… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Selamat menyambut Aidilfitri. Dari empat pemimpin dan seorang bini.

Spoil hari raya aku. Spoil! Tengah relax atas kusyen sambil tengok tv tadi. Tivi RTM. Kampung aku itu saja yang dapat. Anyway, tengah2 melenggak tengok tv, tiba2 di announce tentang “ucapan raya pembesar negara”.

Mula2 keluaq paklah yang cakap tak berapa nak dengaq. Aku rasa sound engineer kat sana kena pekop headphone nak dengaq apa dia cakap. Jean, bini paklah, dok sebelah. Bila becakap tentang jean ni, teringin jugak nak sentuh cara bertudung makcik ni sorang. Ada satu2 masa tu betudung tutup elok. Comel macam Wardina. Tapi pada kebanyakan masa yang lain, dah rupa macam makcik kiah sidai tuala atas kepala nak turun pi amik surat posmen depan pagaq rumah. Anyway, masa pak lah berucap, dia cuma dok senyap, tersenyum blur macam biasa. Dan cuma bebunyi masa paklah ajak dia ucap selamat hari raya sama2.

Kemudian diikuti oleh Sultan Brunei. Dengan penuh steady mengucapkan selamat pada rakyat2 dia yang beraya kat Malaysia. Dia ucap selamat sorang2. Bini dia tadak kat sebelah. Mungkin dok prepare serunding dengan mak inang kot.

Lepaih tu PM Singapore pulak berucap. Negara yang sangat dibenci oleh ameno. Hanya sekadar ucapan melalui tulisan ringkas. Dia pun mengharapkan Raya kali ni lebih bermakna. Atau something like that la. Dia tulis mat saleh. Aku pulak dah masuk mode lemang. Tak sempat nak paham tulisan penjajah.

Nah, tiga pembesar negara dah becakap. Bukan calang2. Dua PM dan sorang Sultan. Ingatkan dah habih. Tiba2 tanpa sebarang iklan, keluaq Najib lepas tu. Dengan senyum kontrol kembang hidung ala2 dok tahan syok nak jadi pm, dia pun membacakan teks dari depan kamera. Ataupun manila kad yang dipegang saiful. Yang ni aku tak sure sangat. Tapi yang aku sangat sure, dia berucap sensorang. Dan terdetik di kepala hotak aku mengenai persoalan paling kritis : Kak ros mana?

Jeng jeng jeng!

Sejurus selepas habis Najib bagi ucapan, tiba2 skrin tivi aku diganggu oleh lembaga yang berada dalam keadaan control-alt-ayu. Itu diaa! Kak ros dah keluaq! kak ros berucap di hadapan seluruh rakyat tanah melayu secara solo! Manusia yang pernah becakap dalam paper tamau terlibat dengan politik, dalam masa yang sama nak tumpukan kepada masalah rakyat, sekarang berucap sebaris dengan pemimpin utama politik! Aku tiba2 teringat adakah ini balasan Tuhan ke atas puasa2 aku yang mungkin tak berapa sempurna?

Masa tu aku rasa macam nak jeluak habih agaq2 sirap yang aku makan masa bukak posa tadi. Betoi2 punya spoil dok ada. Dulu dah nak jeluak sekali dah masa dia pi belaga botoi rasmi kapal. Adoilaaa kak ros. Kalaupun dah tak sabaq2 sangat nak jadi first lady pun, kurang2 jangan la nampak sampai obvious sangat. Bini PM pun ucap selamat sikit ja, tu pun sekali ngan laki dia. Sultan Brunei pun bagi ucapan sorang2 saja. Nih hang? Adusss….

Tiba2 pandangan aku gelap sat. Aku nampak bayang2 imelda marcos. Aku dok nampak rakyat makin melarat, laki makin keparat tak kala bini semakin sarat menogok khazanah rakyat. Aku nampak masa depan tanah melayu yang semakin muram, masam dan kusam. Aku nampak monggolia dilupuskan dari jograpi sekolah. Aku nampak masa depan yang lebih parah!

Tak pernah seorang bini timbalan diberi pengkhususan sebegitu rupa. Lulusan apakah kak ros yang sampai boley letak diri dia setanding dengan pemimpin negara? Adakah dia pun grad sekelas dengan ariff shah masa ambik master kat unibesti dulu? Atau lakinya dah tak boleh nak nasihatkan dia untuk dok di rumah gantung tirai dan siapkan kuih raya?

