… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Bajet 2007 : Mesra Koperat.

Bajet 2007 baru saja lepaih. Hari pembentangan tu aku ada kat PD, menghabiskan bajet bulan September dengan isteri tercomel. Hotel punya tv pulak bermasalah, jadi taboleh la aku nak dengar Pak Lah terdehem2 meneguk air sambil membacakan bajet di Parlimen. Orang macam aku ni kalau dapat sewa hotel yang ada tv kira dah besaq kepala dah la.

Esoknya pagi2 nak pi nyorok, aku capai paper tegantung kat pintu hotel. Cari petak kesimpulan bajet semalam. Malas nak baca banyak2, selalunya paper mesti ada petak khusus untuk kesimpulan bajet.

Aku tesengih. Sengih besaq jugak bila baca salah satunya berbunyi “Semua yuran peperiksaan untuk UPSR, PMR, SPM dan STPM dimansuhkan”. Terus teringat tentang tulisan aku dalam blog yang lepaih, “Kerajaan Malaysia Sdn. Bhd“. Lega. Aku tataula samada tulisan tu SB print ambik letak ataih meja Pak Lah ka hapa, tapi hapa2 pun rasa puas hati tu timbul.

Tengok lagi apa yang kena potong. Tadak dah. Tu saja.

Aku ni kerja ngan swasta. Ceupacs tak tulong. Jadi kalau ada berita pasai naik gaji ka, bonus ka, cola ka, pepsi ka hapa ka yang berkaitan dengan penjawat awam memang aku tak ambik port sangat pun. Kakitangan awam memang dok tunggu bajet sebab nak tengok pendapatan depa betambah ka tidak. Aku pulak tunggu bajet sebab nak tengok apa lagi yang kerajaan nak potong untuk meringankan beban orang macam aku.

Frust. Yang ada cuma komputa yang dinaikkan dari RM500 kepada RM3000 dan bulih tuntut setiap tiga tahun, berbeza dengan lima tahun sebelum ni.

Aku tatau nak sengih macam mana.

Tu kalau orang yang gaji beribu2 terasa la incometax dia. Gaji dua tiga kupang macam aku ni potong RM500 pun dah tak tinggai belen. Buku pulak naik dari RM500 kepada RM1000.00.

Aku bukan nak bantah bab ni, tapi kalau gaji takat2 cukup untuk dikenakan incometax, agak2 kenaikan tu membantu ka? Buku mahai nak mampoih! Kalau pun aku tak beli buku, jumlah belen yang aku kena bayaq untuk incometax lepaih tolak PCB tak sampai pun seratus! Paedah hapa buku sampai RM1000.00 untuk orang macam aku?

Ni nampak macam orang kaya akan jadi lebih pandai dan bijak, orang semekut macam aku ni akan jadi lebih bangang dan bingai.

Kemudian teselit pulak faedah cukai pada sektor koperat. Potongan untuk pemberian saguhati kepada pekerja tak lebih daripada RM1000.00. Ni apa ni? Aku nak melompat seronok ngan melompat marah sama naik. RM1000.00 saja? Koperat dapat juta2, hang bagi depa RM1000.00 saja? Dajei betoi Mat Yakop sekoq ni!

Minyak dengan Tol memang dijamin kerat jari sambung balik kerat balik lagi skali akan naik lagi tahun depan. Kami rakyat ni nak besedia lagu mana? Minyak naik dah tentu harga barang keperluan naik lagi. Harga barang naik, dah tentu  yang lain2 pun tumpang betenggek naik. Kalau dah semua naik, hangin aku dah tentu naik lagi! Sana naik, sini naik. Itu naik, ini naik. Yang hang bagi kat kami komputa ngan buku saja!!!???

HANG NAK SUGHUH AKU MAKAN WAYA KOMPUTA NGAN KULIT BUKU KA TAUN DEPAN WOIII PAK LAH!!!

Hang ingat aku mampu dok peghabih duit beli buku RM1000.00 setaun? Hang ingat aku bulih dok gheja tukaq komputa RM3000.00 tetiap tiga taun? Aku nak beli mesin basuh pun kena pekin dua taun baghu bulih simpan down payment!

Aduhh… sesak napas aku. Nasib baik aku tak hisap rokok. Tapi bajet kalini membuatkan aku terasa betul2 macam nak hisap rokok. Kalau murah dan tidak membebankan, aku prefer heroin. Atau paling tidak pun tiba2 datang Taliban culik aku suruh beperang dengan Amerika kat Afghanistan nuh. Kurang2nya mati untung2 bulih jugak Syahid. Daripada mati ditimpa beban hidup kat Malaysia nih.

Tengok bajet semua potongan cukai koperat. Macam2 koperat dapat. Macam2 kakitangan awam dapat. Sektor perbankan pun macam2 habuan bulih. Rakyat bengong hina dina macam aku ni dok tang mana? Yang kaya boleh jadi lagi pandai dengan dok beli buku lagi banyak, beli komputer lagi kerap. Orang macam aku ni dok bodo macam ni la sampai ke sudah. Harga buku ngan komputa bukan murah! Pikiaq lagi taun depan punya minyak dengan tol, dengan semua benda yang akan melambung naik, tengok balik poket aku yang samaaaa saja sepanjang masa ni. Iskk.. kejam betoi hang Pak Lah.

Pak Lah. Bini hang meninggai sebab breast cancer. Hang rasa insaf dengan keadaan dia. Hang bagi rebet lagi pada semua orang yang nak buat pemeriksaan breast cancer. Hang tau perit dan mehai nak buat rawatan tu. Sebab dah kena kat batang hidung hang. Adakah hang nak tunggu Allah Ta’ala boh semua ataih batang hidung hang baru hang nak rasa insaf atas semua perkara? Adakah hang nak tunggu Kamaluddin kena tangkap I.S.A baru hang nak mansuhkan akta tu? Adakah hang nak tunggu Nori kena tetak dengan Indon atau Bangla baru hang nak pikiaq masalah jenayah sekarang ni? Adakah hang nak tunggu cucu hang korek tanah makan siput babi baru hang nak tengok rakyat bawahan macam aku ni?

Adakah hang nak tunggu Allah Ta’ala tarik balik segala kedudukan dan pangkat yang hang ada baru hang nak meratap insap meraung2 tak tentu hala macam Mahadet dok buat sekarang ni?

Dengan terbentangnya bajet 2007 yang mesra koperat tu, aku harap ianya akan dapat menceriakan mereka2 yang berada di atas tu untuk menjadi lebih gah dengan apa yang depa ada dan akan ada pada tahun depan. Untuk aku yang di bawah ni, cukuplah kalau kalian ciptakan satu resepi yang paling sedap sekali buat santapan aku pada tahun depan.

Aku nak guna untuk masak waya komputa dan kulit buku.

matkeri
http://www.jahilgoblog.net/

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people