… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Kehabisan modanullazi.

Satu soalan untuk orang ameno : adakah anda menyokong Hudud? Ya atau Tidak?

Aku tanya sebab kawan aku, seorang Cina berpegangan Atheis – tak pecaya Tuhan – bertanyakan soalan tu kat aku suatu ketika dulu. Aku jawab “Tak sokong, kot”. Aku letak “kot”, sebab aku masih reservekan lagi sangka baik terhadap mereka pada masa itu.

Dia menyimpulkan soalan tu bilamana aku terangkan bahawa Hudud adalah hukum UNTUK orang Islam. Dia dengan jelas paham kalau bukan Islam, hukumnya mengikut agama masing2. Tak timbul soal orang Budha dipotong tangan, atau orang Hindu direjam sampai mati. Dengan itu, dia bertanya balik, kenapa orang Islam dalam ameno menentang perlaksanaan hukum yang datang dari agama mereka?

“Mungkin depa pun macam hang kot. Pakai otak saja”, aku jawab sambil gelak. Dia senyum sumbing.

Kemudian aku teringat balik satu ketika zaman student2 dulu berborak dengan orang kuat KMU. Aku tanya dia kenapa tak mau Hudud? Ianya membina akhlak dan saksiah dengan perlaksanaan hukum dari Allah. Jawapnya mudah. Manusia sendiri kena kawal diri masing2. Aku kata kerajaan pun kena ambik inisiatif untuk pastikan rakyatnya behave dengan memperkenalkan undang2 yang lebih baik. Dia masih mempertahankan bahawa akidah, akhlak dan tingkahlaku bukan dikawal oleh kerajaan, tapi oleh individu.

Ianya berpusing2 sekitar kerajaan atau individu. Dah macam “ayam dulu atau teloq dulu”. Katanya Hudud tak perlu, hukum Hudud tak perlu sebab individu sendiri yang wajib menjaga tingkahlakunya. “Ianya mestilah datang dari jiwa yang ikhlas untuk menjaga agama”, katanya bersungguh ala2 ustaz ameno beceramah di forum malam jemaat.

Berkerut dahi. Begegaq juga meja tiga pat kali ditampaq sebab tengah emosi. Last sekali aku angkat tangan give-up. “Oklah”, aku menghala ke penutup. “Kalau individu sendiri wajib jaga diri depa sendiri, dan bukannya gomen, apakata kita buang semua undang2 yang ada dan biaq depa pikiaq sendiri?”, aku sudahkan statement aku. “Mana boleh buang semua undang2!”, dia bingkas jawap. “Undang2 kena ada. Kalau dak huru hara”. Dia jawab pandai.

“Dan kalau undang2 kena ada, apa yang membuatkan undang2 ciptaan manusia ni lebih hebat daripada Allah sampai sikit pun kita tamau cuba langsung? Hebat sangat ka kita ni?”.

Aku penamat kat situ saja. Aku dah tak ingat apa yang dia counter. Aku kecewa sebab orang yang satu agama dengan aku langsung tak rasa takut untuk deny hukum yang ditulis dalam Quran. Kalau bukan Islam, aku boleh paham lagi. Kadang2 aku rasa becakap dengan kapiaq lagi senang daripada becakap dengan orang yang mengaku Islam ni.

Aku bawak cerita Hudud sebab itu yang tengah dikompangkan oleh media tajaan BN sekarang. Kita paham mengapa DAP tentang hudud, sebab itu bukan hukum yang diwajibkan ke atas mereka – dan mereka memang boleh menentang. Kita jugak paham kenapa MIC dan MCA menentang, sebab mereka boleh menentang. Tapi yang peliknya, macamana ameno jugak tergamak untuk menentang! Sedang mereka itu tanpa segan silu – walaupun dengan rambut lebih blond daripada gelang tangan, dan bulu betis lebih serabut daripada semak padang golf – mengaku mereka memperjuangkan Islam!

Sekali lagi nak tanya kepada ameno sekalian – adakah kalian menolak Hudud? Jika tidak, bilakah kalian akan melaksanakannya? Atau paling tidak, pernahkan kalian even terfikir untuk menimbangkan perlaksanaannya?

