekkan satu email khas daripada sahibul fadhilah al-ustadz saiful al ghuyub yang dihantar pada keesokan tengah paginya selepas dia membuat laporan polis. aku tak tau kenapa dia tiba2 hantaq email ni, tapi kebangangannya nyata teserlah sekali.

from    sai7ul@gmail.com
to    xxxxxx
date    Sun, Jun 29, 2008 at 1:52 AM

Salam,

Atas nama Allah s.a.w saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh DS Anwar Ibrahim. Allah s.a.w telah memberi saya kekuatan untuk bangkit dari ketakutan bagi menentang orang Munafik ini.

Saya sanggup korbankan seluruh masa depan saya Demi Allah, Agama, Negara dan Bangsaku.

Sent via BlackBerry from Maxis

Ya sheikh. Sebab tu setiap kali hang becakap pasai Tuhan, pasai Munafik, pasai Agama, pasai Perjuangan, aku terpaksa menggaruk dahi bertenang supaya aku tak terasa sangat ralat penah bekawan dengan manusia macam hang ni. Sebut nama Tuhan sendiri pun tak betoi! Inilah Saiful, manusia yang pernah dilaporkan oleh media massa sebagai “seorang bekas pempimpin persatuan Islam semasa di Universiti“nya dulu.

Nah, sekarang anta telah bersumpah. Masya’Allah! Anta sangat hebatlah! Ana tamau nak pertikaikan bab anta pegang Quran tangan kiri dan baca teks tangan kanan. Ana jugak malas nak ingat2 balik betapa anta berusaha sedaya upaya “meng’arabkan” bacaan Fatihah semasa opening nak bersumpah. Yang ana nak bisik kat anta kali ini ialah : lengkali jangan belakon hero teruk sangat. kantoi nanti senak perut! hantaq email dah kantoi sekali. angkat sumpah pun kantoi lagi!

Ya syeikh. masa ana dok tengok anta tergugup2 baca kertas putih untuk upacara angkat sumpah tu, ana dah rasa mesti anta akan kantoi sikit sebanyak. Rupanya betoi ya syeikh, “watallahi” pun anta dah salah! MasyaAllah syeikh… itu basic sumpah tu. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Kalau anta dok sibuk pasai usul sumpah, dan terkinja2 sangat nak bersumpah, mesti anta tau camana nak sebut lafaz sumpah, kan? Aiii… takkan orang macam anta tak tau lafaz sumpah kot? Kalau tak tau, yang anta dok terkinja2 selama hari ni besungguh suruh orang bersumpah sebab apa? Sebab anta memang terer bersumpah ka? Atau sebab orang lain dok suruh anta suruh orang lain bersumpah?

Ana tak tau la samada anta ada jumpak ezam untuk belajaq sebut sumpah yang betoi sebelum ni. Walaupun ana ada sikit2 dengaq tentang anta dan ezam, tapi ana tamau libatkan ezam yang sedang sibuk dok larikan diri daripada isu kotak dokumen rahsia tu menjawab pulak isu anta. Ana rasa ezam dah cukup kenyang makan sumpah. Biaqla dia makan kotak pulak lepas ni. Tapi bab anta melafaz basic sumpah yang secara nyata terpaksa membaca dari kertas, dan SALAH pulak tu, betoi2 membuatkan ana beristighfar panjang sambil geleng2 kepala. Bagi ana, Allah dah balas cash kat anta depan seluruh dunia. Tergagap bersumpah dengan tangan kiri memegang Quran. Bab tangan kiri pegang Quran ni pun satu hal lagi. Tapi ana tamau nak ulas bab tu sebab ana takut Ustadz Mujahid Astora Jabat akan keluaqkan bejuta nas tentang perkara ni yang dipetik daripada perawi2 yang kebanyakannya orang arab sendiri pun tak penah dengaq. Tapi ana suka bila tengok balik rakaman kat TV3 bab anta sebut lafaz sumpah nama Allah yang ketiga tu tak betoi.Terpaksa ditegur. Itu basic sebutan sumpah. Nak sumpah, WAJIB sebut tiga tu. Budak taski abim taman malik pun tau!

