… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

BN akan bangun semula bila…

Mengenai keputusan pilihanraya KT, kali ni aku memilih untuk bersetuju dengan mahadet – tapi tak sepenuhnya – namun tetap ada titik pertemuan setuju antara aku dan mahadet. Aku setuju dengan pendapatnya bahawa keputusan KT adalah undi tidak percaya rakyat kepada BN.

Mahadet melalut dengan lebih jauh lagi dengan menunjal kesalahan ke dahi Paklah. Tapi bab tu aku kurang bersetuju. Sebab bukan Paklah yang turun berkempen 11 hari di KT, tapi laki nombor dua Rosmah yang mengepalai “Perang KT”. Kalau ikut logik, rakyat menilai pada semua orang yang datang berkempen haritu, dan menang-kalahnya sesuatu perang tu terletak di tangan panglima perang – iaitu BUKAN Paklah.

Tapi mungkin sebab Mahadet terlampau sayangkan laki si Rosmah, maka akal telah tertutup untuk melihat kelogikannya. Kekalahan diletakkan sebesar2nya ke atas bahu Paklah – yang tidak terlibat dengan pilihanraya KT. Malah mahadet sekali lagi sanggup “mengular”kan statementnya sekali lagi dengan mengatakan “rakyat benci calon BN lebih daripada PAS, sebab itu PAS menang”. Sama macam keputusan PRU13 dulu, katanya “BN tak kalah, Pembangkang yang menang”.

Mahadet… Mahadet…

Dia sedar yang kelibat laki Rosmah di KT mengundang kemeluatan tahap gaban di kalangan pengundi. Nasib baik Rosmah tak kelihatan, kalau tak kemungkinan besar majoriti PAS bertambah sekali ganda lagi. Adakah Mahadet lupa bahawa sentuhan Paklah dalam melabelkan “Cikgu Partibhan” pada saat akhir kekalutan BN di Ijok telah menyelamatkan maruah Najib? Takkan dia lupa bahawa ini merupakan by election kedua dalam tempoh 12 bulan Najib gagal melaksanakan tanggungjawabnya?

Ya, keputusan KT merupakan undi tak percaya rakyat kepada BN. Bukan setakat tidak percaya pada Paklah, tetapi semua menteri2 kabinet, para media pengampu, dan juga pada si Rosmah dan laki nombo duanya. Mahadet tidak boleh menerima kenyataan bahawa rakyat menolak BN sebab Najib. Dia lebih suka menunding2 jari menyalahkan orang lain, daripada melihat hasil yang terbit daripada kesan pemerintahan diktatornya selama 20 tahun.

Keputusan KT jelas menunjukkan rakyat menolak BN. Bagi ameno, ia merupakan isyarat yang jelas bahawa KT tidak mahu bertuankan laki Rosmah nanti. Mereka langsung tidak teruja untuk mendapat habuan dari bakal PM selepas Paklah. Malahan pengundi di KT menterjemahkannya kepada undi protes ke atas peralihan kuasa. Ini adalah jelas, dan rata2 penganalisis dalam dan luar negara telah membuat rumusan bahawa ini merupakan isyarat paling jelas untuk Najib.

Mahadet seharusnya menerima kenyataan bahawa BN sebenarnya makin tenggelam. Bukan sebab pemimpin, bukan sebab calon, bukan sebab Paklah dan KJ, tapi sebab sistem korup yang dianuti oleh BN yang diwarisi daripada pemerintahannya dahulu sudah tidak boleh digunapakai sekarang. Mengubah keseluruhan sistem BN samalah seperti menukar seluruh umat yang terlibat dalam kepimpinan BN – yang mana ianya adalah mustahil untuk dilaksanakan bilamana BN masih lagi menjadi target manusia yang gila habuan.

