… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Ameno juara moral? Geli!

So, suddenly manusia yang tido naked adalah mereka yang terdiri daripada orang2 yang tak bermoral? Wah, Malaysia nampaknya telah menangkat “tolok moral” ke tahap yang lebih tinggi sekarang. Khir Toyo pulak berkokok bagai bapak ayam penjaga moral, menyuruh YB Eli meletak jawatan hanya kerana dia (Eli, bukan Toyo)(tak lalu aku kalau Toyo), tido berbogel.

Tinggi sungguh tahap moral orang2 BN nih!

Setakat blog ini ditulis, aku belum lagi tengok gambar yang diwar2kan. Dan aku tak hingin langsung. Eli is one of my best friend dalam Reformasi. Ianya amat meloyakan bilamana suara moral daripada pemimpin korup dan rasuah berkumandang dan berkhutbah tentang prinsip moral kepada seorang yang telah terbukti memperjuangkan hak2 asasi selama ini.

Ameno kebengkrapan isu. Jika inilah perkara yang dijadikan pancing untuk mengalih perhatian tentang krisis di Perak dan ekonomi tanah Melayu yang makin tenat, malang sekali. Adakah sebab ekonomi tenat juga, maka ameno sudah kehilangan sumber kewangan untuk membayar upah kepada konsultan konspirasi yang handal2? Maka dengan itu segala idea2 busuk ameno sekarang hanya dijanakan oleh wakil2 ketua bahagian dan cawangan sahaja yang boleh dibayar dengan dua tiga projek buat bus stop atau tandas awam?

Ameno sepatutnya tidak menjadi champion kepada isu ini. Kerana, satu, yang dikatakan tido berbogel itu bukanlah orang Melayu. Apa kejadahnya kamu orang ameno mempersoalkan cara tido bangsa lain? Pernah bangsa lain mempersoalkan cara kamu tido yang, most of the time, jugak lucah bila kamu tido tak bercawat dan kain pelikat tersingkap ke muka setiap pagi, yang akhirnya memaksa kawan sebilik kamu masa di unibesiti dulu, berketurunan India, terpaksa memejam mata dalam terang mentari pagi meraba2 melangkah badan kamu untuk ke bilik air bersiap2 pergi kuliah? Ada?

Kedua, ia adalah soal peribadi yang langsung tidak mengganggu kita umat Melayu. Melainkanlah kalau perbuatan tu dilakukan di khalayak umum. Dan yang ketiga, jika semua bangsa bukan Melayu tido tak berpakaian pun, kuota kita orang Melayu di unibesti dan hak istimewa kita untuk mendapatkan “bumiputera” discount masa nak beli rumah, tak terusik even satu persen pun. Altantuya juga tak akan bangun semula dari kubur untuk mengetuk pintu rumah Rosmah.

Kenapa ameno pulak nak sibuk2 perihal peribadi bangsa lain. Akai tadak ka? Apa hukum yang kamu nak jatuhkan? Nak rujuk pada kitab mana? Perlembagaan mana? Moral apa yang kamu nak sandarkan? Tido naked itu tak bermoral? Lepas ni apa pulak? Mandi tak berkemban jugak tak bermoral? Kencing berdiri di urinal jugak tak bermoral? Jadi pembangkang di Selangor sekarang?

Ameno sekarang berada dalam mode “menggigit”. Apa saja perkara nak digigitnya. Kecik pun gigit, besaq apatah lagi. Pendek kata, macam budak2 baru tumbuh gigi, nampak apa saja pasti nak boh dalam mulut, nak gigit. Nak tokak. Nak kekah.

Cuma bezanya ialah ameno sekarang bukan budak2 yang baru nak tumbuh gigi, tapi orang tua yang dah tinggal gusi. Ameno inilah yang dok menggigit kita sekarang ni. Tak sakit, tapi geli. Tapi lebih menggelikan lagi kalau ada sapa2 do pi ambik gambaq ameno ni tengah tidoq telanjang bulat. Fuyoo, ngeriii!!!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

6 Responses to “Ameno juara moral? Geli!”

  1. Hamba says:

    Di dalam islam, umatnya dituntut menutup keaiban seseorang apatah lagi jika seseorang itu di aniaya… Nampaknya BN ni yang suka betul mengaibkan orang lebih-lebih lagi dlm usaha meraih sokongan org melayu….. Jangan kita lupa doa org yg di aniaya akan terus di terima Allah walaupun dia bukan beragama islam.. Ingat2lah wahai Khir Toyo..dan segala juak2 UMNO. Fikir2lah samada punca UMNO /BNkehilangan sokongan rakyat adalah cubaan/ dugaan dari Allah ataupun adalah dari kemurkaanNya terhadap kemungkaran yg dilakukan. Renunglah diri sendiri sebelum bercakap ttg org lain….

  2. fizi44 says:

    aku setuju dgn apa yg dikatakn oleh penulis…tue personal life dia..dia nk tonggeng terbalik ke tue hal dia..umah dia life dia…bestu kalau org2 mca dok mabuk kat nite club xde plak dorg nk kecoh2..ataupun tue moral yg baik bg toyo?lgpun dia bkan Islam..agama dia maybe tak larang hal2 tu..so kenapa bnda2 nie nk di kecoh2kn oleh pembakang selangor yg tak sedar diri..apa kes dgn mamat toyo/poyo nie nk bising2..kenapa sjak jadi pembakang nie makin busuk la mulut dia nei…awat gila kuasa nk jadi mb balik ke?sedar la sikit diri wahai org tua yg tinggai gusi rakyat selangor dh xnk ang…

    -fizi44-

  3. SaySomething says:

    Hmm… Memang betoi… Tapi aku rasa hat amno nak jolok nih, si hilmi boypren dia tu… Dah hilmi tu melayu islam (kot)… Pi dok ambik gambaq… sebelum tu Wallahu’alam la buat apa… Hilmi tu pulak orang PKR jugak… dah sudah.. la nih nak tuduh sapa sebenaqnya juak2 amno nih?!? Nak tuduh eli ka nak tuduh hilmi tak bermoral?!? Uih… Kena tuduh Eli laa… pasai eli ada kerusi… mat hilmi tu takat papan kuda ja ada…

  4. sham says:

    ala…. ni semua permainan politik… kalau ada pihak yang menampakkan kesalahan….. dah tentula pihak yang yang satu lagi akan menempelak pihak tu…. dah sah-sah la si Eli tu terkantoi…. takanla Khir Toyo tak nak ambik peluang…. takanla nak diam diri jer… rugi la kan… kalau ada antara ahli Bn yang kantoi..(walaupun bukan Islam), apa igt pihak PKR akan kasi chan? Tolong sket ler kan… sebab tu la… politik sekarang ni memang amat kotor.. tak kira sapa yang pengang…. semuanya ada kepentingan… taktik yang digunakan memang dah melampau… sanggup buat apa saja.. janji menang…. BEtul tak?

  5. jai says:

    hmm…. nak kata betui pun tgk tempat gak… kalau dah kacau sampai dlm kelambu or kain org tu dah kira melampau. patutnya org mcm toyo@poyo nie…cari la point yg lebih bagus..ni nampak sgt takdak idea…
    Kesian plak rasanye…dah nyanyuk kut dia tu. hmmm…org ameno s’gor kena la cari ketua yg lain. lagi lama hampa simpan lagi teruk image hampa….

Powered by the people for the people