Ana pernah bergurau ngan anta supaya tapayah dok sibuk besumpah dengan nama Allah, cukup sekadar bacakan dulu doa qunut depan ana. Tapi anta tak layan. Anta sebok nak bersumpah. Nak bersumpah dengan “cara sebenar2 Islam”, “dinasihati oleh Ulama'”, “dalam mesjid”, dan macam2 lagi nak tunjuk anta ni pejuang agama. Pejuang agama kepala hotak anta! Sebut nama Tuhan anta pun tak betoi! Bukan sekali diulang sebut, dua kali! Tu pun salah lagi! Nak becakap dan besumpah dengan nama Tuhan?

Ana nak tanya betoi2 kat anta. Anta kenai ka sapa Tuhan anta? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah taip benda yang paling basic? Kalau kenai, lagumana bulih dok pi salah lafaz nama yang paling Agung? Nyata sekali anta adalah munafik besar dalam abad ini! Penipu dan penjual agama yang paling jelek yang pernah ana kenai! Saiful – kamu mempermainkan agama Islam aku, dan tanpa segan silu MEMPERLEKEHKAN NAMA TUHAN AKU!

Celakalah kamu yang mempermainkan nama Allah, agama Allah, dan semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia – menipu dan berpura-pura atas nama agama demi untuk agenda peribadi kamu sendiri! Kamu boleh berdalih tentang “tersasul” dan “tersalah”. Tetapi hanya yang JAHIL MURAQAB sahaja yang tidak boleh menyebut nama Tuhannya dengan lancar dan sempurna! Dan kamu menyerlahkan kejahilan kamu ke seluruh pelusuk alam dengan bersumpah dengan mempermainkan nama Tuhan dalam kegagapan dan ketersasulan!

Dan hanya yang jahil muraqab jugalah yang boleh percaya dengan lakonan sumpah hang ni. Sebab berbeza dengan orang yang berpelajaran dan ada roh agama dalam hati, hanya orang2 ameno yang bejumpak bomoh dan pawang untuk jadi calon saja yang percaya sumpah2 dari orang yang sebegini.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

18 Responses to “Saiful sebut nama Tuhan pun tak reti!”

  1. Iyan says:

    Kalau nak angkat sumpah, bukan ke Quran simpan kat atas kepala…

  2. Inilah kira tahap kena pi ngaji IQRA 1 nie dengan budak2 tadika, geli hatiku seorang insan yang buat muka kesian tak tau bezakan antara Nabi S.A.W dengan Allah S.W.T.

    Iyan,
    Bersumpah tanpa Al-Quran pun boleh, bersumpah junjung Al-Quran bukan dari ajaran kita ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. angahsp says:

    aduh hai..terkantoi…aper ke banggang si saiful nie..taip pun terkantoi..nampak sanggat tak pernah taip ALLAH SWT.. aduh hai..dah jahil nak berbicara tentang ISLAM..agama ku…kalau aku jumpa aku lempang jer sekali..bukan kerana tuduhan terhadap DSAI..tetapi tak pandai taip ALLAH SWT…

    salam perjuangan..
    angahsp

  4. ladymariah says:

    saiful = shitfool

  5. […] Oleh kerana terbukti Saiful langsung tidak dapat bezakan nama Tuhan dan Nabi, maka aku merasakan Saiful sangat TIDAK LAYAK untuk dipercayai sumpahnya. Sila rujuk blog member aku yang memang kenal dgn Saiful ni. Klik di sini. […]

  6. zahar says:

    Kan dah kantoi budak ni? haha bodohnya kan…

    Tapi sebenarnya, salah cakap ke, salah taip ke, ini urusan dia dengan Tuhan, tetapi urusan yang juga melibatkan seorang insan lain. Insan itu banyak kali berceramah dengan berkata sumpah sampai 50 kali pun dia tak heran. Bagus lah sikap gitu, kan? Kalau setakat sumpah2 lawan dengan Saiful sebagai manusia biasa aje, fuh semangat gitu kira okey lah. Tapi jangan lupa. Saiful ada bawak sikit komplikasi. Komplikasi apa? Dia ada ajak Tuhan kedalam sumpah dia, dan salah sebut tak salah sebut, yang kena cabar tu pun terpaksa lah juga bagi “face” sikit pada Tuhan, beb.

