… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

China gagal Mandarin – Malaysia ingin menjuarainya?

Lagi cerita bajet 2007.

Pak Lah dengan selamba mengumumkan bahawa bahasa Mandarin akan diajar di semua sekolah lepas ni. NUTP dah start bantah dengan alasan tersendiri. Isu ni pun bukan bulih salah cakap atau tulih, SB yang dok baca ni memang dah standby hilighter hijau striking nak tanda ayat mana yang bulih dikategorikan sebagai ‘pencetus kegelisahan kaum’.

Aku, seperti biasa, masih lagi bengong tak paham kenapa perlunya bahasa Mandarin di ajar di sekolah2. Tapi melihat perkembangan dunia dan memandang China kemungkinan akan menjadi kuasa besar selepas ini, maka kita di Malaysia harus bersedia. Untuk apa aku tatau. Adakah bahasa Mandarin akan dijadikan bahasa ekonomi, seperti bahasa Jepun suatu masa dulu ketika Mahadet baru naik jadi PM? Mungkin jugak. Tapi berjayakah Mahadet dengan dasar pandang ke Timurnya dahulu? Tatau.

Tulisan kalini pendek saja, aku nak ketengahkan dua keratan akhbar yang agak ironi yang terdapat dalam Berita Hari hari ni, 6/9/2006, yang mana satunya berkenaan dengan NUTP seperti di bawah:

Berita Harian 6/9/2006

Dan dalam beberapa muka surat sebelum tu, Berita Harian jugak ada melaporkan seperti di bawah:

Berita Harian 6/9/2006

China yang memang dah hidup bepuluh2 tahun cuba untuk menerapkan bahasa Mandarin tu pun mengaku bahawa mereka masih gagal, kita di Malaysia ni pulak dok tehegeh2 nak buang duit melabur dalam bahasa ni?

Agak2nya Malaysia nak korek duit kat mana untuk import guru2 Mandarin dari luar ni nanti?

Renung2kanlah tangki minyak kereta anda. Mungkin di situ terdapat jawapannya…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people