Mungkinkah selepas ini setiap perutusan pm akan disusuli dengan perutusan berasingan bininya? Sepemerhatian aku, bini George Bush pun tak sampai tahap macam ni! Sejahat2 Ehud Olmert pun, bini dia hanya sekadar jadi penyeri tivi dok kat sebelah saja. Kak ros?

Fuhhh. Memang spoil habis raya aku kali ni. Serabut perut tengok kelaku dua laki bini ni sekarang.

Satu soalan cepu emas kepada semua pembaca sempena Aidilfitri : Kalau Anwar digagalkan untuk menjadi perdana menteri, adakah kita dah bersedia diperintah oleh pm yang takut bini?

Matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

5 Responses to “Selamat menyambut Aidilfitri. Dari empat pemimpin dan seorang bini.”

  1. perantauan says:

    aduh kak ros ni ke yg nak jadi first lady? dulu time dia pi ke tempat saya di US, dah la sombong semacam, pastu dia shopping mcm segala wang di dunia ni dia yg punya.. Tp org kelab ameno syok lah teman dia shopping, boleh dpt komisen dan network, kalau bernasib baik masa depan nanti boleh jd org besar ameno & boleh buat mcm tu gak

  2. alo saudara……kau sibuk kutuk2 orang…kutuk bangsa sendiri….tapi kau sendiri mengeja UMNO pun salah! ada ke patut eja ameno? kau ni masa sekolah dulu gagal subjek BM ke? atau mak bapak kau tak reti nak mengajar kau?….

    tak sedar diuntung betul…..kalau nak kutuk bangsa sendiri, kau duduklah negara lain….

    ni lah sikap bangsa MELAYU….DARI DULU SAMPAI SEKARANG TAK PERNAH KIKIS SIKAP SUKA KUTUK2 / HINA / KONDEM BANGSA SENDIRI!

    kau dah hebat sangat ke? dah cukup sempurna ke sampai nak kutuk-kutuk ni?

    kau cermin dulu diri sendiri tu sebelum kutuk-kutuk…..dan aku rasa kau takkan memahami apa yang aku taip sebab blog kau kan nama jahil……..jadi kau pun tergolong dalam orang-orang yang jahil……

  3. hamdan says:

    eh saudara jahilbodohbangantolol ni, bunyinya mcm dia di org UMNO konservatif yg berpendidikan rendah.

    org eja ameno tu bukanlah kerana dia bodoh, it’s just a slang term and you’re the stupid one for not knowing that and for thinking he really doesn’t know how to spell UMNO

    dalam leterannya punya dikutuk penulis blog ni..bodohlah, banganglah, tolollah lepas tu dia sendiri mengajar orang supaya jangan menugutuk bangsa sendiri.. dia seolah-olah orang yg berkata “kamu ni janganlah asyik nak mencarut je, babi betullah kamu ni”.

    orang mengutuk pemimpin melayu kerana mereka rasa pemimpin melayu tu buat salah jadi mcm dia di juga la, bila dia rasa pemulis blog ni buat salah, dia pun mulalah mengutuk.

    tapi apa yg saya lihat, katakanlah ada penyokong UMNO dengar pemimpinnya dikutuk, dia pun mulalah kata tak baik menghina bangsa sendiri, tapi bila dengar pemimpin PAS/DAP,PKR dikutuk, dia pun join sekaki

  4. cayo lah….teman bangge sebab mike se”kem” dengan teman….memang patut pun dema kena kutuk ngan kite.bukannye ape…itu kira ok la tu yeop oi….orang cam ni memang patut pun dilaknat….hehheheh!!!ape ape he pun….moh le kite pi open house “pakatan rakyat”kat kelab orang melayu kite kat kampung baru ahad ni…..selamat beraye dari teman….maaf zahir je….batin ye tak de!

  5. -aL Azadi- says:

    caya laa bro..leteran yang bernas lagi kelakar..nak pecah perut aku dgr JaQ baca kat aku tulisan ko nih dlm loghat utara..hahahha..kiter tak sempat beraya laghi ekk..selamat ari raya..maaf mintak halal mkn minum..kiter jumpe kat Open Haus AIC nanti ekk..salam -aL-

Powered by the people for the people