… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Mutiara dalam tiram atau api dalam sekam?

Ramai yang mula memperkatakan tentang kedudukan dan masa depan BN bergantung pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Para Nostradamus politik meramalkan jika BN kalah, mesej yang jelas daripada rakyat kepada gomen sangat clear – “Tak Nak”.

Dan ada juga yang menilik bahawa masa depan laki nombor dua Rosmah juga akan gelap bilamana undi sokongan kepada PAS dilihat sebagai “undi protes” proses peralihan kuasa antara Pak Lah dan lakinya sekarang, yang akhirnya merumuskan BN untuk mengatur “strateginya” semula.

Kesimpulan dari pembacaan, perborakan, dan pemikiran para Nostradamus menjurus hanya kepada dua perkara tadi. Rakyat “Tak Nak” BN, dan ianya protes orang2 ameno terhadap peralihan kuasa.

Tetapi, jika BN menang, ianya juga akan dilihat sebagai sokongan BN kepada Pak Lah masih tinggi. Ini kerana Wan Farid, seperti mana yang dileterkan oleh Mahadet sehari dua ni, merupakan orang Pak Lah nombor wahid. Sokongan pada BN di Kuala Terengganu (KT) akan ditranslatekan kepada sokongan kepada pak mentua KJ. jika ini berlaku, Mahadet terpaksa bangun dan bejalan serata Tanah Melayu untuk mengompangkan perkara sebaliknya. Dia dah tua, tak larat, dan tak akan benarkan perkara macam ni berlaku!

Mahadet sekarang semakin mengalami mimpi2 buruk. Aku kompiden bahawa “juara bangsa” yang setaraf Mugabe ini sekelumit pun masih tidak percaya yang Pak Lah akan menyerahkan kuasa pada Najib. Mukhriz yang diharapkan dapat menyekat kemaraan KJ bukanlah satu produk baru – sebaliknya hanya penjenamaan semula. Dari segi agresif, bijak, dan berani berdebat, KJ dah tinggalkan Mukhriz sepuluh tiang. Mahadet sangat tau setakat mana kebolehan anaknya.

Mahadet sekali lagi terpaksa bangun menyerang Pak Lah dengan memperlekehkan calon yang mewakili BN – mengecapnya sebagai orang Pak Lah. Dia tak mau langsung apa2 yang boleh dikaitkan dengan Pak Lah menjadi penyebab kemenangan BN. Kalau boleh, rasanya, Pak Lah pun dia tamau tengok di KT. Bencinya pada Pak Lah sangat meluap2 sekarang. Dia secara open menyerang Pak Lah secara peribadi tanpa segan silu dan berselindung. Di blog, di ceramah2 awam dan tertutup, serangan pada Pak Lah tetap menjadi main point – kalaupun tidak sindiran2 tepi.

Kesian Mahadet. Sepatutnya Mukhriz yang ambik peranan yang lebih agresif. Tapi nampaknya, seperti biasa, bapaknya terpaksa spoonfeed lagi anaknya bagi memastikan dia naik dengan mudah jika Pak Lah dijatuhkan dengan menabur benih kebencian dalam ameno.

Well, bagi aku, apa saja yang mahadet buat merupakan perkara yang menguntungkan Pakatan Rakyat. Kita sedang mengasak BN dari luar. Ameno diasak parti komponen dari dalam. Dalam masa yang sama, ameno juga diasak oleh “Ana Robbukumul ‘Ala” – seorang bekas ameno yang menyerang dari luar – yang tanpa segan silu nak masuk balik ameno kalau orang yang dia benci dah tak jadi PM. BN – terutama ameno – berada dalam posisi defensif sekarang ini. Dekat2 election, mereka patut menyerang, dan bukannya bertahan. Ameno sekarang dalam keadaan yang sangat kucar kacir. Kabilah2 mula mengumpul sokongan dan menunjuk kekuatan. Dalam masa yang sama tak diberikan sokongan oleh “Robb” mereka. Aku kesian, tapi dalam keadaan tersenyum riang.

Apa2 pun, Mahadet bijak dalam menyelamatkan dirinya. Dia tau pada tahun 2004 dia akan tewas dengan sangat teruk jika masih menjadi PM – jatuh dengan kehinaan. Dia jugak tau yang ameno menuju kehancuran maka keluarlah dia dari ameno sekarang sebelum dibawa tenggelam kapal Titanic BN yang dah nak karam. Mahadet juga bijak mengecat dirinya sebagai jaguh dengan terus2an memperlekehkan kebolehan orang lain.

Samada ameno menang atau kalah di KT, concern utama Mahadet hanyalah satu : kekal relevan untuk berada di bawah suluhan lampu kamera dan terus kekal menjadi contoh pemimpin dunia ketiga – sebaris dengan Mugabe dan Obiang Nguema.

“Ana Robbukumul ‘Ala!”

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “Mutiara dalam tiram atau api dalam sekam?”

  1. che-mie says:

    bro tulis je la

    Tun Dr. Mahathir

Powered by the people for the people