… dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh.

Hantu : Penipuan terhebat zaman ini!

Gempar atau sengaja digemparkan bila membaca muka depan Berita Harian hari ni. Tajuk hantu! Jarang sekali akhbar arus perdana menyiarkan berita macam ni sebagai tajuk muka depan. Selalunya tajuk2 berkaitan hantu hantai, rogol, mistik, UFO ni semua mainan akhbar tabloid saja – umpan untuk menarik pembeli. Contohnya Metro.

Tapi hari ni buat julung2 kalinya Berita Harian bertempik mengenai berita nih. Dah nak bengkrap ka NST? Teruk sangat nampaknya BH kali ni. Aku penah besembang dengan kerani NST, katanya diorang sekarang hidup dengan Metro saja. Yang lain kutipan dah merudum. VSS pun tak kurang jugak ramainya. Betul atau tak betul, aku tatau. Sebab yang sembang dengan aku ni pun kerani akaun saja.

Kali ni bukan nak becakap pasai kemeruduman media perdana di Malaysia. Tapi nak becakap tentang betapa kita ni sungguh suka dengan benda2 mistik nih. Atau lebih tepat lagi benda2 berkaitan hantu hantai dan jin2 nih. Kenapa? Itu pun aku tatau.

Kalau kita dok dengaq cerita hantu2 nih, boleh kata hampir 100% mengaitkannya dengan roh2 yang tak aman, yang tak diangkat ke langit. Roh2 tak tenteram yang perlu menyelesaikan perkara2 di bumi sebelum aman. Teori ni diangkat oleh barat. Mereka berpendapat ‘spirit’2 ni akan bertebaran di tempat tertentu untuk memberi ‘hint’ berkaitan perkara yang pernah berlaku dulu. Contohnya kalau rumah tu penah ada kes kena bunuh, ‘hantu’nya akan berkeliaran dalam rumah – dalam keadaan saspen dan menakutkan – untuk memberitahu sesuatu. Kebanyakan laporan daripada pengkaji mistik di barat ni mengakui bahawa ‘sesuatu’ itu memang wujud. Contohnya tulang yang dibunuh, tempat dikebumikan, harta2 atau diari2 yang tersembunyi dan sebagainya.

Melayu kita ni pulak pecaya hantu bulat2. Tadak ‘hint’2 dah. Mau kata hantu saja, kira nak cekik orang. Masa kecik2 dulu aku selalu cakap kat abah aku bila dia mintak aku pi kedai malam2 beli ubat nyamuk, aku kata aku takut. Dia tanya takut apa? Aku jawab takut hantu. Dia tanya balik, dah berapa ramai orang kat hospital nu mati kena cekik hantu? Aku tediam. Terpikir. Betul jugak! Dah berapa ramai? Aku tak penah dengaq pun!

Sejak dari tu aku kurang sikit dah dengan hantu2 nih. Bukan kata aku tak pecaya pada benda2 ghaib. Tak pecaya benda2 ni bulih gugur syahadah sebab Allah dah sebut banyak kali dalam Quran. Tapi Allah tak sebut hantu, Dia sebut Jin, Iblis dan Syaitan.

Jadi, hantu ni ada ka?

Aku kata tadak. Aku yakin 100% tadak. Pendapat aku senang : ianya mainan Jin, Iblis dan Syaitan untuk menyesatkan anak Adam.

Alasan aku? Mudah. Tiga benda ni tak mati2. Mengikut pendapat ramai ulama, Jin ni hidup macam manusia. Hidup macam manusia dan tak mati. Depa ni ada anak beranak, keluarga, masyarakat. Depa ni jugak ada rumah kediaman untuk tinggal hidup. *hint* RUMAH KEDIAMAN.

Jadi? Mereka, seperti jugak kita, kadang2 tak paham bahasa. Nak buat rumah kat mana? Tanah sapa tu? Tanah sapa toksah kira, nak buat kat situ, situ la jadinya! Geran ada nama orang? Apa susah kalau kenal orang2 atasan. Perkara mudah. Janji dapat buat rumah kat situ. Orang nak mai tumpang? Lawan! tuan rumah mai tuntut? Lawan! Apa cara sekali pun, lawan!

Tu manusia. Kalau Jin? Sama saja! Rumah tinggalan dah tentu dia teringin nak tumpang duduk. Tapi Jin tau manusia ni lemah kat mana. Dah tetanam dalam kepala hotak kalau tempat ada orang penah mati, mesti keras! Siasat tengok rumah idaman ni ada orang mati dak? Sat nak ingat… Haaa!! 50 tahun dulu ada budak mati tecekik tulang ayam! Orait. Bungkuih kain baju, pindah masuk rumah tu. Rumah tinggalan tu sekarang Jin dah melepak…

Bila datang manusia nak cuba duduk, mesti la dia lawan! Dia lawan cemana? Usik2 dengan imej budak dok buat biskut jap ada jap tadak. Kepala hotak manusia terus buat kesimpulan mudah – rumah ni berhantu! Berpuaka! Ditanyakan menusia ni kesegenap penjuru kejiranan yang ada. Katanya kadang2 ada budak2 melintas kot belakang bunyi macam tesedak2. Orang2 lama kat situ yang masih lagi hidup teringat ada cerita anak tuan rumah tu mati tesedak tulang ayam! Hah! Hantu budak tecekik tulang ayam! 

