… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

DingDang datang lagi!

Dan tiba2 Ezam muncul semula. Teringat iklan Mat Sentul dalam tivi satu masa dulu dengan taglinenya “DingDang datang lagi dengan kotak ajaib!”. Kali ni Mat Sentulnya ialah ameno, dan kotak ajaib yang dibawak oleh “DingDang” di terengganu ialah “bukti Anwar nak bekawan dengan Mahadet” yang di”dedahkan” olehnya dalam siri ceramah di Terengganu sekarang.

Ezam a.k.a DingDang ini bukan sekadar datang dengan satu kotak ajaib, tetapi kali ni DUA sekaligus. Satu kotak katanya tentang kerjasama yang diusahakan oleh Anwar untuk berbaik dengan Mahadet. Satu kotak lagi katanya berbaik dengan Pak Lah. Seperti biasa, “ianya akan didedahkan kemudian”.

Agak pelik dan sedikit ajaib bilamana pilihanraya kecil Kuala Terengganu (KT), tumpuannya lebih “sedap” dihalakan kepada DSAI daripada mengkritik dan memfitnah PAS dan calonnya secara terbuka. Cuma instead of menyerang DSAI dengan tuduhan talibarut yahudi, amerika dan singapura – seperti kebiasaan, ameno nampaknya lebih berhati2 kali ni memilih peluru menembak DSAI. Mereka terus kosentret untuk mengecamukkan Pakatan Rakyat dengan melaga2kan parti komponen dengan meng”hilite”kan ketidaksamaan antara parti, dan yang terkini, hubungan DSAI dan Mahadet. Mereka cuba sekali lagi untuk membunuh karekter DSAI – teknik yang dimonopoli oleh Mahadet pada zaman pemerintahannya – dengan melabelkan DSAI juga sebenarnya “bermuka2″ untuk berbaik dengan musuhnya. Peluru “sesumpah” digunakan disituh.

Kempen calon di KT makin panas. Ada yang menyamakan sama panasnya ia dengan perang di Gaza. Cuma berbeza di Gaza, Israel menyerang menggunakan peluru dan meriam. Di sini, ameno menyerang menggunakan harta dan wang. Jika di Gaza yang terkorban ialah orang awam yang tak bersalah akibat diserang oleh israel tanpa diberi peluang untuk mempertahankan diri, KT juga diserang dengan propaganda hebat media akhbar, tv dan radio yang bertujuan memusnahkan kredibiliti PAS di sana, tanpa sebarang peluang untuk mereka mempertahankan diri.

Persamaan ini boleh dilihat dengan jelasnya sekarang. Dan oleh sebab itu, ameno berasa sangat terdesak untuk tidak menggunakan peluru DSAI-yahudi kali ini – sedangkan itulah peluru yang akan pasti digunakan pada setiap election. Kalau adapun serangan DSAI-yahudi, ia bukanlah serangan konvensional, tetapi sekadar serangan hendap oleh askar2 bawah tanah mereka. Serangan picisan.

Bagi aku, bila Ezam muncul di KT membawa cerita BUKAN yahudi, atau amerika, atau singapura, maka terbuktilah bahawa pemegang kotak nombor wahid ini juga tidak mempunyai sebarang bukti untuk mengesahkannya. Jika tidak, Ezam pasti “bersumpah” untuk membuktikannya. Tetapi tidak. Ezam lebih suka bersumpah perihal lain, perihal yang tak pernah disentuh oleh ameno, daripada bersumpah membuktikan tuduhan ameno selama ini benar, dan dia ada kotak khas untuk membuktikannya.

KT masih lagi panas sekarang. Kita lihat pembukaan serangan ameno ditalakan dengan meriam Hudud dan “kapir mengkapir – dosa pahala”. Di tengahnya pulak sekarang Ezam kelihatan mengepalai serangan dengan kotak ajaibnya. Apakah penghujung cerita KT? Peluru saiful nampaknya masih belum digunakan. Adakah ianya akan digunakan kelak?

Entahlah. Yang pastinya aku jarang nampak kelibat Rosmah dalam tv masa kempen election kali ni. Yang aku kerap nampak ialah laki nombor duanya. Mana kak cik sorang ni pergi? Mungkin ke Itali beli kerusi meja untuk ganti perabot bila masuk rumah baru di Putrajaya nanti?

Na na na na na… Ganu kiteeee!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

4 Responses to “DingDang datang lagi!”

  1. fair says:

    tak de review pasal prk36 ke ? Pas dah menag majoriti 2631

  2. Az says:

    Ezam gagal lagi

Powered by the people for the people