… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Gimme Five!

Berikut adalah petikan laporan dari Berita Harian hari ini, 7/9/2006 :

Berita Harian 7/9/2006

Mungkin atas dasar “etika laporan”, makan nama syarikat ini tidak dinyatakan. Terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut, aku terus ke laman web PPIM dan tekejut bila disajikan dengan gambar2 di bawah:

PPIM

PPIM

…dan beberapa lagi imej yang mengerikan yang boleh dilihat sendiri di laman web PPIM. Kilang roti manakah ini?

PPIM

Gimme Five! Gimme High 5!

Teringat balik cadangan yang pernah diutarakan oleh juak2 wakil rakyat kita yang mahukan lesen Halal hanya diberikan kepada orang Islam sahaja. Kalau pikir secara “global”, cadangan ni memang tak adil sebab mengurangkan peluang perniagaan orang bukan Islam dalam bidang makanan. Tapi pikir2 balik, rasanya tadak masalah, sebab orang Islam pulak dah memang tak boleh makan babi dan seumpamanya, yang mana kalau dipikir rasional, ia jugak telah mengurangkan peluang perniagaan orang Islam dalam bidang makanan.

Aku berpendapat bahawa lesen Halal haruslah diberi kepada syarikat yang 100% pengurusan operasi dan pembuat keputusannya adalah orang Islam. Cina ka, Melayu ka, Iban ka hapa ka, mampoih pi, tapi mesti Islam. Tiada kompromi!

Dengan menitikberatkan dua perkara ni, maka dengan secara lansungnya dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dalam bidang perniagaan makanan pula, selain daripada minyak yang hanya dimonopoli oleh sekoq dua kumpulan mangkaq yang tak gheti bahasa.

Tapi kalau pemerintah dok asyik berkompromi dengan alasan ‘adil kepada semua’, memang mangkaq la sampai bila2. Hari ni roti High 5, esok sadin cap ayam pulak, lusa kfc pulak, kalau tak jaga betoi2, dengan burger2 Ramly skali jadi pengotoq!

Islam untuk semua, tapi bukan semua untuk Islam!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

3 Responses to “Gimme Five!”

  1. airsun says:

    yek..

    kotor nye..

    pas nie aku xnak beli arr roti high 5

  2. paq says:

    cis najis….

  3. Shah says:

    kalau orang melayu ajer yang menjadi pengusaha tidak semestinya produk tu halal 100 peratus ini .Yang menjadi soal adalah pengunaan releasing agent di kilang roti high 5 yang dikatakan tidak halal(belum terbukti).Ini tidak bermakna jika pengusaha melayu terlepas dalam perkara-perkara macam ni sebab supplier kilang tidak semestinya dari orang melayu yang benar-benar faham..contohnya ramai orang melayu sekarang jual chicken chop, pengunaan gravy chicken chop tu di import dari Amerika…adakah ia halal ? susah nak cakap tapi masa adik aku nak prepare kuah chicken chop aku ternampak ingredient yang meragu seperti beef bone…so kalau pengusaha melayu sekalipun tapi masih mengunakan produk luar masalah tetap sama…jom lawat blog aku http://www.apa-sajer.blogspot.com

Powered by the people for the people