… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Senjata Israel ditaja oleh anda.

OKlah, aku rasa aku kena jugak cuit sikit pasai isu Gaza dan laknatullah Israel di blog kali ni. Bukan apa, dah ada nada2 “nakal” menuduh aku “berpendirian seperti Anwar” dalam isu ini – kononnya senyap kerana menyokong Israel.

BOIKOT!

Itu saja. Apa yang nak diboikot? Tengok link sebelah kanan blog ni, klik dan baca. BOIKOT!

Aku dah sampaikan perkara ni lama sangat dah. Dalam forum PROWARIS, dalam blog Anwar, dalam forum2 terbuka, even dalam blog ni. BOIKOT!

Aku dah BOIKOT hampir 10 tahun. McDonalds, Starbucks, Nokia, even barangan buatan Nestle. Dan selama dekat 10 tahun jugaklah kawan2 cap aku “ekstrimis” sebab boleh sampai up to that extend. Aku betuah sebab orang rumah aku pun turut boikot. Dari mula2 kawin sampai sekarang, semua list barangan yang patut diboikot ditampal di pintu peti ais kat rumah – dan diupdate. Termasuk rumah pak mentua aku.

BOIKOT!

Kami satu family masih sihat walafiat walaupun tak makan produk2 yang diboikot. Masih lagi boleh nampak cool dengan tak pakai gadget2 dari pengeluar yang nyata menyaport Israel. Senang cakap, tadak apa yang pelik pun berlaku pada kami sekeluarga dalam 10 tahun memboikot produk yang dikeluarkan oleh pengeluar yang ada kaitan dengan Israel.

So, aku gesa rakan2 lain, baik dalam ameno, ataupun yang tadak pendirian, BOIKOT! Senang. Tapayah serak2 suara. Tapayah tampaq2 meja.

Berentila dari mengkritik, mengutuk, dan berdiskusi panjang lebar jika duit kalian sehari2 masih lagi disalurkan kepada syarikat2 yang menaja ekonomi Israel, yang akhirnya digunakan untuk membeli peluru menembak saudara2 kita di sana.

BOIKOT.

Kalau tidak, menganga la depan tivi tu tengok rakyat palestin yang dibunuh kejam dan bongkak oleh Israel laknatullah. Itulah peluru2 yang dibekalkan oleh korang selama ini yang enggan untuk bersama memboikot ekonomi Israel.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

4 Responses to “Senjata Israel ditaja oleh anda.”

  1. Jorakelokai says:

    aku ni tengah cari maklumat lengkap jenama barang2 keluaran Israil&Amerika buat panduan memboikot.Kalaudah dapat aku nak cetak banyak2 dan akan aku edarkan pada orang ramai di tempat aku. susun atur lengkap supaya senang di semak dan di ingati, tolong lah…

    NAMA SYARIKAT. JENAMA BARANGAN

    1.??? ????
    ????
    2.???? ????
    ????

  2. hafna says:

    alhamdulillah….ana harap dapat famili macam anta…ana dan keluarga cuba sedaya upaya nak boikot….

  3. admin says:

    inysaAllah boleh. :)

Powered by the people for the people