  7. adihamka says:

    sheikh,

    bagi aku jumpa tok tam kob hang.
    buleh ka? 😛

  8. fik017 says:

    salam..
    klau aku jumpa si shitfool ni…. bkan kata lempang…. lebih pd tu aku bagi….. biaq dia ingat smpai mati… len kali jgn dok men api… len kali jgn dok try nk jdi sesumpah… bersumpah pun gelong gila.. mai mana budak bodo sekoQ ni ??!! kesian mak pak dia… tu pun pak dia tayang muka x malu… msuk TV3 ari tu… klau aku, aku balut muka aku dgn klambu dah…nmpk bijik mata ja.. pastu baru doK tEpi si shitfool tu…. wakakaka.. Nak tnya mak pak dia. x malu kaaa ada anak bodow siot mcm ni…!?!?!

    to DSAI… TERUSKAN PERJUANGAN..

  9. zazz says:

    Berikut dilampirkan lafaz sumpah oleh Saiful Bukhari…

    “Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

    “A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

    “Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

    Mohd. Saiful yang memilih hari Jumaat untuk melakukan upacara bersumpah tersebut sebelum itu mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali, diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

  10. zazz says:

    mana satu petikan yg betul..
    sape yg telah edit petikan teks si saiful ni..?
    lui pikir la sendiri….

  11. sesumpah says:

    yang dipaste bukan petikan lafaz sumpah di mesjid, tetapi sumpah yang ditaip dan di email kepada rakan2 pada keesokan paginya selepas dia membuat laporan polis.

    sila baca bagi paham. :)

  12. amierwan says:

    setau aku yg patut bersumpah si tertuduh bukan yang menuduh.

  13. Aloha2 says:

    mmg sial la budak sekor nih…dia ingat Allah ta’ala dia buleh muhong..

  14. Samdol says:

    senang jer kita nak kenal orang penipu buat fitnah, tengok jer cara dia bercakap, masa dia bercakap dan kelakuan dia, ada yg tak kena.
    kalau dah jahat mcm mana buat pun tak gak betul…rakyat nampak
    ler Sipol !!….. bukan bongok mcm imam sumpah ko soh pegang
    Quran dgn tgn kiri…isshhh !! tu tangan cuci montot lah :))

  15. Sdr. Zazz,

    Sebetulnya, ini transkrip sebenar lafaz sumpah Saiful Bukhari:

    ______________________________________________________________

    “Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

    “A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Wata’allahi…Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 haribulan lapan (8)..eh tak…26 haribulan enam (6) 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

    “Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

    Mohd. Saiful yang memilih hari Jumaat untuk melakukan upacara bersumpah tersebut sebelum itu mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali, diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

  16. […] dedahkan emel yang Saiful pernah hantar kepada beberapa orang.Mungkin wajar kita cabar Saiful baca doa qunut […]

  17. DAH JADI TREND MASA KINI LAK SUMPAH² NI, TRINGAT SORANG USTAZ KULIAH KAT MASJID SUNGAI LAYAQ NI BAGI PRUMPAMAAN SUMPAH.. KALAU SUMA PAKAT² BLEH SUMPAH IKUT DAN, PASNI SUMA NEK MIMBAR MASJID PASTU SUMPAH TANAH SEKIAN² MILIK HAT DIA PUNYA.. SYOK GAK CARA NI, DAH LAMA DAH DOK PRATI FERRARI MERAH KAT SP NI.. NAMPAK JA LALU DEPAN MATA SUMPAH KETA TU ANA PUNYA :)

Powered by the people for the people