… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Kenyataan rasmi AIC berkaitan isu Karpal

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ingin memberikan respon balas ke atas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin Pakatan Rakyat.

Isu yang dibangkitkan oleh Karpal kononnya Anwar yang mencetuskan budaya melompat parti adalah merupakan satu kenyataan yang tidak bersandar kepada sejarah. Apakah Karpal lupa bagaimana beberapa ADUN DAP dan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor di Kedah yang telah ditawarkan sogokan wang sebanyak jutaan ringgit sebaik sahaja Pilihanraya Umum Ke-12 menyaksikan Umno-BN kian nazak dek penangan rakyat?

AIC percaya bahawa apa yang berlaku di Perak ialah tidak sama sekali timbul berkenaan masalah lompat parti, sebaliknya lebih menjurus kepada krisis perlembagaan dan juga amalan politik yang terpalit dengan budaya rasuah, ugutan dan penindasan.Malah jika hendak menyabitkan amalan lompat parti dengan ikatan moral, ianya adalah satu hujah yang longgar.

Istilah ‘taubat’ yang digunakan oleh Karpal sendiri secara literal membuktikan bahawa apabila wujud kesedaran bagi mana-mana pihak bahawa platform perjuangan yang dibawa mereka adalah salah, mereka perlu memperbetulkan kesalahan tersebut dengan mencari platform perjuangan yang lebih baik dan tepat. Dalam konteks ini, lompat parti adalah satu mekanisme bagi pihak-pihak yang tertentu untuk beralih platform.

Apa yang menyedihkan ialah apabila Karpal sebagai seorang pemimpin politik veteran yang sepatutnya masak dengan asakan politik oleh Umno-BN yang kini sedaya-upaya memecah belahkan muafakat Pakatan Rakyat dan menyerang Anwar berikutan kredibiliti dan karisma Anwar yang diterima seluruh Malaysia. Trend asakan politik Umno-BN memperlihatkan bahawa Anwar adalah merupakan musuh utama Umno-BN kerana berpotensi menisankan agenda politik perkauman BN melalui muafakat Pakatan Rakyat yang lebih realistik dan proaktif.

AIC tidak terkejut sekiranya kenyataan Karpal ini akan dikutip sebagai agenda utama media-media arus perdana untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat. Dan adalah sangat malang sekiranya Karpal selaku politikus veteran boleh terjerumus di dalam permainan politik mentah yang menjadi amalan Umno-BN sejak sekian lama.

AIC berpendapat bahawa Karpal seharusnya menghormati ikatan yang dijalin oleh DAP, PAS dan KeADILan melalui Pakatan Rakyat untuk memperbincangkan sebarang agenda atau tindakan melalui platform Pakatan Rakyat, bukan bertindak secara one man show atas kapasiti peribadi yang akhirnya hanya memalitkan imej beliau sebagai pemimpin berpengalaman.

Sewajarnya sekarang fokus yang harus ditumpukan oleh Karpal ialah merangka strategi melalui platform Pakatan Rakyat, bukan mengeluh tanpa arah dan justifikasi yang jelas.

Muhammad Shukri Md Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

3 Responses to “Kenyataan rasmi AIC berkaitan isu Karpal”

  1. Tuan Batu says:

    Shuk, kebenaran itu haruslah dinilai dari necara kebenaran yg asli. Sesuatu yg salah itu, tetap slaah walau siapa yg melakukannya. Lompat parti, adalah perbuatan tdk bermoral yg menyanggah mandat rakyat, menghancur demokrasi & ianya adalah kekal perbuatan yg buruk, sama ada ianya dilakukan oleh BN atau PR, Najib atau Anwar. Nampaknya org2 politik hari ini sudah kehilangan neraca kebenaran yg tulen. Kebenaran bagi mereka hanyalah jika sesuatu itu menguntungkan puak mereka. Lompat parti, jika menguntungkan puaknya dikira demokrasi, manakala jika menguntungkan pihak lawan ianya haram jadah buruk-seburuknya.
    Alangkah lucunya membaca komen ahli2 politik yg boleh sahaja tiba-tiba membuat U-Turn kenyataan mereka mengenai lompat parti & juga ketaatan kpd Raja2, tdk kiralah dari BN ataupun PR. Dulu sokong, hari ini bantah, dulu bantah, hari ini sokong. ALangkah lucunya ! Apakah mereka2 ini tdk malu ? Sesunguhnya kebenaran & keadlilan otu tdk mengira kamu dari puak mana, dari parti mana. Benar tetap benar, salah tetap salah. Aduhai umat, kembalilah kpd neraca kebenaran yg tulen !

  2. SaySomething says:

    Tuan Batu or Rock Owner, dihikayatkan ada dua puak yang bertelagah berabad yang lalu, satu puak merupakan puak Shaukat yang kuat meminum arak, mereka terkenal dengan kehebatan meminum arak dan membuat kekacauan. Manakala ada satu lagi puak Amrun amat gemar meminum susu, mereka pula terkenal dengan membantu orang. Satu hari, Mirdad dari puak Shaukat berasa amat bersalah yang amat sangat bila menyedari yang dia telah membunuh ibunya sendiri tatkala mabuk. Mirdad begitu insaf, dan menyertai puak Amrun bagi menebus segala kesalannya itu. Tetapi Auf, Insyiqa’ dan Mihda’ dari puak Amrun sendiri tidak berpuas hati kerana Mirdad terlalu di Julang. Ketiga mereka bertekad menyertai puak Shaukat, yang mana ketiga mereka ini memang sudah lama di perhati puak Shaukat kerana sifat yang begitu buruk walau cuba berselindung di puak Amrun yang baik. Apakah Mirdad bersalah menyertai Puak Amrun? Apakah Mirdad bersalah meninggalkan sifat2 yang terkutuk? Hijrah mengajar Mirdad untuk memilih yang baik dan meninggalkan yang batil.

  3. Wan Ishak says:

    I cant see any valid reason for Karpal to be so obsessed with party hopping when there are so many other issues that BN are guilty of are still being addressed. Dont ever raise the issue of the morality of party hopping when other more serious issues like corruption, victimisation, bullying of the rakyat are still not resolved. Pakatan just have to admit that they were caught with their pants down. But all is not lost, you can always look forward and use the episode as an advantage to advance your progress and performance. You are still on the right track. Perhaps Karpal is really down with age cos dia cepat merajok kerana di sideline. Alah orang tua tua ni bukan susah sangat nak di pujuk balek. Mungkin dia sudah nanyok jadi kena lah ada orang cuba menjelaskan kronologi dan cuba mengingatkan dia kembbali apa apa strategi yang telah di gunakan dan cuba mendapatkan kembali persetujuan beliau.

Powered by the people for the people