Kat sini, iman menusia tadi telah teruji dengan hebatnya. Jika dia dibesarkan dalam keluarga yang semua adik beradiknya dibesar dengan lilitan tangkai cacing keliling pinggang, maka bomohla tempat rujukannya. Habihla dihidang segala permintaan bomoh tadi sebagai pengeras untuk memujuk ‘hantu budak’ tadi keluar dari rumah dan tak mengganggu.

Kalau menusia tadi dibesarkan dalam keluarga yang sembahyang mesjidnya tak pernah tinggal, insyaAllah dia mampu mengatasinya sendiri – tetapi rasa kepercayaan ‘hantu budak’ tadi akan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikirannya.

Ada ka ‘hantu budak’ tadi? Mana ada! Yang ada hanyalah Jin jahat yang panjang usianya, yang mampu melihat sejarah perjalanan rumah tersebut, yang boleh melakonkan semula dalam keadaan menakutkan, dengan satu hajat sahaja : menyesatkan manusia kepada syirik! Manusia yang tak faham strategi basic Jin ini akan terpedaya dengan mengiakan kewujudan ‘hantu budak’ tadi, seterusnya mewujudkan ‘rumah puaka’ yang akan mengundang lebih ramai pemuja2 nombo eko dan jugak pengamal2 ilmu mistik yang jalannya ke arah syirik, termasuklah rancangan Entiti.

Jin2 jahat ni tadi akan berusaha bersungguh2 menyesatkan iman manusia dengan mempercayai bahawa wujudnya ‘hantu budak’ tadi. Manusia yang mendiami rumah tadi – yang lemah imannya, akan terjebak dengan syirik dan mengalah. Manusia yang kuat imannya akan memahami ‘trik’ Jin ini dan menggunakan ilmu yang diberikan Allah untuk cuba menyelesaikan masalahnya.

Paham?

Macam tu la jugak mereka yang dirasuk, kononnya oleh roh2 orang yang dah mati. Roh orang dah mati kepala hangguk! Roh yang dah mati Malaikat dah angkat ke langit. Yang kena rasuk tu semua Jin! Ada yang mengaku Wali Songo la, pak syeikh mana2 la. Macam2. Boleh cerita macam2. Itu ini semua dia tau. Yang bengong memang terus percaya bahawa memang Roh betoi masuk. Tapi kalau paham basic, Jin ni tak mati! Kalau dah tak mati, dah tentu macam2 dia dah tengok, dia dah alami, dia tau. Kena pulak yang jenih jin beli set ensaiklopedia, ataupun ada akses ke Internet – lagi macam2 dia tau!

Yang pi kat bomoh2 yang tiba2 jadi pak syeikh tu, tercapai la matlamat Jin dalam menyesatkan menusia. Bekawanla hampa dengan Jin jahat ni dalam neraka nanti.

Jin memang ada. Iblis, Syaitan, tu semua ada. Quran dah sebut, Allah dah sebut. Yang tadak ialah hantu. Hantu ni diwujudkan oleh tiga benda ni tadi dalam usaha mensyirikkan manusia. Kalau berjaya, samada dia dapat habuan menetap di rumah kita sampai bila2, ataupun dapat kawan habuan meraung dalam neraka nanti.

Oleh itu, kepada mereka yang taksub dan dok pecaya hantu haprak semua ni, rentikanlah. Semuanya hanyalah mainan Jin, Iblis dan Syaitan dalam menyesatkan manusia ke arah syirik. Jin ada yang Islam ada yang Kapir, tapi Iblis dan Syaitan memang kapir sampai bila2. Jin yang jahat ini dibisikkan oleh syaitan dan iblis untuk menyesatkan umat manusia – dan dirinya sendiri. Dan manusia yang kelam agama ni yang di kiri kanannya dibisikkan idea2 sesat oleh Iblis dan Syaitan siang dan malam, kini dihidangkan pula dengan lakonan Jin2 di hadapan mata mereka – bagi mereka yang ‘bertuah’ dapat mengalaminya.

Group2 mistik macam rancangan Entiti tu, korang rentikanlah membantu Jin yang disesatkan oleh Iblis dan Syaitan dalam menyesatkan manusia. Tapayah korang sibuk2 dok jalan rata hala cari tempat ‘berpenghuni’. Buang masa! Jangan diganggu benda yang tak mengganggu korang. Jin pun sama macam manusia, tak suka diganggu. Kalau dah pegi menyibuk dengan kamera lampu hapa bala dalam tempat tinggal dia, jangan dok marah pulak bila dia melawan balik. Dia pun nak tidoq lena!

Dan kepada semua, rentikanlah menyiarkan berita2 mistik nih. Perkara2 ini sangat sesat lagi menyesatkan. Pahami basic Jin, Iblis dan Syaitan, dan korang semua akan paham lakonan mantap yang dihidangkan oleh ‘Hantu Raya’, ‘Pelesit’, ‘Toyol’, dan pelakon2 bangsawan yang seangkatan dengannya!

Kalau semua dah paham, maka tepatlah kesimpulan aku bahawa HANTU ADALAH SATU PEMBOHONGAN YANG HEBAT DI ZAMAN INI!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments are closed.

Powered by the people for the people