… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Obama dan persoalan yang perlu dijawab

Ada beberapa persoalan yang sedikit mengganggu kepala hotak aku selepas melihat, mendengar dan membaca ulasan dan laporan media berkaitan kemenangan Obama pada pilihanraya US.

(Aku malas susun ayat, pinjam stail mahadet guna point)

1. Kemenangan Obama disambut oleh banyak negara dengan begitu meriah sekali. Adakah mereka berbuat demikian bagi memastikan Obama, dalam membawa mesej keamanan dan demokrasi ke seluruh dunia, tidak menyerang negara mereka nanti? Atau mereka mencari alasan untuk tak bekerja pada hari Selasa?

2. Adakah Joe the Plumber kecewa setelah mendapat tahu bahawa Obama, calon yang difahaminya begitu lantang untuk mengenakan cukai kepada peniaga kecil, telah menang dan sekaligus menghancurkan harapannya untuk membesarkan perniagaan hasil daripada pemberian kontrak membaiki jamban di White House?

3. Perlukah negara Malaysia menggalakkan pasangan di sini untuk mendapatkan PR di Amerika dengan harapan anak mereka bakal berpeluang menjadi Presiden Amerika dan memberi ruang kepada Malaysia untuk berhenti memberi title Dato’ kepada bintang filem hindustan dalam rangka mempromosi negara ke seluruh dunia?

4. Adakah kemenangan warga kulit hitam Amerika ini akan menjadi peransang dan contoh terbaik oleh Sammy Vellu untuk kekal berkuasa? Adakah Sammy Vellu pakai rambut palsu? (Soalan tambahan).

5. Kenapakah kenaikan saham di seluruh dunia harini dikaitkan dengan keyakinan pelabur terhadap kesungguhan obama memulihkan ekonomi, tetapi di TV3 mereka melaporkan kenaikan pada harini adalah disebabkan oleh pakej stimulasi kerajaan yang diumumkan oleh laki si Rosmah? Kenapa saham seluruh dunia merudum, Amerika disalahkan, tetapi bila saham dunia naik, ianya disebabkan oleh bijaknya menteri kewangan kita dalam membentang pakej bantuan?

6. Perkauman nyata sekali telah ditolah oleh pengundi muda. Ianya dibuktikan di Malaysia, dan sekali lagi di Amerika. Ameno lepas ni nak jual apa? Hak sama rata semua kaum yang diperjuangkan oleh parti yang hanya memperjuangkan bangsa mereka?

Cukuplah setakat ni. Harapannya korang yang singgah kat sini boleylah berkongsi2 jawapan di ruang komen di bawah. Aku nak gi mandi. Sarah Palin dok mengomel panjang dah kat sebelah.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Obama dan persoalan yang perlu dijawab”

  1. Hilmi says:

    Saya di US ni benar-benar terasa kegembiraan & kemeriahannya bila Obama diumumkan menang.

    Kenapa gembira sangat? Mana tidaknya, sudah 8 tahun Amerika dipimpin oleh pemimpin yg bodoh dan lembap. Bukan saja En Semak tu tak dihormati di Amerika, malah di seluruh dunia. Sudah berbuih-buih mulut majoriti rakyat Amerika menentang perang ke atas Iraq, tapi makin dibantah, makin menjadi-jadi.

    Pada 20 Januari tahun depan, Obama akan menggantikan Bush dengan rasmi. Beliau merupakan pemimpin yg cukup berkarisma, bijak, tidak hipokrit, humble, layak menjadi contoh kepada semua pemimpin lain, cukup profesional, kuat bekerja, petah berkata-kata dan cool (main basketball & bowling bersama rakyat). Sesiapa saja akan kagum bila mendengar Obama berucap dah berdebat. Lelaki berbadan besar dan sasa pun ramai yg menitiskan air mata kerana terharu dengan mesej ucapan Obama dan kesungguhan beliau utk menjadi presiden yg baik. Berbanding dengan calon presiden yg lain, Obama adalah pilihan terbaik bagi rakyat Amerika dan seluruh dunia (kecuali bagi mereka yg masih racist, tamak dan tidak bencikan pertumpahan darah)

    Apa yg penting bagi masyarakat antarabangsa ialah foreign policy Obama. Sebagai presiden sebuah negara besar yg bergelar United States of America, sudah pasti beliau tidak boleh dengan sesuka hati menghentikan 100% serangan ke atas negara lain, menghentikan 100% campur tangan dalam urusan negara dan mengundurkan semua tentera serta pengkalan tentera di negara lain. Itu adalah expectation yg tidak munasabah. Tapi yg pentingnya, Obama tidaklah sekejam Bush dan beliau lantang menentang serangan ke atas Iraq.

Powered by the people for the people