… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Pokok Jarak dan telaga minyak

So, apa penyebab harga minyak naik haritu? Naik sampai tak nampak hujung? Rata2 tuduh ‘spekulator’. Tapi kerajaan pulak sibuk dengan NGV dan pokok jarak untuk biodiesel.

Bunyi macam minyak dah makin kurang dalam dunia. Petronas pun bukan main lagi dok project lost sebab kos tinggi kena cari minyak banyak lagi. Tiga bulan dulu, dunia dah macam nak habis minyak. Harga minyak pun naik mencanak2. Macam esok lusa telga minyak nak kering.

Sekarang? Kelam kabut pulak satu dunia nak sekat pengeluaran minyak. Aik!!? Katanya sekarang harga minyak merudum teruk sangat. Ehh, kalau dah dulu katanya minyak tak cukup, patutnya harga makin betambah la. Ini turunnya bukan sikit, daripada dekat nak cecah USD200, sekarang dah jadi 40 dolar saja.

Aku teringat pada pengusaha NGV yang baru apply lesen, dan kawan2 aku yang baru pasang tangki. Minyak boh RM50 la ni kena pi kaunter mintak belen. Apa cerita?

Kawan2 aku yang dok sibuk beli tanah nak tanam pokok jarak untuk biodiesel pun apa cerita? Agak2 boleh lawan 40 dolar satu tong ka? Atau dah bekira2 nak kerat wat kayu api?

Ingat lagi masa TV3 dok sibuk mengintai stesyen minyak kat sempadan. Bekompang sakan katanya gomen kita baik bagi minyak murah sampai yang dari siam dan temasek pun celapak mai boh minyak di sini. “Rugi mampoih” katanya. Time tu jugak signboard sebesaq2 alam tepacak cerita berapa banyak duit gomen “terpaksa dikorbankan” untuk menanggung beban subsidi minyak.

Dan bila semuanya dah start menjunam, mengempis dan berkurang, senyap sepi gomen sekarang, tak sempat rakyat tanya berapa banyak subsidi yang dibagi sekarang, dia dah jawab awal2 “tadak subsidi”. Soalan : Kalau tadak subsidi, minyak kita dikontrol dengan apa? Harga minyak dunia lagi murah daripada sebelum naik dulu, tapi kurangnya macam kucing batuk saja. Nampak tak nampak.

Aku tanya sebab masa balik kampung haritu ada member dok cerita dia meligat masuk ke siam sebab isi minyak murah. Aku tak dengaq lagi kawan2 yang kat selatan nuh kot ada yang gamak seludup minyak temasik bawak balik malaya.

Kalau minyak depa lagi murah dari kita, kita rakyat yang pekak badak ni kenapa kena bayaq lebih mahal sedangkan kita jual minyak kat orang? Adakah kita tergolong dalam golongan “memberi subsidi balik kepada kerajaan”? Atau ianya adalah persefahaman “aku garu belakang hang, hang garuk belakang aku” untuk membalas jasa gomen dulu bagi subsidi?

Kalau betul kita sekarang berada dalam situasi “membalas garu”, nyata sekalilah pihak gomen yang akan sentiasa menang. Apa tidaknya, garukan kita sedap dan melenakan mereka. Garukan depa? Habih baloq belakang, luka bekudis sampai nak tidoq kena meniarap, tak bulih telentang!

Adakah minyak kita sekarang ni tak laku sampai kena juai kat rakyat sendiri? Kalau meniaga dok harap anak beranak dalam rumah saja beli, tapayah dok besembang megah dengan pakar bisnes dan pakar ekonomi la, aku sensorang pun bulih bukak kilang!

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

3 Responses to “Pokok Jarak dan telaga minyak”

  1. Tak apo lah minyak dah turun, tapi usahakan supaya harga barang turun, jangan cakap sahaja dibilik berhawa dingin, tak ke mana.
    Hatga barang tak nampak nak turun, semakin naik ada. Rakyat dah ternganga kerana inilah masa habiskan belanja. Saat akhir tahun ni. Menteri asyik bercakap itu ini, tapi habok pun tarak…

    Menteri tak apalah semua barang di bekal free.

  2. Iskandar says:

    Sesiapa yg berminat nak beli pokok Jarak, aku ada jual dengan harga borong Rm0.80 sahaja…jika berminat sila hubungi ditalian 013-6609320

  3. mokhtar says:

    itulah kuasa allah
    kering minyak dalam bumi dia kurnia minyak yg tk kan pupus lagi ujud pokok jarak yg berbuah
    minyak diesel jarak lebih clean dari diesel biasa sebab dia organik
    jd kita boleh jimat kos dan menjaga dunia
    jual rm1 seliter pun dh kira ok
    bila kita pakat pakai diesel jarak maka us pun dah tak de modal nak kuasai dunia
    sekarang harga barang bergantung dgn turun naik harga minyak
    jika minyak mantain murah sebab semua negara bole keluarkan minyak ekonomi kehidupan manusia dunia akan stabil
    yahudi sdg berusaha menyekat umat islam dari mengunakan minyak ni dgn mcm2 momokan demi mereka terus menguasai dunia
    jd kita tinggalkan diesel kini beralih ke jarak
    pokok jarak tidak akan menjadikan krisis makanan berlaku kerana ia pohon yg mampu hidup d mana jua jenis tanah
    di bwah lindungan pun ia tetap hidup
    maka kita boleh manafaatkan tanah2 yg tak berkualiti utk tanaman lain dgn tanaman pokok jarak ni
    org miskin bole buat minyak sendiri utk jana ganerator dan ini bole memudahkan kehidupan mereka

Powered by the people for the people