… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Geng Upin & Ipin

Aku baru lepas tengok filem “Geng” Upin dan Ipin malam jemaat lepas. Yang membuatkan aku tertarik nak tengok sebab aku memang suka siri 5 minit Upin dan Ipin kat Youtube. Aku tak pernah sempat tengok tivi. Terutama tivi free. Rugi tengok tivi free sebab dah habis duit bayaq kat Astro. Ianya mengisahkan dua budak yang banyak tanya tentang hal2 sekeliling.

Komen ringkas aku tentang filem Geng : ini adalah benchmark untuk filem animasi akan datang. Kombinasi jalan cerita, dialog, camera angle, dan editing memang aku angkat topi. Attention to detail tu ada. 3D animasi? Untuk budget filem tempatan, ianya dah sampai tahap maksima yang termampu kita buat.

Ceritanya bermula dengan kejadian hilangnya buah2 durian dari kebun Tok Dalang, yang kemudiannya disensasikan sendiri olehnya sebagai “misteri hantu durian”. Kebetulan cucunya sedang bersiap untuk pulang ke kampung melawat. Dan di situlah bermulanya leretan cerita Geng.

Untuk mereka yang mengharap ketrampilan Upin dan Ipin, korang akan frust sebab mereka bukanlah aktor utama filem ini, sebaliknya aktor utama ialah cucu Tok Dalang, Badrul, dan rakannya, Lim. Upin dan Ipin sekadar menjadi sidekick. Dialognya juga tak banyak. Mengingatkan aku tentang siri2 komik dan games yang diadaptasikan kepada filem di Holywood – menghampakan penonton kerana tidak memenuhi harapan dan karekter sebenar. Kenapa tidak saja ditumpukan kepada Upin dan Ipin? Bukankah ini masa yang sesuai untuk mempromosikan lagi karekter ini dengan lebih meluas kepada mereka yang belum mengenalinya?

Mungkin Les Copaque (last kopek?) ada pertimbangan sendiri. Tapi bagi aku ianya agak mengecewakan peminat2 dua budak comel nih. Karekter Badrul dan Lim kurang menyerlah dan agak kaku. Tak bangkit. Keunikan karekter Badrul juga tak dapat dikesan. Mungkin ini merupakan pengenalan kepada karekter baru dalam siri 5 minit yang akan datang, tetapi bagi aku, ianya masih sesuatu yang agak mengecewakan.

Hubungan romantik antara Badrul dan Kak Ros juga gagal untuk dikembangkan. Pada mulanya ia kelihatan seperti “ehem”2, tetapi pada akhirnya, ia hilang begitu saja. Begitu juga bonding antara Opet dan Raju tak begitu kuat untuk mencuit emosi penonton pada akhir cerita. Sedihnya gagal ditimbulkan kerana bonding yang lemah ini. Bagi aku, ianya sesuatu yang sangat merugikan – terutama melihat kesungguhan mereka membuat karekter menitiskan air mata.

Dari segi animasi, ekspresi muka agak kurang. Les Copaque sepatutnya lebih menumpukan pada ekspresi muka berbanding tangan dan badan. Ianya memang sukar, tetapi sangat berbaloi jika ianya diberi tumpuan paling utama. Tetapi kesungguhan menggunakan anggota badan untuk ekspresi sedikit sebanyak dapat mengurangkan “kekakuan” karekter2 yang ada.

Kesimpulannya? Aku tetap berbangga dengan filem “Geng”. Kelakar, jalan cerita yang bukan common, camera angle yang sangat superb, action yang boleh buatkan budak2 menjerit, dan yang paling penting, ianya dihasilkan oleh budak2 muda yang jelas sekali ingin membuat perubahan pada genre filem Malaysia. Dan mereka telah berjaya.

