… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Banyak isu tapi lesu

Kepada semua pengunjung tetap jahil, mintak mahap banyak2 sebab dalam 2 bulan ni aku tak banyak menulis. Bulan puasa tak menulis sebab banyak lena letih beribadat. Bulan Raya pula sebab sibuk memenuhi jemputan open house setiap hujung minggu. Dan ditambah lagi dengan kurangnya idea2 menulis dek kerana bloated dengan lemang dan ketupat rendang kurangnya kepekaan kita terhadap isu sekarang ini.

(Aku turun 6 kilo, naik 8 kilo.)

Anyway, tak banyak sangat nak diperkatakan selepas Permatang Pauh dan 16 September. Lagi tak banyak benda nak tulis selepas KuLi yang dihebahkan oleh Suara Keadilan bakal join Pakatan Rakyat hanya dapat satu pencalonan sahaja, itu pun dari dalam gua. Yang kat luaq ni semua buat tak paham.

Ekonomi pun makin bertambah tenat. Aku tengok muka Obama, bakal presiden Amerika pun dah macam muka laki kantoi dengan bini. Tekejut dan menyesal sebab lepas ni satu dunia punya beban hutang dia nak kena pikiaq.

Dalam Malaysia pulak cerita subsidi minyak dah tadak sapa ambik peduli. Kalau dulu gomen hingaq bagi tiga kupang kat rakyat, la ni sengap sepi bila rakyat pulak dok tolong bayaq gaji menteri. Minyak dunia turun begantang2, harga kita turun setahil dua. Sapa2 tolong pi tanya sat kat Shahrir berapa duit kerajaan bagi subsidi kat kita sekarang ni?

Itu cerita ekonomi, masuk cerita teknologi pun sama. Tadak apa nak dihebohkan pasai MSC. Yang ada cuma MNP – mobile network portability. Tukaq kampei henpon tapayah tukaq nombo. Ada sapa2 peduli sapa yang dapat duit daripada “yuran perpindahan” yang dengaq kata duaplo hengget lebih? Sapa pun tak peduli sekarang.

Sama la jugak dengan sapa2 yang nak bukak kampeni baru sekarang ni. Sapa perasan yang kat KL dan Selangor sekarang ni kena bayaq lebih lagi untuk semak company directory? Dulu kita bayaq, kaunter yang tolong semak, la ni kena bayaq lagi tinggi, kena pi semak sendiri! Duit lebih caj tu sapa dapat? BPR pun tak peduli, buat apa aku nak susah hati?

So, aku rasa bersesuaianlah dengan kejarangan aku menulis sebab walaupun banyak isu, semua orang macam buat tak paham. Daripada gomen sampailah tukang pomen (joe the plumber? Heh), masing2 wat hal sendiri.

Sementara tunggu semua orang nak sedaq habaq dan kembali peka kepada isu2 yang melanda tanah melayu ni, aku akan teruskan usaha untuk menurunkan kembali berat badan. Itupun selepas aku berjaya setelkan baki lemang dua batang lagi ni.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Banyak isu tapi lesu”

  1. chekamala says:

    best web ko…..aku dah tag dlm web aku…

    chekamala.blogspot.com

Powered by the people for the people