… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

High risk, high return?

Satu tragedi. Itu yang dapat aku kata pada semua mangsa tragedi tanah runtuh yang tengah menjadi berita pada musim raya haji ni.

Sebermula dengan berita runtuhan tanah yang menenggelamkan banglow di Ulu Yam, kemudian runtuhan di Semantan, dan terkini di Bukit Antarabangsa. Ianya bukan berita yang syoq untuk didengar. Walaupun jumlah mangsa yang terkorban tidak sebesar tragedi Highland Tower dulu, ianya tetap menyedihkan. 

Dan sepertimana tragedi2 sebelumnya, maka ramailah manusia yang akan sibuk menunding jari kepada orang lain. Dan semua jari menunding kepada arah yang sama : pihak berkuasa. Siapa yang berkuasa, itu tak penting. Utusan dengan lebih hero terus menunding kesalahan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang baru memerintah sebab digambarkan sebagai ‘anasir’ yang menjadi penyebab dengan meluluskan pembangunan melampau di Bukit Antarabangsa. Dan tak kurang juga yang menunding kepada kerajaan
lama yang ghairah mengejar untung untuk membeli tempe melicinkan kulit muka. Tetapi mereka tetap setuju : pihak berkuasa sebenarnya yang harus dipertanggungjawabkan.

Aku? Kejadian di Bukit Antarabangsa mengingatkan aku tentang “musim kebakaran” di California dan “musim ribut taufan” di Florida. Boleh dikatakan setiap tahun kita akan mendengar berita betapa kedua2 kejadian itu telah meranap dan ¬†merobohkan harta benda serta meragut nyawa orang awam. Ia merupakan tragedi yang “gerenti jadi”. Dan setiap kali berlaku, gambaran padang jarak padang tekukur akan ditontonkan di tv dan paper.

Dan apa persamaannya antara ribut di Florida, kebakaran di California, dan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa? Ya, tepat sekali, semua tempat2 tersebut berakhir dengan huruf A. Seriously, kesemua tempat tersebut masih tetap, dan akan terus dihuni selepas selesai tragedi. Aku pasti, setiap kali berlaku tragedi, pasti ramai yang menyumpah kawasan2 tersebut dari dipijak oleh anak beranak mereka tujuh keturunan. Tetapi sebulan dua selepas semuanya reda, selepas tanah dah rata, maka semuanya kembali mula membina rumah dan infra. Seolah2 tragedi semalam hanyalah “nasib tak ong” dan tak lebih dari itu.

Bukit Antarabangsa bukanlah pertama kali mencetus kejutan dengan tragedi tanah runtuh. Tapi kenapa masih terusan membina rumah di lereng bukit? Perlu diingatkan, yang selalu ditimpa tanah di situ bukanlah Pak Teh yang kerjanya jaga bank, atau Kak Piah yang bayar sewa dengan jaga anak-anak jiran. Orang yang bina rumah di kawasan tersebut bukanlah dari golong manusia yang macam aku, yang cuma tau isi borang – lepas kena rejek, tak tau camana nak merayu, atau camana nak kawtim bagi jadi jugak. Orang yang berumah di sana kerjanya boleh tahan, pangkatnya macam2. Yang bersinnya boleh menggoncang pasaran saham, dan batuknya boleh mengecutkan penjawat awam. Terpelajarnya bukan kepalang. Aku pasti mereka ni semua boleh berfikir dan mencongak risiko. Aku pasti mereka peka dengan apa yang telah berlaku, dan dapat meneka apa yang akan berlaku.

Tetapi mengapa mereka masih lagi memilih untuk tinggal di kawasan yang berisiko tinggi? Kenapa California, Arizona dan Bukit Antarabangsa masih menjadi kawasan tarikan taukeh2 besar dan orang kenamaan sedangkan tempat tu tak pernah terlepas daripada ditimpa tragedi?

Tanya aku? Aku tatau jawapannya. Tapi kalau diperhatikan secara general, mungkin mantra orang senang ni lain sedikit daripada orang yang susah macam kita ni.

Bagi kita, jauhkan diri dari segala perkara yang berisiko tinggi. Sebab, lagi tinggi risikonya, lagi senang untuk kita menjadi lebih susah.

Berbeza dengan mantra orang senang, bagi mereka lebih tinggi risikonya, lebih lumayan pulangannya.

Wallahualam. Semoga mereka semua tabah menghadapi kesukaran kali ini.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people