Bagi aku, BN masih boleh dibaiki. BN boleh dibina semula. Tetapi hanya dengan satu cara : meroboh-ranapkan BN secara total dan menjadikan BN tidak mampu menjanjikan apa2 kecuali perjuangan yang ikhlas dan pengorbanan wang ringgit untuk mengangkat semula martabat rakyat. Jika tidak, kabilah2 dalam BN akan terus2an berperang untuk mendapatkan habuan masing2. Keihklasan hanyalah gimik di mulut sedang tidurnya bertilamkan duit dan gelasnya bertatahkan berlian.

Aku pasti mahadet juga bersetuju dengan pendapat aku. BN sudah tiada masa hadapan. Rakyat melihat mereka sekadar berlakon untuk terusan menghambat kemewahan yang ada dalam temolok kerajaan. Tiada seorang pun pemimpin mereka teruji dengan ditangkap atau dipenjarakan kerana membela rakyat. Tiada perkara yang boleh membuktikan bahawa mereka jujur dalam memperjuangkan nasib marhaen. BN harus hancur untuk ia bangun membina empayar semula.

Kehancurannya makin hampir. Rakyat telah membulatkan tekad. BN tidak memerlukan penjenamaan semula untuk memulihkan imej, kerana rakyat telah membuat keputusan untuk memilih kerajaan baru bagi menggantikan sistem yang amat korup sekarang. Yang tinggal dalam BN sekarang adalah mereka yang “denial” dan enggan akur pada kitaran semulajadi ini.

Dan bilamana BN itu hancur, tiada apa lagi yang boleh dijanjikan oleh BN. Kabilah2 akan hilang lari bertempiaran, dan yang tinggal hanyalah mereka yang ikhlas untuk kembali berjuang mengangkat martabat ameno dengan jujur dah ikhlas. Pada masa itulah rakyat boleh menilai kembali mereka dengan tolok yang lebih adil. Jangka masa kehancuran itu semakin hampir, mungkin lebih cepat bila laki Rosmah mengambil alih jawatan PM kelak!

Seperti juga Paklah, “Najib bukanlah pilihan saya yang utama”, kata mahadet bila masa kehancuran BN tiba. Sekali lagi, pada masa itu aku akan turut bersetuju dengan mantan mamak bendahara.

Correct, correct, correct, correct!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

One Response to “BN akan bangun semula bila…”

  1. eurokopter says:

    Nak perbetulkan umno/bn memang boleh tapi amat payah. Kalau nak betulkan juga kena buat TOP OVERHAUL. Umno dah dirosakkan oleh mahathir dimana mulanya berlaku politik wang dan juga “politic of fear”. Politik wang berlaku dikalangan general2 dan dikalangan keptan ke atas. Politic of fear digunakan oleh pucuk pimpinan bilamana untuk menjadi calun kena mendapat sejumlah pencalunan (dulu 2 sudah cukup). Najib menang tanpa bertanding kerana ia dipilih oleh bahagian. Berani ke bahagian tolak najib? Kenapa mereka pilih najib? Kerana ikhlas atau kerana fulus dan pangkat? Kalau rakyat disuruh pilih ketua umno, rasanya najib tak merasa. Silap2 mustapa mohamad yang menang..
    TOP OVERHAUL tidak boleh dibuat oleh ahli umno kerana ini akan jadi seperti yang ada sekarang. Kata lee liong sik kalau kepala ikan dah busuk seluruh badan akan jadi busuk. Nampak gayanya umno tak boleh dibetulkan lagi. Lain lah kalau parti itu jadi pembangkang dan diterajui oleh orang2 baru. Ini pun tak akan berlaku kalau di-ikut2 sejarah kegemilangan islam di eropah yang hancur kerana pemerintah asyik dengan berpoya2. Also remember the french revolution?
    Mahathir beria-ia nak naikkan najib secepat mungkin. Mula2 suruh najib lawan, najib takut. Lepas tu suruh muhiddin bersuara. Apa agenda, mahathir saja yang tahu (tapi orang pun tahu…). Kalau mahathir ingat dia boleh kontrol najib dia silap. Mana nak letak rosmah. Silap2 masuk ISA.

Powered by the people for the people