… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Antara PS3 dan XBOX, aku pilih…

PERHATIAN : Tulisan di bawah tidak berbaur politik dan off topic. Anda boleh skip membaca tulisan berikut jika anda tidak berminat membaca SELAIN dari politik. Anda telah diwarning.

Aku consider diri aku as a hardcore gamer. Aku overclock GPU (graphic processing unit) notebook aku untuk pastikan aku boley main Crysis dengan maximum detail. Kalau ke Low Yat, aku make sure motherboard yang aku beli boleh overclock CPU dan RAM. Walaupun aku belum sampai ke tahap menyolder north bridge kat kaki CPU dan masih belum pasang cooling system guna air, aku main semua game dari mula sampai habis – without any cheat.

Aku peminat First Person Shooter (FPS). Aku follow FPS sebermula dari Wolfenstein 3D – waktu tu main guna komputer 286. Kemudian DOOM – terpaksa kecikkan screen sebab 286 aku semput. Main coop guna modem dial-up ke rumah sepupu aku tetengah malam buta semata2 nak main tembak2. Bila dah abis SPM, sambung study, computer games tetap menjadi pujaan hatiku. Bila dah bijak sikit, mula minat Real Time Strategy (RTS). Kenal dengan Command & Conquer, kemudian Warcraft dan Starcraft. Dan from time to time dua jenis genre tu saja yang aku paling suka : FPS dan RTS. Setiap kalau upgrade atau beli notebook baru, aku akan makesure 3Dnya tip top dan CPUnya boleh dioverclock. Latest sekali ialah Call of Duty : World At War dan Red Alert 3.

Tapi terus terang aku cakap, kadang2 aku sedikit terganggu jugak dengan konsol TV macam PS3 dan XBOX. Kalau diikutkan umoq, aku termasuk dalam golongan kalau usung XBOX turun dari Low Yat, orang akan automatik cap aku beli untuk anak2. Tapi dua benda ni agak mengganggu aku. Sebelum kawin dulu, pernah aku merasa nikmat PS2 sat. Budak rumah belik. Game yang aku agak boley layan ialah Burnout. Sebab objektifnya ialah rempuh sebanyak mana kereta yang ada kat depan kita – paling sesuai untuk orang yang balik kerja pukul tujuh lapan malam sebab melayan jam di tengah KL ni. Tapi setakat tu saja. Aku tak pernah teruja nak beli PS2. Bagi aku, konsol hanyalah untuk mereka yang tak pandai nak overclock PC, atau tak pernah rasai nikmat main game kat PC. Konsol membataskan genre games. Aku tak boleh bayangkan macamana orang enjoy main Red Alert atau Starcraft dengan terkial2 memulas joystick dengan ibujari.

Nothing can replace the mouse. :)

Sehinggalah Sony announce PS3 dengan kapasiti grafik yang – pada aku – sampai ke tahap dewa. Melampau

detailnya. Power betul GPU dan CPU yang ada dalam PS3. Ternganga jugak aku tengok demo diorang masa launching dulu. Tercongak2 dalam kepala aku berapa riban aku nak kena spend upgrade PC kat rumah kalau nak lawan kualiti PS3 ni. Perghhh. Waktu tu aku rasa XBOX dah kena tinggal lapan tiang. Balik rumah letak tangan atas dahi jugak la masa nak tidoq. Mata dok bekelip tengok syiling. Mengkelan betoi. Hari2 dok terbayang. Siap buat budget lagi – kompom bulan seterusnya aku sambaq satu. Sakit mata dok tengok detailnya kedut2 muka karekter yang ada. Aduss…

Akhirnya aku bertekad, bulan lepas aku nekad panjat tangga Sungai Wang, dan dengan beraninya aku memecah tradisi dan akur untuk membeli konsol. Aku beli Nintendo Wii! Ha ha ha!