Isu sekarang nampaknya cuba memerangkap PAS sebagai menggambarkan mereka “menipu” penyokong dengan bersekongkol dengan DAP dan “enggan” melaksanakan Hudud. Tetapi yang jelas sekali, ameno langsung tidak berani untuk memperkatakan tentang pegangan mereka terhadap Hudud dengan jelas. Sekurang2nya PAS masih teguh untuk melaksanakan hukum yang diperintahkan jika dia berkuasa mutlak. Tetapi apa cerita ameno yang telah berkuasa mutlak selama ini? Jangan kata Hudud, nak pakai tudung pun malu!

Ameno sekali lagi akan dibelit dengan tali sendiri jika mereka tidak berhati2 memilih isu kali ini. Sepertimana tejerutnya mereka dengan perangkap Saiful, aku pasti mereka juga akan terjerut jika isu Hudud ini diperkotak katikkan tanpa berfikir panjang. Sepertimana orang menolak Anwar dan liwat, begitu jugalah dengan isu kali ini. Kebersungguhan PAS meluluskan Hudud di peringkat negeri Kelantan dan Terengganu sudah cukup membuktikan kepada semua siapa dalang yang menggagalkannya. Istiqamahnya PAS pada Pakatan Rakyat cukup membuktikan bahawa PAS bertindak mengikut musyawarah.

Hudud bukan lagi isu di peringkat negeri, tetapi telah menjadi beban terbukti di atas bahu ameno. Menggunakan Hudud sebagai isu pilihanraya, bagi aku, merupakan kenazakan modal di tahap gaban.

Orang Melayu di Kuala Terengganu pastinya faham tentang isu ini. Tapi bagaimana dengan orang bukan Islam di sana?

Aku rasa mereka juga lebih faham mengenai isu ini, tetapi mungkin agak pening mengapa sebuah parti yang dilihat lantang mempertahankan Melayu dan Islam menolak secara lantang hukum yang diwajibkan ke atas mereka. Hukum Allah yang diperintahkan ke atas seluruh umat Islam, termasuklah ameno.

Yang pastinya aku rasa orang Kuala Terengganu sangat bijak untuk menilai tindakan orang ameno sekarang. Jika hukum Allah – Tuhan orang ameno dan seluruh umat Islam – pun boleh mereka perkotak katikkan, apa la sangat janji manji pilihanraya kecil ni.

Renung2kan, dan… Selamat mengundi!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

8 Responses to “Kehabisan modanullazi.”

  1. loklok says:

    aku tok reti paham lah dengan tulisan kamu lok lok.
    kalu nak menulis tu kena belajar lah dulu loklok.
    lain kali…………………………..

  2. Tuan Batu says:

    Membisunya Anwar Atas Kekejaman Israel & Amerika

    Israel mengganas lagi. Beratus rakyat Palestin terbunuh dan banyak lagi cedera atas tindakan pengganas Israel. Syaitan Amerika seperti biasa akan membela “Tuan” mereka itu. Obama yg dikatakan membawa harapan baru itupun tidak akan dapat berbuat apa-apa yg bertentangan dengan kepentingan Israel, kerana Presiden Amerika bukanlah orang yg paling berkuasa dinegara tersebut, tetapi pemodal-pemodal Yahudi yang berada didalam Majlis Illuminati lah yg paling berkuasa.

    Setelah 2 hari peristiwa berdarah itu, saya menunggu-nunggu juga akan kenyataan kutukan rasmi terhadap Israel & Amerika daripada saudara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Saya mecari-cari di dalam akhbar-akhbar utama, Harakahdaily, laman rasmi PKR, blog rasmi Anwar Ibrahim, laman Anwar Ibrahim Club, dan hasilnya, seperti jangkaan saya, TIADA ! Tepat sekali jangkaan saya, Anwar Ibrahim, sama sekali tidak akan mengeluarkan kenyataan atau membuat apa-apa tindakan untuk mengutuk Israel & Amerika Syarikat. Saya tidak pernah sama-sekali membaca kenyataan kutukan keras Anwar Ibrahim keatas puak-puak Isreal & Amerika ini. Tidak seperti kenyataan Tun Mahathir & Presiden PAS yang amat keras kenyataannya terhadap syaitan-syaitan itu.