Les Copaque, untuk filem Malaysia, dari 5 bintang, aku bagi kat korang 10. SALUT!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

10 Responses to “Geng Upin & Ipin”

  1. DiaNa says:

    owh, sebenarnye trailer dia dah keluar dari tahun lepas.. kalau tak salah les copaque mmg dah pk pasal Geng ni lebih dulu sebelum upin & ipin.. so siri 5 minit upin dan ipin tu sebenarnye utk memperkenalkan dan mempromosikan Geng, bukan sebaliknye.. mereka yang tahu memang tak kecewa, tp tulah cara promosi tu membuatkan orang keliru sbb org ramai dah kenal dengan upin & ipin.. Papahal, Malaysia sudah maju.. di kesempatan ni nak ucapkan tahniah pada kawan2 Mmu yg turut sama menjayakan upin & ipin dan juga Geng..

    p/s: 3d ni mmg susah giler nak buat! kira depa ni mmg dah otai sangatla bole buat film 3d animasi..

    pss: sebelum upin & ipin, les copaque (ex-mmu) buat animasi ‘Misi Mustahak’ untk depa punya final year project (fyp) dan menang anugerah kat jepun.. carilah dalam youtube! enjoy!

  2. SaySomething says:

    Oits… 50 orang… Dapek bond dari gomen plak tu… Sebenaqnya memang boleh buat pun… lebih dari tu pun boleh… janji ada duit… iklan2 kat tibi tu kan semua cantik2… walaupun beberapa saat, tapi cost dia perrgghh!!! Aku rasa boleh buat lebih lagi tu… betoi gak apa mat keri kata tu…

  3. matkeri says:

    Diana : kalau benar bagai dikata, promosinya memang mengelirukan. Tapi apa2hal pun saya memang kembang hidung dengan produksi mereka. Kat mana boleh dapatkan DVD cerita nih?

  4. nazirhahs says:

    saya setuju….. ambil contoh senang.. kalau kita dengar pun mak bapak pujuk anak dia guna nama “upin dan ipin”…. tak pulak sebut “jom tengok cerita ‘geng’… dan promosi… bunting….dan yg dikatakan mini siri untuk promosi tu pun kisah upin dan ipin bukan bad dan lim.. memang tak sampai matlamat untuk ke panggung… sedangkan anak saya terlopong…bosan..merungut..nak keluar panggung… bila pulang ke rumah saya pasang mini siri upin & ipin terlompat2 gembira.. jangan ambil kira yang dah tahu… sekurangnya biarlah WYSWYG… keduanya perihal rasaksa.. alahai bingit …sampai ada para ibu-bapa terpaksa bawa anak mereka keluar panggung.. kemudian nak terangkan apa jenis binatang pun sukar… nak kata ular tak macam ular… nak kata pacat tak macam pacat… nak kata musang tiba2 jadi mutasi… dah macam filem dungeons & dragons…err alice & wonderland…

    anyway aku kasi 4bintang atas usaha les copaque.. membawa pembaharuan dalam ciptaan animasi… tak adil nak banding dengan filem2 animasi malaysia yang sebelum ini… cuma aku mahu mereka lebih perihatin… jangan hasilkan apa yang kita hendakkan ..tapi apa yang orang diluar hendakkan… supaya sesuai dinikmati bersama…

  5. azmal says:

    ok lah tuuuuuuuuuuuu

  6. azmal says:

    jangan pandang belakang hahahahahahhahahahhahahahahahahahahahhaahhahahahahahahahhahahahaahhahahahahapocong aaaaaaaaaaaaaaa lari hihihihihihihihihihihiihihh

  7. Mushi~ says:

    betol ape kate saysomething tu~

    dorg bleh buat lebih tapi bajet je yg xde, iklan kt tv yg kurang 5 min tu sume gempak2 effect dye, nmpak sangat dorg boleh buat cuma x cukup bajet je, mmg la kte tgk filem mt saleh leh gempak gile, sbb ape? bajet dorg pon besa gile smpai ratus2 juta, kite paling tggi pon 5 juta je kot? tu pon rasenye x smpai, cite puteri gunung ledang pon baru 3 juta je kot, abis tggi dah tu xD

  8. D'Carbo says:

    DVD bersion dah kuar ke ek?

  9. geng upin dan ipin ni saya suka sangat .

    hari-hari saya tetap menonton upin dan ipin .

Powered by the people for the people