… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Jahil – Perjuangan hampir 10 tahun

Well, it’s up and running again! Kepada yang tertanya2 apa berlaku pada jahil sebulan lepas, jawapannya mudah : terlalu glamer sampai abis bandwidth :p

Dan kerana ekonomoney yang tak menentu, aku sengaja memalaskan diri untu bayar premium tambah bandwidth. Koleksi gambaq juga telah diturunkan – sampai bila2. Sapa yang teringin, boleh email kat aku.

Jahil dah masuk tahun ketiga, dan kalau ikut tarikh lahir, dah nak masuk sepuluh tahun (sedari ’99). Jahil ’99 dengan nama Suara Keadilan telah berjaya mencetuskan fenomena berani di alam cyber. Jahil 06 telah berjaya mencetuskan fenomena Ceramah Online. Alhamdulillah, bermula daripada koleksi vcd ceramah DSAI sehinggalah kepada beberapa siri ceramah bergeraknya, Jahil berjaya memberi inspirasi kepada rakan2 lain bahawa maklumat audio video boleh disebarkan dengan cepat, tepat dan FREE!

Sekarang dah ramai melihat bahawa banyaknya tools2 percuma di internet yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat. Daripada Google Video kepada Youtube, sehinggalah siaran langsung melalui Mogulus dan Justin – membuatkan RTM yang dibangga2kan oleh gomen telah tidak relevan lagi. Wang yang dulunya digunakan oleh kita bagi membiayai streaming server dengan jumlah penonton yang sangat terhad (TV PAS cuma 300 pada satu2 masa) sekarang boleh digunakan untuk ke arah yang lebih strategik.

Pernah satu masa aku bertekak dengan beberapa strategis media Pakatan (dulu Barisan Alternatif) betapa kita terlalu jumud dalam mengambil peluang yang ada. Sikit2 tadak duit. Sikit2 tak cukup bandwidth. Sikit2 tak sempat nak upload. Jahil membuktikan bahawa hanya dengan seorang manusia yang istiqamah, segalanya tidak mustahil.

Batton Jahil dah diambil oleh rakan2 yang lain seperti Chan (Media Rakyat) dan Pejabat DSAI sendiri. Kuasa media sebenarnya di tangan kita. 60% penduduk Malaysia kini melayari internet, dan sekarang Pakatan Rakyat mula menguasainya. Siaran lansung dan ceramah2 boleh diupload dan dilihat secara percuma di mana2. Isu yang dikupas dan dijawab dapat sampai kepada rakyat dalam tempoh 24 jam.

Aku rasa segala pengorbanan Jahil selama ini tak sia2. Pengorbanan rakan2 sekarang yang meneruskan tradisi dan memantapkan lagi strategi media, aku salut! Been there. Done that. Ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tetapi orang seperti kalianlah yang terus2an menyenakkan perut BN dan media gomen. Orang yang kreatif dan kritis dalam bangun menentang kezaliman dan kebobrokan penguasa yang rasuah dan korup. Mereka tidak mampu untuk mempunyai semangat dan keazaman sekental kita yang bergerak dengan falsafah dan prinsip tanpa dibayar sesen pun.

Jahil boleh tersenyum bangga hari ini. :)

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Jahil – Perjuangan hampir 10 tahun”

  1. lee says:

    Aku dah follow jahil dah lama dah…..dari dulu lagi….harap harap ia dapat diteruskan oleh bloggers lain bagi menyokong kearah kebaikan…..
    Bukan apa…sekurangnya ia dapat dijadikan sebagai satu proksi rakyat.
    Nak harap kan media arus perdana…kebanyakan maklumat lebih diragui walaupun diiktiraf oleh pemerintah demi kepentingan pihak tetentu….

Powered by the people for the people