    Kenapa ini berlaku ? Kenapa Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan kutukan terhadap Israel & Amerika ? Tidakkah anda semua berfikir ? Jawapannya adalah kerana Anwar Ibrahim adalah ditaja oleh golongan ini, bersekongkol dgn golongan ini. Anwar Ibrahim sudah termasuk ke dalam perangkap Illuminati & Luciferian & tidak akan dapat keluar lagi. Antara pantang larang kumpulan ini adalah tidak boleh sama sekali mengeluarkan kenyataan terbuka mengutuk Israel, Amerika & geng-geng kumpulan mereka seperti IMF, Bank Dunia dan lain2 sekutu dan juga tidak boleh sama sekali membuat kenyataan terbuka menafikan penglibatan diri didalam kumpulan Illuminati dan Luciferian. Sebab itulah walaupun byk sekali tuduhan-tuduhan terhadap Anwar sbg talibarut yahudi & Illuminati, beliau sekalipun tidak pernah cuba untuk menafikannya secara terbuka !

    Besok (Selasa 30 Disember 2008) di hadapan Kedutaan Amerika, Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan mengutuk kekejaman Israel. Saya bukanlah ingin mempromosi perhimpunan Pemuda PAS itu, tetapi saya ingin mencabar saudara Anwar Ibrahim, sekiranya saudara ingin menafikan tuduhan saya di atas, maka saya cabar saudara supaya saudara mengetuai ahli-ahli PKR menyertai perhimpunan tersebut ! Saya cabar saudara Anwar ! Beranikah saudara ??? Jika tidak, maka benarlah segala tuduhan…

    http://tuanbatu.blogspot.com

  3. bumilangit says:

    tuan batu,

    hang cari dalam utusan memang lah tak jumpa.

    aku pon tak jumpa aparat umno masa demo depan kedutaan amerika

  4. Tuan Batu says:

    Maaf bumi langit, sila baca posting saya betul2. Saya tdk cari cuma dlm utusan, bahkan semua media, kerajaan ataupun pembangkang spt harakahdaily, blog rasmi anwar dan lain2.. cuba baca betul2..

  5. LeeSlimShady says:

    Tuan batu tak paham lagi tu kot……kat blog nini pon macam tu gak
    mintak tolong saudara ZulFadli Bumilangit tolong terang lebih detail kat dia

  6. azrin says:

    tuan batu..nak buat cerita penipu..tok dah dok jual murah kat sini…hang p kat saiful tu haa..

  7. Siti Manja says:

    No to Hudud!
    Nik Aziz tak bg perempuan pakai kasut tumit tinggi…itu satu giler. Hudud gak ke?

    Hudud memaksa org2 yg di lahirkan sbg Islam utk ikut hukum hakam agama secara strict. Sapa yg tak sanggup ikut kena hukum…saya bukan sentuh tentang bunuh, mencuri atau merogol tetapi tentang hak spt tidak bertudung utk wanita, tidak berpuasa, tidak sembahyang…itu ada lah hak individu yg lebih kepada ‘faith’ bukan menimbulkan kekacauan atau kerosakan di dalam masyarakat .
    Negara Islam yg lakukan hukum hudud mana yg maju?? Perempuan di tekan, di ambil hak, di bully..soon dari Hudud kau org lelaki akan melalut besok mcm Saudi..tak leh bawak kereta sebab bla bla yg buleh menimbulkan syahwat pd lelaki..tak boleh pakai pakaian berwarna warni sebab dari pakaian akan menarik perhatian lelaki maka akan membawa dosa yg menimbulkan syahwat pd lelaki…cuba pikir sama tak ngan Nik Aziz sekarang yg tak bg pompuan kerja pakai kasut bertumit sbb bunyi nya menarik perhatian lelaki? ha ha ha so funny, syahwat dia ke yg tercabar? Ini semua boleh membuat kita jadi mundur dan bodoh mcm Afghanistan dan bahlol mcm Taliban! Yg banyak crime kat Malaysia tolong bg bukak mata sket..ialah tiada kawalan foreigner masuk negara kita, passport boleh beli, kad pengenalan boleh beli. Bila kena tangkap kata Malaysian walhal ID beli. Mana ada teruk crime negara kita dulu. Maid aku Indon baru datang 3 bulan dah mintak buat kad pengenalan utk dia , bila aku kata mana buleh., dia gelak sbb kawan2 dia, kakak, abang, sepupu dia semua buat! Mereka masuk dgn mentaliti dr negara mereka..bukan dr negara jiran saja malah dr India, China pun ada, org2 ni lah yg bg masaalah sbb ada org dlm tidak jujur dan sanggup jual negara utk duit.

    So, NO TO HUDUD!!!

Powered by the people for the people