Sebabnya? Pertama sekali game untuk PS3 cuma datang dalam bentuk Blueray. Setakat aku menulis ni, tadak satu pun game yang aku boleh ‘dapatkan secara murah di Low Yat’. Aku kena beli box set yang harga satu game cecah dua tiga ratus. Keduanya, tadak apa yang membezakan PS3 dan PS2 kecuali grafiknya. Elemen permainan masih sama – guna joypad. Dan yang paling utama¬† – yang membuatkan aku nekad beli Wii – ialah disebabkan game yang aku nak main kat PS3, semuanya boleh main kat PC dan notebook aku dengan smooth. PS3 memperkenalkan tambahan features seperti support DiVX video, WiFi, internet dan sepertinya. Tapi semua tu aku boleh buat guna notebook aku. Aku pun dah ada HTPC (home theater PC) kat depan ruang tamu dengan berbekalkan Media Portal dan Windows XP yang disambung kepada LCD TV – siap surround 5.1 lagi. Bukan setakat DiVX, MKV pun boleh main.

So, pasaipa aku beli Wii? Ha ha ha. Terus terang aku cakap, grafik Wii buruk. Selection gamesnya pun tak banyak. Tapi yang aku paling excited ialah Wiimotenya. Wireless. Bluetooth. Dan motion sensitive. Satu2nya konsol yang memaksa aku untuk berdiri terkinja2 buat backhand dan smash bila main Tenis dan Boxing. Satu2nya konsol yang aku dan bini aku boleh bangun hayun bola boling untuk dapatkan strike paling banyak. Satunya konsol yang aku boleh telentang atas couch sambil pegang ‘fishing rod’ mengail ikan – dan bertarung menyentak ke kiri dan kanan untuk menewaskan ikan2 besar.

Aku dah ada machine yang cukup power untuk main games terkini dan terlatest. Aku tak perlukan lagi konsol untuk compete kopoweran notebook aku. Yang aku perlukan sekarang ialah benda yang boleh membuatkan aku bangun dan eksesais sambil enjoy main games. PS3 dan XBOX gagal secara total dalam hal ini. Begitu jugak notebook dan PC aku. Nintendo berjaya create their own niche. Bagi aku, Wii telah berjaya berkayuh di lautan biru (Blue Ocean) dalam pasaran permainan konsol.

Ini bukan promosi Nintendo Wii. Sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai konsol TV. Masing2 punya citarasa berbeza. Aku tau ramai yang tak bersetuju dengan Wii dan mengandaikan ia merupakan ‘konsol budak2′ dan bukannya untuk serious gamer.

Serious atau tidak serious, aku cabar korang satu hari habiskan masa dengan Wiimote bermain tenis. Cuba dapatkan tahap Pro. Kalau esok pagi tangan korang masih mampu mengangkat cawan ke mulut, aku akan bangun dan tabik spring seratus kali!

Itupun kena tunggu selepas tangan aku sembuh dulu.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

6 Responses to “Antara PS3 dan XBOX, aku pilih…”

  1. Kali ni baru rasa nak komen. Baru baca sikit ja, tak habih lagi baca (nanti sambung lain). Hang memang gila game. Siap ubah gambaq dindin jadi gambaq … Satu teknik yang mengujakan dalam Wolf3D. Main game memang layan..

  2. paloi says:

    wahh..mcm menarik wii ni. berape harga wii kat kl?

  3. Aku ajar anka aku banyakkan main permainana flash.
    Jimat duit dan boleh dimainkan di mana2 komputer

  4. Salam Perkenalan,

    Aku dah beli Wii sejak Julai tahun lepas. Pada aku Wii mmg sgt berbaloi.

    Betul, grafiknya bukan yang terbaik, tapi pada aku gameplay adalah yg paling penting. Dan Wii memberi apa yg konsol lain x bole beri.

    Kalau dalam Wii Sports, Wii Boxing yg paling meletihkan. Sampai kejang belakang! Hahahaha…

    Sekarang aku tengah main Star Wars: Force Unleashed. Memang syok hayun Wiimote macam hayun lightsaber…

  5. matkeri says:

    bro dah install homebrew channel? kita buat ulasan pasal homebrew lake pasni

  6. belum lagi. nampak cam cofusing la. dah la Wii aku tu modified. takut jadi apa2.

Powered by the people for the people